Ditakdirkan, sudah 11 tahun hidup aku dikelilingi wanita-wanita yang majoritinya berniqab (purdah). Memandangkan bukan semua orang berpengalaman bersahabat wanita-wanita seperti ini, aku ambil keputusan untuk menghantar confession ini supaya kalian dapat sedikit perspektif tentang sahabat-sahabat aku ini.
(1) Suami masing-masing
Oleh kerana mereka memakai purdah, kebiasaannya mereka mengelak untuk memandang terus kepada wajah suami orang lain. Ini bermakna jika mereka diminta untuk menghuraikan dengan terperinci wajah suamiku, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana mereka sentiasa menundukkan pandangan di hadapan suamiku. Mereka mungkin pernah mengintai dari jauh, justeru, adakalanya berkata “pada hari sekian sekian akak ternampak suami sekian sekian” , bermakna, mereka cam raut kasar suami kawan tetapi mereka tidak pernah melihat dengan penuh fokus kepada wajah lelaki itu.
(2) Amalan selfie
Ya aku tahu ada ramai niqabis yang berinstagram selfie dan sebagainya, aku tidak akan masuk ke dalam isu tersebut kerana isu itu layak mempunyai confessionnya tersendiri. Untuk pengetahuan pembaca, di kalangan kawan-kawan ku kami tidak pernah duduk bersama sama dan mengeluarkan Handphone untuk bergambar. Kami semua ada Handphone dan tetapi kami tidak menggunakan Hp untuk mengambil group photo atau gambar muka sendiri (selfie). Neither do we carry functional cameras.
(3) Facebook dan Instagram
Rakan rakan yang rapat denganku (termasuk aku) kami ada Facebook tetapi sekadar untuk mengikuti perkembangan semasa. Kami tiada Twitter dan tiada Instagram.
(4) Perspektif terhadap Facebook & social media
Rakan-rakanku yang berpurdah ini percakapan mereka sentiasa yang baik baik yakni mereka mengelak untuk terlalu bercakap perkara “keduniaan”. Justeru, kami secara peribadi sedikit malu untuk menyebut sesama kami ayat seperti :
“I saw on Facebook that so and so did that”
“I read on Facebook that such and such was said”
“I saw on Instagram that this woman said so and so”
Oleh kerana kami tidak terlalu gemar bercakap perkara keduniaan, kami sering merasa malu untuk menyebut bahawa kami telah menghabiskan Masa di Facebook (atau social media lain). Faham tak maksud aku?
Maksud aku ialah… Sewaktu bersendiri memang kami melayari facebook masing-masing tetapi hakikatnya kami malu jika orang tahu bahawa kami melayari laman laman seperti ini. Not that they will say anything about it, ianya cuma sekelumit rasa malu kerana secebis iman yang ada. Kami tahu masing-masing ada Facebook tetapi kami tidak membicarakannya.
(5) Instagram
Secara peribadi, Instagram bagiku adalah pintu fitnah yang sangat besar buat para wanita justeru aku sedari awal tidak mendekatinya. Aku tidak mahu mengulas panjang perkara ini kerana perkara ini selayaknya ditulis khusus dan berasingan.
(6) Mengumpat
Rakan-rakanku yang berpurdah ini sukar sekali untuk menyebut tentang keburukan seseorang. Kebiasannya, mereka cuba untuk tidak membuka aib sesiapa. Walaupun mereka kenal atau ternampak seorang ‘bohsia’ sekalipun, mereka tidak akan berkata walau sepatah perkataan untuk merendahkan wanita itu. Kebiasannya, mereka menunjukkan akhlak paling terpuji apabila didatangi gadis yang tidak menutup aurat. Kata -kata mereka lembut dan mereka akan memberi layanan yang baik baik walaupun gadis itu ternyata masih jauh dari Agama. Mereka sangat jarang mengumpat, susah untuk aku ingat bila kawan kawan ku bergosip (kalau pun ada).
(7) Rumah dan pakaian
Rumah rumah mereka sederhana, tidak di hias perabot mewah . Pakaian mereka juga sederhana, berulang ulang jubah yang sama tetapi bersih dan tidak pula berbau . Tudung yang sama , I mean, memiliki beberapa helai tudung dan 3-4 helai itu lah yang diulang untuk ke pasar dan ke majlis majlis Ta’lim /kelas agama. Mereka sedar adanya jenama jenama hijab yang gah dan hebat tetapi mereka tidak lah berlumba lumba untuk memiliki yang terbaru atau terhebat. Cukup apa yang masih ada.
(9) Stokin
Majoriti rakanku istiqamah memakai Stokin kaki.
(10) Percakapan
Kawan -kawanku malu untuk berbicara tentang perkara-perkara seperti pinggan mangkuk terbaru atau langsir baru atau perabot. Kebiasannya jika mereka ada memiliki sesuatu yang baru, mereka sekadar menyebutnya sekilas lalu seperti :
“Oh tu periuk baru yang ayah diorang beli haritu, biasa-biasa je tu”
“Oh sofa murah je tue, jumpa second hand”
Kerana itu, kami biasanya tidak tahu jika mereka membeli kereta baru atau membeli perabot baru kerana :
(i) mereka tidak menunjukkan di internet
(ii) mereka tidak bercerita perkara material
Biasanya, aku hanya tahu mereka menukar kereta baru apabila ternampak di majlis ilmu.
(12) WhatsApp
Kawan kawanku bukan Jenis forward forward message WhatsApp. Mereka komited dengan usaha dakwah tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk menyampaikan dakwah melalui akhlak Dan melalui Sunnah Sunnah Rasulullah saw berbanding melalui WhatsApp/Facebook post. Not saying that the latter is wrong or impermissible, it is just that they try to stick to the way Rasulullah saw when it comes to da’wah. Justeru, tiada dalam rakan rakanku yang suka forward message fb atau wa hingga aku merasa janggal.
Rasanya sampai di sini dulu perkongsian aku. Alhamdulillah kawan kawan ku memiliki banyak sifat baik . Aku sedar ada niqabis-niqabis yang sedikit “tersasar” dari cara mereka membawa diri terutamanya dalam era social media hari ini, aku doakan mereka beroleh hidayah kerana kami -kami ini pun kembali ke landasan benar hanyalah kerana hidayah dan belas kasihan Allah swt semata-mata.
Wallahua’lam
– Bunga Ros
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit