Assalamualaikum, hai semua. Terima kasih admin jika luahan ini disiarkan. Dah lama pendam tentang perkara ini, dari tajuk je rasanya pembaca dah boleh agak apa yang aku nak ceritakan.
Selama ni fikir nak cerita kat FB wall aku, tapi demi kesejahteraan kami sekeluarga, dijauhkan riak lebih baik aku jadi anonymous, yang penting pengajaran dari cerita ni.
ok tengok tajuk pun dah tahu kan. Perkenalkan diri aku Nina, umur pertengahan 30an, baru sahaja mendirikan rumahtangga dalam 4 tahun.
Ye masih baru. Sebab aku selalu dengar kalau ko belum berkahwin dan kekal lebih 10 tahun, ko tak layak nak cakap perkahwinan ko dah kukuh stabil.
Sebab tu aku cerita kat sini, aku takut aku akan diuji selepas cerita hal ni, tapi aku rasa aku kena confess jugak hal ni, dan aku yakin ramai akan setuju dengan personal opinion aku ni. Yang mana baik ambillah pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan.
Pada aku, kecantikan paras rupa bukan segala-galanya. Baru-baru ni kita dihebohkan dengan video Sarah raise isu usahawan yang menjual barang2 untuk kecantikan aset itu ini.
Dengan cara marketing yang agak memalukan, goyang buah dada dan sebagainya. Aku pernah bincang hal ni dengan suami aku. Ye, siapa yang tak nak puaskan suami, cantik dimata suami…
Aku pernah request untuk pakai bahan2 tu konon nak bagi montok la ape la, tapi laki aku cakap benda tu tak perlu.
Lelaki aku bagi pendapat dia tentang hal ni dari pandangan sisi seorang lelaki yang membuatkan aku yakin akhirnya rupanya cantik paras rupa bukanlah segala-galanya. Sebab tu ramai je artis cantik2 pun bercerai. Itulah jodoh.
Nak cakapnya, cantik saja bukan lah segala-galanya bagi seorang suami (ya suami ya, aku tekankan suami, bukan lelaki biasa, bukan BF ke ape).
Ade beza. Seorang suami dia hanya mahukan seorang isteri yang cukup sejuk untuk dia memandang. Seorang suami mahu isteri nya kemas dan teratur, bukan cantik semata.
Kerana padanya bukan semua wanita dikurniakan Allah kecantikan yang sempurna.
Sebab itu ada pepatah mengatakan “cantik itu adalah pada di mata yang memandang”. Tapi mungkin lain dengan BF atau lelaki biasa biasa. Fitrah seorang lelaki memang Allah telah ciptakan sukakan kecantikan.
Ketika aku bujang dahulu, aku selalu down, aku selalu tengok cermin hari-hari dan cakap aku ni mesti akan jadi anak dara tua. Muka hodoh aku ni siapa yang nak. Kalau banding dengan kawan-kawanku, aku rasa aku lah paling kelihatan tua dari usia.
Aku juga pernah direject oleh bakal mak mertua ex-bf aku, mak nya tengok gambar aku dan komen aku ini nampak terlalu tua untuk BF aku. Pengalaman ngeri itu buat aku serik nak bercinta lagi.
Sehinggalah aku jumpa suami aku sekarang. Alhamdulillah. Allah Maha Baik. Dia ciptakan seorang lelaki yang terima buruk baik aku. Jodoh aku dan suami terlalu pantas.
Kami diperkenalkan oleh rakan kami, cukup untuk mengenali peribadinya, keluarganya, dan rakan sekerjanya, makin lama aku boleh terima dia, dan paling penting, dia juga menerima aku walaupun aku bukanlah kategori wanita cantik.
Suamiku juga bukan lah kategori lelaki hensem atau maskulin, dia seorang yang biasa-biasa sahaja, tapi dimataku dialah yang paling hensem, hehe. Mungkin begitulah dia juga melihat aku.
Kasih sayang yang Allah beri itulah yang membuatkan pandangan kita dari yang tidak cantik, menjadi cantik.
Hatta suami aku juga pernah beritahu jujur saat aku juga kadangkala masih lagi down kerana tak mampu nak beri suami aku kesempurnaan dari segi kecantikan.
Suami ku kata, sememangnya fitrah bagi seorang lelaki itu Allah ciptakan sukakan kecantikan.
