S.A.D. Fighter

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman lagi dikasihi sekalian. Aku, Mr H lelaki ‘istimewa’ sekali lagi ingin meminta izin & jasa baik pembaca sekalian memberi ruang untuk aku ceritakan serba sedikit mengenai kisah hidup aku.

Memandangkan masih berbaki masa lebih kurang 3 minggu lebih sebelum aku kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar, aku rasa boleh la aku kongsi perjalanan sebagai pesakit anzieti.

Topik kali ni aku fokuskan tentang masalah kesihatan mental yang aku alami hampir 5 tahun. S.A.D. Apa benda S.A.D. tu? Sedih? Sebenarnya tu short form untuk Social Anxiety Disorder.

Bermula sejak aku kecik. Aku kurang didedahkan & diberi peluang untuk bersos**l dengan orang ramai. Rutin harian aku hanya dengan keluarga. Sepenuh masa. Nak main pun, main jelah apa-apa yang menarik dalam rumah.

Sampai hari ni aku tak pernah rasa nak menyalahkan mak ayah aku sebab agak ‘paranoid’ jaga aku dulu. Tak semua orang ada kesedaran untuk pastikan psikologi anak ni terbentuk dengan baik.

Aku sayang mak ayah aku. Diaorang jaga aku, didik aku, bagi makan minum & pakaian. Biasalah.. Manusia tak pernah sempurna. Pasti ada tersilap langkah. Aku reda dengan masa lalu aku.

Umur 7 tahun hingga 12 tahun:

Masa aku darjah 1, aku tak macam budak-budak lelaki yang lain. Lasak, cakap kasar-kasar. Aku ni boleh kata lemah la dulu. Tapi sekarang kalau nak main-main dengan aku, boleh cuba undang amarah aku.. hahahahaha..

Ada sorang budak lelaki ni. Nama dia Ammar. Dia memang tak puas hati dengan aku. Sebab apa? Entah. Sampai sekarang aku tak tahu. Macam lah aku pernah ancam nyawa dia.

1 benda yang aku tak lupa sampai sekarang masa dia tolak aku masuk dalam kolam ikan. Besar jugak kolam tu. Mula-mula kitaorang rehat sama-sama.

Main kat tepi kolam tu. Main elok je masa tu. Tanpa aku sedar, dia pergi kat belakang aku & tolak aku sampai masuk dalam kolam.. Haaa basah lencun lah aku.. Dari atas sampai bawah..

Boleh pulak masa tu dia gelakkan aku. Aku nangis jelah masa tu, nasib cikgu bagi baju ‘spare’ kat bilik sukan.. Entah.. Mungkin tu perangai nakal budak kecik. Wallahua’lam.

Masa darjah 3 sampai darjah 6. Aku selalu jadi bahan ejekan & alat untuk hiburkan hati ‘kawan-kawan’ aku. Ciri-ciri feminine aku agak menyerlah. Macam mana?

Cara aku bercakap, cara berjalan selalu jadi modal untuk diaorang kenakan aku. Dimalukan dekat public dah jadi kebiasaan aku. Aku tak pandai main bola.

Pengakuan jujur ni.. aku memang kaki bangku. Sampai satu tahap aku benci waktu PJK. Pelikkan? Waktu tu lah yang dinantikan semua pelajar lebih-lebih lagi budak lelaki. Tapi, waktu PJK waktu yang azab bagi aku.

Kena baling bola secara sengaja dekat muka, kena marah, diperkecilkan, kena tolak. Banyak lagi sebenarnya. Tapi kalau sambung, tak pasal-pasal sekerat highway cerita aku.

Sepanjang zaman sekolah rendah aku dipulaukan. Bila aku join diaorang sembang, diaorang buat-buat tak wujud. Setiap hari aku kat sekolah sorang-sorang. Pergi kantin ke, pergi dewan & makmal pun sorang.

