Keruntuhan Akhlak Remaja Sekarang Kian Menjadi-Jadi.
Assalamualaikum Dlm Cerita Ni Cukup La Aku Dipanggil Sebagai Cik Flower. Makin Hari Makin Aku Rase Budak2 Sekarang Memang Terlalu Biadap ke Atau Salah Didikkan? Ini yang aku dapat lihat dimana sekolah yang aku belajar sekarang ye budak bawahan aku iaitu tingkatan 1 . Ye, baru mula nak belajar hidup tapi dah terlalu biadap. Nak2 lagi gaduh dkat wechat. Baru reti nak guna teknologi canggih ke? Aku tengok rasa sakit kepala dan semak. Aku pun guna wechat tapi aku x delah menyalahgunakan atau erti kata tak adalah bebal sangat smpai x leh bezakan mana 1 baik mana 1 buruk mana 1 benda mengarut .
Dengan siap gaduh dekat moment menggelar kawan2 perempuan betina . Sundal. Babi. Dan bermacam macam lagi. Ini la punca keruntuhan akhlak serius aku terkedu dengan perbuatan pelajar bawahan aku. Nak2 mulut laser itu datang dari perempuan. Kemanakah hilangnya adab? Takkan tak ade rase malu bergaduh ? Itu belum cukup lagi kalau aku sound akan bertambah biadap. Budak sekarang jangankan kau nak tegur sudahnya kau kene hembus balik .
Sudahnya delete wechat mereka sebagai jalan terakhir dari aku sakit mata memandang. Dekat ig pula lagi berlambak. Nak2 ig dekat explore tu. Cik flower suka main ig sebab suka tengok orang berniaga dan bole dapat tips mcm mana nak bussiness hee . Okay berbalik cerita tadi tu ye, budak2 baru nak belajar hidup baru nak masuk ke alam sekolah menengah, bahasa yang mereka gunakan sangat lah kasar. Sangatlah biadap. Sedih tengok masyarakat kita. Umur baru nak meningkat belasan tahun dah tahu erti bercinta berpeluk sakan mcam dah kahwin. Sedangkan orang yang dah berkahwin dan halal pun ade segelintir yang malu nak tunjuk dekat media.
Pulak tu dah tahu erti melepak ,bergaya sakan pergi turun bandar mcam baru keluar dari lubuk hutan. Datang berkoyan koyan mcm kumpulan kambing bawak anak ramai2 .Tudung Hipster Menampakkan Leher. Aku harap sangat especially ibu bapa didiklah anak baik2 berikan didikan agama yang secukupnya jangan terlalu asik menyalahkan cikgu sebab cikgu x berupaya nak mengawal murid yang mencecah angka 30 dlm satu kelas. Budak sekarang kalau ditegur lain macam biadap nya. Ibu bapa aku harap kau didiklah anak mu sebaik mungkin yakni biarlah melentur buluh dari rebungnya. Kalau tersilap langkah dan terlalu memanjakan keras kepala dan degil la anak mu itu.
Jangan lupa mengawal penggunaan teknologi canggih anak anda sebab murid sekarang dh terlalu pintar tahu mengakses laman2 web tertentu. Klik dan cari je maklumat sudah berada di hujung jari . Aku juga berasa sedih dan kecewa baru form 1 tpi dh bercakap lucah. Dri mana belajar? Ini perempuan tau. Ya Allah malu nya aku sebagai kaum hawa .Takkan sikit pun tak ade terbit perasaan malu cakap dekat momment? Benda yang kita update yang friendlist kita bole baca . Hmm macam benda ni perkara biasa saja . #note Ibu bapa selagi bole selamatkan keadaan tegurlah anakmu itu.
Kalau anak melawan itu bererti anakmu itu sudah tidak dapat ditegur lagi. Perasaan degil dan merasa diri sudah bagus telah bercambah dalam diri mereka. Parents,jangan lupa tengok anak dengan siapa mereka berkawan. Silap berkawan hancur la anak anda. Bukan nak melarang kawan dengan siapa tapi dari situ jugak terbentuknya kelakuan anak anda. Jangan terlalu manjakan anak2 . Ajarlah anak erti kehidupan sebenar yakni zaman yang banyak memerlukan duit . Zaman betapa pentingnya duit dalam kehidupan . Maaf aku cik flower tak reti bercerita. Ini sahaja aku mampu meluahkan. Jangan kecam . Aku hanya menyatakan pandangan sahaja dari sudut yang aku lihat .
-kat dunia ni banyak orang yang baik sebenarnya akan tetapi kalau x jumpa jadilah seseorang daripada itu dan bergaul dengan orang2 yang baik (Cik Flower)
– Cik Flower
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit