Assalamualaikum semua..
Saya tiada tempat untuk meluah. Jadi saya kongsikan kisah saya di sini untuk. Tidaklah saya meminta kecaman. Sekadar meluah meminta nasihat dan pandangan.
Saya dan A berkenalan hampir 2 tahun yang lepas. Niat saya, saya nak settle down. Usia dah menghampiri 35 tahun. Rasa tiba masanya saya perlu mencari teman.
Saya pernah patah hati sebelum ni. Jadi ambil masa yang agak lama untuk membuka hati dan agak berhati-hati.
Di awal perkenalan, saya berkali-kali tanya status A untuk kepastian. Risau terjebak dengan muslihat suami orang.
Sepanjang hampir dua tahun, A seperti lelaki normal lain. Bila ada masa kami jumpa, call, whatsapp.
Kadang-kadang ada juga timbul rasa something off dengan A. A ada perniagaan sendiri. Ada masuk dia sibuk. Dan saya cuba untuk faham.
Bila saya suarakan keraguan, A bijak manipulasi. Silap saya, mudah percaya dan tak buat background check.
Sehinggalah Januari 2024 haritu sehari selepas berjumpa A, Allah gerakkan hati saya untuk cari nama syarikat dia dalam akaun sosial.
Keluar semua video2 A, isteri dan anak. Akaun tersebut diuruskan oleh isteri A sendiri.
Saya terduduk. Dalam berhati2, saya masih bodoh dan tetap dipermainkan oleh suami orang. Perasaan saya tak boleh nak dihuraikan. Beberapa hari saya masih in denial.
Saya plan nak berdepan dengan A bila jumpa nanti. Tapi mungkin A dah boleh rasa dia dah kantoi.
Selepas tu, semua media sosial atas nama isteri dia dah dibuat private dan saya diblok.
Saya hanya blast whatsapp A dengan perasaan kecewa yang sangat dalam. Tiada respon. Beberapa hari lepas tu saya di blok.
Saya ambil keputusan untuk move on sahaja dan bawa penyesalan ni sendiri.
Saya tak plan untuk bagitahu isteri A tentang his double life husband sebab saya malu dengan kebodohan diri sendiri,
Dan dalam masa yang sama saya yakin ini memang akan melukan hati isteri A. Isteri A nampak sangat baik.
Tapi looking back, A sangat bijak. Daripada cara, keyakinan dan kemahiran A, saya yakin saya bukan orang pertama dan terakhir yang jadi mangsa A.
Saya yakin akan ada orang lain yang A akan approach selepas ni.
Saya masih ada beberapa cara untuk approach isteri A. Tapi saya masih ragu2.
Saya nak mintak pendapat semua dalam ni, puan2 especially yang bergelar isteri orang,
Kalau puan di pihak isteri A, puan rasa puan nak tahu atau tidak tentang perangai suami puan yang ini atau puan lebih memilih untuk tidak tahu demi menjaga hati sendiri?
Semua pandangan amat saya hargai.
– Al Fonsi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pergi bersemuka sgn bini dia, bagitau nak jadi isteri no. 2
hi, saya pun pernah berada dalam situasi ini. Saya tak tahu langsung yang dia ada isteri. Bila sya stalk isteri dia kesian saya tgk mengenangkan apa yg laki dia buat belakang dia. Pernah sekali saya nk bgitahu bini dia tapi kemudian saya sedar, Tuhan juga tutup aib saya takkan saya pula nak buka aib dia. Dan sehingga kini saya masih rasa bersalah. Maafkan saya, ini adalah dari side saya sbgai org ke 3 yang tak tahu laki tu ada bini .