Bukan aku tak nak bersos**l. Tapi kalau dah dilayan macam aku ni ada kuasa halimunan takkan nak follow diaorang. Diaorang bercakap dengan aku masa bila je? Masa nak kenakan aku depan cikgu & pelajar-pelajar lain.

Gelaran pondan, mak nyah, bapok dah cair sampai meleleh tahi telinga aku. Aku tak rasa aku ni terlalu feminine sampai nak label aku macam tu. Mungkin ada yang fikir, “alah kecik je kot. Takyah laa serius sangat.”

Jujur aku tanya korang kalau ada orang gelar kau hampir setiap masa dengan gelaran pengkid, bapok, gemuk, hodoh kau rasa happy ke?

Umur 14 tahun

Aku hilang kawan baik. Dia satu satu kawan yang aku pernah rapat dalam hidup aku. Masa kitaorang form 1, kitaorang sekelas tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku ditempatkan di kelas yang keempat masa form 2. Dia kelas yang pertama. Sekelip mata aku dengan dia putus sebagai kawan.

Punca? Tak tahu. Dia pilih jalan tu, aku ikut. Hari-hari aku datang dekat dia nak ajak lepak. Bila terjumpa kat mana-mana aku akan tegur dia dulu, ajak spend masa sama-sama. Tapi setiap kali tu jugakla dia tolak. Macam-macam alasan. Sibuk dan sebagainya.

Sekali lagi takdir tak menyebelahi aku. Aku diuji dengan seorang deskmate yang ‘bermasalah’. Tengok muka aku mesti nak kenakan aku. Kelas aku, pelajar-pelajar duduk secara berkumpulan. 4 orang satu kumpulan. Kekurangan aku sebagai lelaki sekali lagi dipermainkan.

Bayangkan deskmate yang kau kena hadap muka semambu tu hari-hari. Dia bukan buat sorang. Dia hasut kawan sebelah dia sekali.

Sampai satu masa aku dengan budak lelaki tu hampir bertumbuk. Nasiblah ada kawan aku yang lain tolong redakan keadaan. Aku bukannya pandai seni pertahanan diri pun.

Sejak kejadian tu, aku makin hilang keyakinan diri. Aku takut nak hadap muka dia. Aku rasa diri aku hina. Tambah pulak aku mula sedar pasal kecacatan naluri aku. Aku rasa takut.

Silap langkah aku akan jadi ahli neraka. Aku rasa semua orang benci aku. Bimbang keluarga aku tak dapat terima kecacatan naluri aku.

Aku tengok remaja lelaki yang lain. Semua seronok, menikm4ti alam remaja masing-masing. Aku tersepit dengan takdir aku. Sungguh, bukan ini takdir yang aku pinta. Sekarang aku sedar dah bertahun-tahun aku sia siakan alam remaja aku.

Bermula kejadian hampir bertumbuk tu, aku mula rasa 1 perasaan yang pelik. Rasa sesak nafas, pening, tangan & kaki aku sejuk. Shaking teruk. Jantung aku berdegup sangat laju macam tengah buat aktiviti lasak.

Akhirnya aku bingung. Terbaring atas katil. Rasa kaku & kejang. Aku mula overthinking. Macam-macam benda datang dalam fikiran aku.

Otak aku non stop ligat kawal pemikiran aku. Mulut aku rasa kering. Hanya tidur dapat rehatkan aku dari dunia depresi. Aku fikir semua ni akan hilang. Mungkin stress biasa.

Aku tak skip sekolah. Walaupun otak rasa nak pecah, jantung nak tercabut aku paksa diri aku.

Hari tu aku ada presentation. Perasaan yang luar biasa sekali lagi datang. Tangan & kaki menggeletar, pening, jantung yang dah laju semakin laju, lutut tak bermaya & suara aku tenggelam timbul. Aku habiskan juga presentation tu, aku tak ada pilihan.

Akhirnya aku terjumpa blog pasal anxiety dan d3pr3ssion. Hampir kesemua simptom ada pada diri aku. Aku bingung. Tak tahu apa yang patut aku buat. Nak bagitahu dekat siapa? Boleh ke diaorang faham? Aku takut nak jumpa psychiatrist. Pendam. Tulah pilihan aku.

Bertahun-tahun aku biarkan hidup aku gelap dalam dunia depresi & Social Anxiety Disorder. Setiap hari aku rasa aku perlu guna banyak tenaga nak berhadapan orang ramai. Anxiety attack takkan lenyap macam tu je.

Sekali lagi aku diserang panic attack. Serangan paling teruk aku hadap sampai aku fikir tulah kali terakhir aku hidup kat dunia ni. Rasa sesak nafas sampai baring pun tak boleh walhal dah guna 2 bantal. Aku rasa lemas, sakit kat bahagian kiri dada.

Mujurlah ayah aku perasan aku tahan sakit kat dada masa tu. Adik sayang Abah. Terima kasih untuk segalanya. Dia urut seluruh badan aku. Dari bahagian dada sampai ke kaki termasuk dekat kepala aku. Alhamdulillah sejam lepas tu aku rasa agak lega. Boleh lelapkan mata walaupun sekejap.

Mulanya aku tak nak bagitahu mak aku pasal sakit aku. Dia bertegas nak bawak aku pergi hospital. Pergi hospital? Kang kena tahan ward jiwa habis aku.. hahahaha tulah aku fikir masa tu. Bila dah tengok mak kita sedih, kau tetap berlembut nak dengar kata dia. Percayalah.

Untuk rawatan social anxiety aku, doktor sarankan aku mula makan sejenis ubat untuk kawal rasa anxious aku. Ujian Dass aku pun corot sangat..

Sekarang aku belajar untuk amalkan teknik pernafasan. Hari-hari kena istiqamah walhal aku terskip jugak kadang. Manusia tak lari dari buat silap, ceh!

Rawatan untuk naluri? Doktor suruh aku tengok orang berkawad, tak boleh pakai baju warna pink, orange, bunga-bunga & housechores tu ada limit untuk aku. Memasak tak digalakkan. Walaupun aku suka masak.  Fizikal aku pun kena ubah bagi nampak lebih maskulin.

Sorry confession kali ni panjang. Banyak lagi nak cerita tapi takut pembaca buat peta dunia kat bantal nanti.

Maafkan Mr H jika confession Mr H sebelum ni terlalu berlebihan & menyentuh sensitiviti masyarakat. Niat Mr H hanyalah untuk berkongsi rasa, sebagai panduan kepada golongan senasib yang masih tersepit dan keliru dengan kecelaruan mereka.

Mr H sedar bukan mudah untuk mengubah stigma masyarakat. Mr H sememangnya bukan lelaki normal, tapi Mr H bukan penyokong LGBT. Masih ramai di luar sana yang nak berubah.

Aku sebagai wakil golongan ni, nak suarakan isi hati kami. Kami yang betul-betul memerlukan sokongan masyarakat.

Bantu kami keluar dari sisi gelap kehidupan kami. Percayalah. Sebelum gay di luar sana hanyut, mereka ada rasa sedih + kecewa + takut dan nak keluar dari dunia gelap cuma mereka tewas dengan naluri mereka sendiri.

Aku dan mereka yang betul-betul mahu berubah hanya mengharapkan kata-kata semangat & keprihatinan daripada masyarakat. Moga kita sama-sama berjalan menuju ke pintu syurga di negara abadi nanti.

Terima kasih admin jika sudi approve confession ni untuk dijadikan iktibar & ped0man buat pembaca.

Doakan Mr H dipermudahkan urusan sehingga mendapat segulung ijazah. Hanya ini yang mampu Mr H hadiahkan buat ibu & bapa Mr H. Mungkin Mr H terlalu banyak kecewakan mereka sebelum ni.

– Mr H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *