salam, sejak akhir-akhir ni banyak confession tentang rupa hodoh, tak ada keyakinan diri, gemok dan macam-macam lagi. betul, semua orang sukakan benda yang cantik. semua orang suka nak jadi cantik (hensem) tak kira lelaki atau perempuan. dan selalunya orang yang tak berapa ‘cantik’ baik dari segi rupa atau fizikan mesti akan ada rasa rendah diri. aku alhamdulillah, dilahirkan sempurna, berkulit cerah dan bak kata orang sekeliling, cantik. tapi itu tak menjadikan aku bangga diri. dari dulu aku akan set dalam kepala, ini semua pinjaman. bila-bila masa aje Allah boleh tarik. jadi disebabkan aku takut, aku tak berlagaklah hahaha. aku buat biasa aje. tapi aku bukan nak cerita pasal diri aku. aku nak cerita pasal suami aku.
suami aku, sangat berbeza dengan aku. in term of fizikal. jika aku cerah, dia gelap. jika aku cantik, dia muka biasa-biasa aje. masa kecik-kecik dulu, dia selalu kena ejek terutama dengan sedara mara bermulut jahat. see, even sedara pun kutuk. aku pun tak paham. orang kata dia hitam. anak hin** lah. ni mesti tertukar masa bersalin dengan anak h**** lah dan macam-macam sehingga buatkan dia tersangatlah kurang keyakinan diri. even masa kecik-kecik pakai smart2 pun mak cik pak cik dok kutuk macam-macam disebabkan kulitnya yg gelap. kekadang dia menangis sendiri. ini apa yang dia cerita dlu sebelum kitorang bertunang. bila dengar tu kita pulak yang sakit hati. sebab aku tak pernah lalui perkara itu jadi aku tak faham kenapa nak kutuk fizikal orang.
dan suami aku selalu kata dia tak pernah sangka yang aku nak kat dia. bagi aku rupa tak penting. bila dah kerja ni, kawan-kawan dia selalu puji dia sebab ada isteri cantik macam aku. aku suka sebab at least ada orang puji suami aku. dlu masa kecik dia dah puas kena kutuk kan. aku pun kekadang kalau dia hantar gambar (kami duduk jauh), aku akan puji, “hensemnya suami ayg ni”. something like that sebab nak bagi semangat kat dia sebab aku tahu dia mesti ada atleast sikit rasa rendah diri tu lagi. tapi bila dah jadi isteri ni memang automatik kita akan nampak suami tu hencemmm sangat, kan? hahahah.
selain dari fizikal yang suami aku rasa dia kurang dari orang lain, tapi bagi aku dia banyak kelebihan berbanding lelaki yang lebih kacak kat luar sana. suami aku sangat penyabar. sangat-sangat penyabar. aku ni yang orang dok kata cantik jelita ni panas baran. see, aku akui rupa fizikal tak jamin orang tu punya perangai cantik jugak.huhu. aku memang panas baran dan tak menyabor. benda kecik pun nak marah hahahah. tapi suami aku lain. sabar banyak walaupun macam-macam berlaku. dan dia selalu sabar dengan perangai aku yang macam nohorom ni hahaha. itu salah satu sebab kenapa aku terima dia. kalau ikutkan, bekas teman lelaki aku dulu hensem macam cristian ronaldho (macam ne tah eja) tapi perangai pun sama baran dengan aku. bayangkan kalau aku kawin ngan dia. rasa runtuh rumah dok bertekak je hari-hari.
lagi satu suami aku jenis prihatin dan memang suami idaman perempuan aku rasa. kalau pergi memana dia takkan bagi aku bawak barang yang kami beli. kalau tangan dia dah penuh pun dia tetap takkan bagi aku bawak. kekadang aku rasa kalau kat telinga dia boleh sangkut plastik, lama dah dia buat. sama jugak kalau pergi bercuti pape, beg-beg memang dia takkan bg aku bawak. aku yg kesian sebab banyak sangat kut barang dia bawak dan offer nak bawak sikit pun dia tak bagi, dia kata tugas aku tolong bukakan pintu aje. atau kalau ada plastik air pun dia suh aku bawak yang tu je. kekadang aku geleng kepala.
lagi satu dia sangat rapat dengan keluarga. selalu teman mak dia pergi pasar dan macam-macam. rajin jugak masuk dapur untuk masak. dia cuma tak suka lipat kain je hahaha aku rasa semua orang tak suka lipat kain, kan?
actually banyak lagi kebaikan yang ada pada dia yang mungkin orang lain tak nampak disebabkan fizikal dia tapi itulah istimewanya dia. jadi moral aku nak kata, jangan disebabkan korang terlalu mengejar manusia yang cantik fizikal ni, korang terlepas peluang untuk hidup dengan manusia baik macam ni. jangan ingat perempuan gemuk tu zero semua benda. mungkin dialah paling penyayang dan paling penyabar dengan perangai buruk kau tu. jangan ingat perempuan hitam tu tak cantik semua benda, mungkin dialah perempuan paling bersopan dan pandai menguruskan rumah tangga yang kau pernah jumpa. begitu juga lelaki. jangan sebab muka dia tak macam orlando bloom, kau tak nak sebab kau rasa laki kacak ni mesti romantik. ceh. karut tu karut. buktinya aku dah ada pengalaman.
tapi, bukan semua. kenyataan aku ni bukan merangkumi semua. kalau kau kacak atau cantik + berbudi bahasa sopan santun, jangan terasa pulak. aku bukan nak mengata, cuma nak betulkan persepsi orang. ish. okeylah. aku rasa dah panjang sangat ni. lagi satu, doakan aku dapat duduk bersama dengan suami ek. susahnya PJJ sobss. thanks uolss.
– sakura
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Alhamdulillah… Moga Allah rahmati perkahwinan awk puan.
Tahniah puan. Semoga berbahgia hendaknya dunia akhirat bersama suami tercinta. Masalah sekarang macam mana aku nak cari laki yang ada ciri-ciri macam suami puan ni
Suka cerita puan. Haha.. Sbb disebalik hujan, ribut dan petir, isu2 dr pembaca atau confessor, pasti ada terselit cerita pembakar semangat begini. Moga perkahwinan mendapat mawaddah, rahmah dan sakinah hingga ke syurga insyaAllah.
Kebiasannya perempuan melihat kepada peribadi. Rupa, jika dia sedap mata memandang, tiada masalah.. Cantik/hensem itu subjektif. :)
U. This one terbaik. Nur Syahidah
Bak kata org putih “Don’t judge a book by its cover”. Buku yg covernya menarik untuk dilihat, namun tidak menjanjikan cerita atau isi kandungan buku itu menarik.
Fitrah manusia sukakan kecantikkan namun tiada manusia yg sempurna.
Selame ak hidup ni…mcm x penahhh jeh jmpe laki cm ni…ermmm…ade ke…ade2….hahahaha…spe dpt mmg beruntung sngt laaaa….smoge bhgie selaluuuuu ~~~~
moga rumah tangga puan kekal hingga ke syurga
Terinspirasi