Tetapi cantik di mata seorang suami itu tidak boleh dinilai hanya pada rupa paras.
Suamiku selalu memuji bahawa aku cukup menjaga makan minumnya, sentiasa jaga solat dan bacaan quran, sentiasa meletakkan rumah dalam keadaan yang kemas, menjaga tutur kata dengan suami.
Bagi dia itu sudah cukup menyejukkan hatinya untuk melihat betapa cantiknya isterinya ini.
Rupa paras bukanlah segala-galanya. Dan suamiku pernah berkata, kini dia bersyukur kerana telah dapat seperti mana yang Rasulullah saw janjikan. Apa dia?
Ya Rasulullah pesan semasa mencari calon isteri, carilah 4 perkara, dan ambillah hal keempat iaitu agama, nescaya kamu akan dapat semuanya.
Ya, suamiku sudah dapat kesemuanya.
Aku bersyukur kerana sehingga kini aku bertemu dengan suamiku.
Kerana kesyukuran suamiku menerima buruk baik ku jugak lah membuatku semakin motivasi untuk sentiasa jaga badan, jaga kekemasan diri, walaupun tidak dikurniakan rupa wajah yang cantik, aku juga belajar sikit-sikit ilmu makeup,
Walaupun lakiku tidak gemar makeup yang tebal-tebal, tetapi kadangkala bila ke kenduri atau majlis keramaian, aku tetap pakai makeup sedikit, kerana tidak mahu mengaibkan suamiku,
At least tidak mahu orang mengata suamiku ini tidak belanja isterinya makeup, tidak jaga isterinya. Padahal dia telah lakukan banyak perkara kepadaku. Aku bersyukur.
Dalam demikian, sudah 4 tahun perkahwinan kami, kami masih belum dikurniakan zuriat.
Masih berusaha ke sana ke mari berjumpa Dr pakar, buat masa ini kami tiada apa-apa masalah, cuma rezekiNya belum hadir. Hal ini sekali lagi membuatkan aku selalu down.
Sudahlah tidak cantik, rakanku yang lain semua kawin sudah anak, tapi aku belum. Namun setiap kali aku down, setiap kali itulah aku bersyukur dikurniakan suami seperti suamiku.
Dia memberikan aku kata-kata semangat yang tidak terperi banyaknya. Kadangkala dia tahu aku suka makan, dia akan pujuk aku dengan makanan. Hehe alhamdulillah.
Mohon pembaca semua doakan semoga kami dikurniakan zuriat tidak lama lagi.
Pengajaran dari kisah aku ini, ingin aku khabarkan kepada wanita-wanita diluar sana, yang mungkin mengalami nasib sama seperti aku, tidak ditakdirkan mempunyai rupa wajah yang cantik, tidak mengapa.
Jangan bersedih atau gusar akan jadi andartu, gusar tiada lelaki akan memandang kita untuk dijadikan isteri. Jangan fikir begitu. Aturan Allah itu cantik.
Lelaki istimewa itu akan datang tepat pada masanya. Tidak ditakdirkan rupa wajah yang cantik, kita boleh upgrade value diri kita dengan profession ilmu yang lebih baik. Jadilah seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Sentiasa upgrade ilmu diri sendiri, jangan berada didalam kecimpung surirumah yang biasa2, jadilah surirumah yang luar biasa, dalam masa sama jangan abaikan hak seorang suami,
Makan minumnya, tutur kata dengan suami, jangan sekali sekali berani meninggikan suara untuk bertekak dengan suami kerana disitulah bermulanya tarikan berkatnya sebuah rumah tangga.
Sekiranya masih belum ketemu jodohnya, berbaktilah kepada kedua orang tuamu dan keluargamu.
Banggakan mereka. Aku dan suamiku rupanya mempunyai pengalaman yang sama.
Ketika kami merasakan tidak akan kawin kami nekad hanya mahu berbakti kepada orang tua kami sahaja sampai mati. Siapa sangka berkat doa orang tua barangkali, jodoh kami bertemu akhirnya.
Alhamdulillah. Yakinlah kalian! Jangan meletakkan kesempurnaan itu kepada kecantikan, tapi banyak lagi nilai lain yang boleh menambah nilai kepada peribadi seseorang.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit