Rutin Anak Dara Terlajak

Assalamualaikum semua. Saja saja nak share rutin harian aku sebagai the only grown up daughter left. Sebenarnya tajuk tu tak berkaitan sangat pon, hihi.

Aku anak ke 4 dari 9 adik beradik. Aku la satu satunya anak perempuan dewasa yg tinggal setelah akak dan adik perempuan aku berkahwin.

Maka bermulanya tugas aku sebagai bibik di rumah sendiri. Hihi taklah, gurau jee.

Aku mulakan dengan seawal subuh hari, sebelum pergi kerja aku akan pastikan kain baju di jemur terlebih dahulu dan kalau ade pinggan mangkuk tersisa, aku akan basuh dulu. Balik je dari kerja sekitar jam 5 petang, kerja kerja rumah dah menunggu.

Aku akan siapkan minum petang untuk keluarga tersayang, sambil sambil mata ni menjelinggg je ke arah sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk tu. Ya, sinki tu memang akan penuh dengan pinggan mangkuk je, datang dari mana pon taktau.

Nasiblah bila duk dengan family yang ramai ni. Rutin kami, minum petang tu wajib sambil sembang sembang anak beranak.

Dah maghrib, masing2 angkat punggung mandi dan solat semua lah. Aku pulak time tu tugasnya menyapu segala sampah sarap habuk pasir semua.

Bersambung malam, usai solat isyak, bermula la pula kelentung kelentang di dapur siapkan makan malam untuk mak, ayah, adik adik 4 orang, kadang masak juga sekali untuk adik dan akak yang dah kahwin tu.

Hm.. selesai je makan, sesi membasuh pinggan mangkuk cawan periuk belanga pula. Kalau hari yang aku terasa letih amat, aku paksa je adik adik lelaki aku untuk basuh pinggan. Ok je depa pon. Selamatt.

Rumah aku ni kan, selaluuuu sangat bersepah, dan kat dapur tu sentiasa penuh dengan cawan pinggan kotor. Entahla. Akak dan adik aku, walau dah kawin dah ada anak pon, setiap hari akan datang rumah,

Jadinya rumah tu memang selalu penuh dengan manusia, termasuklah anak asuhan mak aku lagi. Sebab tu la kot rumah selalu bersepah. Hujung2 yang kene kemas semua siapa? Ha akuu lah. Penat, memang penat.

Point penting yang aku nak sampaikan ialah, penat ini penat yang berbaloi. Rumah akan sentiasa bersepah sebab ramai budak (cucu cucu + adik adik aku sendiri).

Tapi rumah akan selalu meriah, tak sunyi. Bila akak dan adik aku hari hari datang rumah bawak anak, mak dan ayah aku akan seronok dapat main dengan cucu. Aku pon seronok dapat bermanja dengan anak buah, yelah anak sendiri bila nak dapat, huhu.

Kadang2 aku terfikir nak cepat2 kawin, nak duk rumah sendiri. Tapi kalau aku kawin dan pindah, nanti siapa yang akan sambung tugas harian aku? Confirm2 la mak. Weh kesian mak aku. Aku pon terasa penat, apa lagi kudrat orang tua.

Mungkin ni lah hikmahnya aku masih lagi single anak dara terlajak, supaya aku dapat bekhidmat untuk maka ayah aku. Jangan ingat adik adik aku goyang kaki ya. Walaupon mereka lelaki, aku tetap bagi tugas masing2.

Angkat kain, bagi makan kucing, buang sampah dan lain lain la. Cuma itulah, kalu dah laki buat kerja, takkan sempurnanya. Alih2 ade jugak yang aku kene sambung setelkan. Tapi takpe, at least depa membantu jugak.

Next, bil2 dalam rumah. Percaya tak aku yang bergaji RM900 ni yang banyak bayar segala macam bil. Duit bulanan motorsikal aku, bil api air, astro, coway, barang mandian, barang dapur sikit2. So agak agak lepas tolak semua tu berapa gaji aku yang tinggal?

Yillekkkk. Ade la dalam RM50 ke, huhu sedih. Aku kerja kampung je, sebabtu gaji 900. Tapi alhamdullilah, aku rasa cukup. Mungkin sebab duk dengan family, jadi duit makan dah tak perlu fikir.

Sekali lagi aku terfikir, kalau nanti aku kawin, siapa nak tolong bayar bil bil semua. Adik dan akak aku yang dah kawin semua suri rumah, suaminya pon keje biasa biasa. Eh jap, ade aku kisah?

Aku dah plan, nanti kalu ditakdirkan aku kahwin dan pindah rumah, segala macam bil dan belanja dapur akan dibahagikan sama rata dengan adik beradik,baru adil kan?

Sebab bagi aku, sesusah mana pon hidup kita, susah lagi hidup mak ayah yang menyara kita waktu kecil dulu. Betul kan?

Okey setakat ni je lah. Sebenarnya banyak lagi kerja kerja si anak dara terlajak ni, cuma tak mampu nak listkan dah. Aku okey, kerana sayang aku sanggup. Bereh je.

Akhir kata, ada tak yang sama situasi macam aku?

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *