Rupanya Su4mi Orang

Hi semua, maaf kalau luahan saya ni agak terabur sikit. Nama saya Bunga (bukan nama sebenar) dan merupakan pelajar degree universiti awam serta berumur 20-an.

Nak dijadikan cerita hujung bulan disember yang lepas, saya ada berjumpa dengan seorang lelaki berumur 28 tahun. Kami kenal bukan di apps dating apps ye. Tapi melalui ‘prebet’.

Memandangkan saya punya universiti ini bukan di tempat bandar, malah berada di kawasan yang terpencil maka tiada istilah grab di sini. Di kawasan sini kalau nak ke mana mana perlu naik prebet.

Nak dijadikan cerita, masa hari kejadian saya nak pergi beli barang dapur. Saya pun cari la prebet sebab saya memang takde kerete. Cari punya cari, dapat la abang prebet ni.

Lepas naik kereta dia, dia tanye la sekarang ni semester berapa, orang mane, macam tu la. Lepastu, dia mintak no fon. Tapi saya tak bagi sebab yela awal awal lagi dah mintak no fon. Sape je tak takut dan dah la baru kenal.

Nak di pendekkan cerita sepanjang seminggu tu, saya sentiasa dapat dia bila cari prebet. Anggaran dalam 4 kali kot saya naik prebet dapat dia je dalam seminggu tu. Dan sepanjang naik tu, dia nonstop mintak no fon saye.

Dah 4 kali tu, saya bagi je la no fon saye. Haaaa di sini laaa kisah hitam saya bermule. Selepas tukar tukar no fon tu, dia pun mule la whatsapp saye. Dan di situ jugak kami berkenalan dengan lebih rapat. Dan dia pun ajak saye jadi gf dia.

Awal awal saye tolak tapi lama lama tu saye terime jugak. Bile dah kenal tu and selalu chat kite selalu la jugak jumpe. Macam dalam seminggu tu ada la sekali atau dua kali kami jumpa.

Btw nama lelaki ni Amir (bukan nama sebenar) dan dia merupakan pekerja government (nak lebih detail dia ni abang uniform). Dia ni keje prebet untuk part time buang boring je.

Nak dijadikan cerita, saya pernah jugak mintak nama FB dan Instagram dia. Tapi dia cakap fb dan ig dia kena hack. Haaaa disitu saya dah mula fishy dengan dia.

Btw sebelum saye bagi no fon saye ni, saye dah tanye dah yang dia ni bapak orang ke. Dia sendiri yang cakap macam ni kat saye,

“Awak jangan risau, saye ni bukannya bapak orang, suami orang, tunang orang, pakwe orang pun bukan. Untuk pengetahuan awak, ni first time tau saye mintak no fon direct dengan perempuan” sampai mati tau saye ingat ayat dia ni.

Kembali kepada cerita, lepas dia cakap fb and ig dia kena hack tu mesti lah saye rasa curiga. Banyak kali tau saye cari fb dan ig dia tapi still tak jumpe. Saye ingat dia block saye dulu kot so saye pun cari la gune account kawan saye. Tapi still tak jumpe.

Setelah beberapa minggu dibodohkan dengan lelaki ni, Allah bantu saye. Saye jumpe fb dia, rupanye dia sengaja tau bagi ejaan yang lain untuk nama dia. Contoh lah nama betul Amer tapi dia bagitahu saye yang nama dia Amir. Patut selama ni saye cari tak jumpe.

And nama Amer tu ialah nama second name dia. Maksudnye sebelum nama Amer tu ada lagi nama lain. Sebab tu saye susah nak cari fb dan ig dia tau huhu.

Lepas je saye nampak account media sosial dia, tangan saye terus shaking bila nampak gambar kahwin dia. Rupanye dia dah kahwin dan yang lebih mengejutkan saye ialah usia perkahwinan mereka belum sampai setahun tapi lelaki ni dah gatal nak curang.

Mase tu Allah je tahu macam mana hancurnye saye mase tu. Nak nangis, nak marah, nak kecewe semua ada.

Saye pun slow talk dengan dia dan cakap nak putus. Saye bagitahu alasan saye dan of course le dia tak ngaku yang dia dah kahwin. Dia cakap saye yang merepek la, tuduh dia sembarangan lah, itu ini la.

Final chapter dari kisah saye ni, saya delete number dia and block dia.

Sebelum saye block dia, benda paling lawak dia cakap kat saye ialah, “Takpe biase dah kena mainkan dengan perempuan. Takpe, KARMA IS REAL”

Hahahahaha nak main karma la pulak dia niiiii. Awak tu yang patut dapat karma hahahaahaha. Nak main karma karma pulak dia ni.

Takpe, kifarah Allah tu ade. Dia mainkan perasaan perempuan, dia curang dengan wife dia, takpe Allah maha adil. Kifarah tu ade kalau tak sekarang mungkin akan datang.

Lagi satu, saye rase bukan saye sorang je yang dia mainkan. Tapi rasanye ramai lagi perempuan di luar sana yang dia mengaku diri dia single.

Semoga cepat kantoi dengan wife awak ye…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *