S.O.S Acne Prone Skin

Assalamualaikum semua. Saya nak kongsikan sedikit sebanyak tentang pengalaman dan pembacaan saya tentang acne prone skin. Harap harap ada manfaat untuk semua.

Short intro, saya seorang acne survivor. I have oily acne prone skin. I’ve been suffering with acne since I was 14 years old. So it’s have been three years and alhamdulillah my skin now has never been better.

Disclaimer : Produk yang saya recommend secara umumnya tak banyak bahan bahan yang boleh merengsakan dan merosakkan kulit. Tapi tak dijamin sesuai untuk semua orang. I’m not a dermatologist. Jadi kalau ada tersalah info mintak tolong betulkan. InsyaAllah.

So, how to deal with acne prone skin?

Pertama : Kalau anda ada cystic acne, tolong tolong tolong jumpa doktor pakar kulit. Lebih terjamin dan jimat berbanding cuba produk itu ini yang entah sesuai ke tak untuk kulit. Sebab hanya doktor kulit yang dapat kesan punca cystic acne korang. Mungkin sebab alergik, mungkin sebab hormon atau lapisan perlindungan kulit dah rosak. Doktor akan prescribe ubat atau recommend produk yang sesuai. If you have mild acne then let’s move on to the next point.

Kedua : Jaga basic skincare routine iaitu cleansing-moisturizing-spf. Rutin yang akan saya recommend lebih fokus untuk membaiki lapisan perlindungan kulit ( skin barrier ) Apa itu skin barrier? Tolong Google ye.Nanti panjang sangat pulak confession ni. Skin barrier sangat penting until pastikan kulit kita sihat dan bebas jerawatlah.I’ve done it so I know it works.

CLEANSING : Sebenarnya rutin yang paling berpotensi mengiritasi kulit ialah cleansing. Jadi korang perlu cari produk yang tak ada bahan bahan yang berpotensi mengiritasi macam SLS, SES, alkohol, fragrance. Cari cleanser yang pHnya antara 5-6 iaitu pH ideal untuk kulit yang sihat.Kalau lepas cuci muka rasa macam fuhhh muka bersih, licin, ketat macam cermin, BERHENTI GUNA PENCUCI MUKA TU. Pencuci muka macam tu memang berpotensi untuk rosakkan skin barrier korang. Choose a cleanser that clean your skin but doesn’t strip you off.

RECOMMENDATION : Papulex soap free cleansing gel ( RM60+), Simple kind to skin gel cleanser (RM16+)

MYTH : Lagi kerap cuci muka lagi bagus. Salah ! Kalau korang cuci muka terlalu kerap, kulit korang berpotensi untuk jadi lebih sensitif dan akan merosakkan skin barrier korang.Lagi satu mitos -semua orang wajib pakai pencuci muka. Salah ! Sebenarnya korang boleh je tak pakai pencuci muka. Boleh je guna air biasa cuci waktu pagi, waktu petang dan sebelum tidur. Melainkan korang pakai makeup atau sunblock korang jenis susah tanggal then wajib pakai pencuci muka. Listen to your skin dan ikut keperluan masing masing.

MOISTURIZING : Kalau boleh cari produk yang ada ceramide. Ceramide sangat membantu dalam membina balik skin barrier korang. Moisturizer wajib pakai hari hari ye. Fungsi moisturizer adalah untuk kunci kelembapan dalam kulit korang. Nak senang faham moisturizer akan pastikan kelembapan dalam kulit korang tu tak keluar atau terlepas ke udara. Bahan yang wajib ada ialah humectant dan emollient.

RECOMMENDATION : CeraVe moisturizer (RM30+), Physiogel moisturizer (RM40+ boleh cari di Watson atau guardian), Simple hydrating light moisturizer (RM 16+ but yang ini tak ada ceramide jadi mungkin kesan lambat sikit)

MYTH : Kulit berminyak tak payah pakai moisturizer. Hellooooo kulit berminyak lagi la kena pakai moisturizer. Yang jadi berminyak macam boleh goreng telur tu sebab kulit tak cukup hydration jadi kena lah bagi hydration dengan cara pakai moisturizer. Ok?

SPF : Sunscreen ni ada dua jenis-physical sunscreen dan chemical sunscreen. Kalau untuk acne prone skin saya recommend sunblock yang guna zinc dioxide sebagai base which is a physical sunscreen. Sunscreen pun wajib pakai hari hari ye. Buat masa sekarang saya masih belum jumpa sunblock yang affordable, bagus dan tak melekit. Kalau ada yang nak recommend komen lah kat bawah. Hiks
RECOMMENDATION : Biore sunscreen-im using this for now tapi ada alkohol Dan fragrance. Not recommended for sensitive skin (RM18+)

MYTH : Dalam rumah tak payah pakai sunscreen. UVA dan UVB masih boleh tembus walaupun Kita duduk bawah bumbung. Cahaya matahari penyebab utama kulit berminyak, pori tersumbat dan jerawat jadi pakai hari hari ok?

From this point saya nak membebel sikit. Kalau malas nak baca saya membebel sila skip ke dua perenggan terakhir ok?

Saya ingat fenomena produk kecantikan timbang kilo, marketing kulit putih,produk yang bahaya dah tak ada dah. Rupanya wujud lagi kat Malaysia ni. Allahu, tolonglah rakyat Malaysia sekalian, educate yourself ! Korang bayar berpuluh puluh untuk produk entah apa apa kat Instagram tu.Bila saya check ingredients tak ada ada pun ingredients yang boleh memutihkan kulit lah, menghilangkan jerawatlah, mencerahkan masa depan dalam sepuluh saatlah apalah.

Tolonglah jangan tertipu dengan marketing murahan si instafamous instafamous yang kulit flawless sejak dalam rahim. Last last kulit korang jugak yang rosak. Ni sekarang trend jadi founder serum pulak. Cuba interview sikit si founder founder tu tentang produk diorang. Entah entah ingredient asas pun ketar lutut nak jawab. Saya tengok gigih la rakyat Malaysia dok komen pm pm pm. Eiiii geram tau tak.

Harga dah macam macam firaun padahal krim timbang kilo tak berkesan pun. Ok lagi la kalau takat tak berkesan, kalau makin teruk macam mana? Saya bukan nak tutup periuk nasi orang ye. Ada je produk tempatan yang ok macam simplysiti, sendayu tinggi. Kalau nak support local product amatlah dialu alukan. Sebelum beli produk apa apa buatlah research. Maklumat di hujung jari.

Kalau malas sangat boleh tengok video Kat YouTube dari vlogger macam LiahYoo, Dr Dray ( She’s a dermatologist ok. Very informative ) Kepada pencinta bahasa ibunda boleh search Maisarah Mahmud atau Noel Faizal – support Malaysian vlogger ! Hiks. Diorang bukan sembang kosong recommend produk tak tentu hala ok. They include scientific explanation as well.

Haaaaa, recommend produk dah sudah, recommend sumber info dah sudah. Kalau dok beli produk pemutih-kulit-harga-firaun lagi saya tak tau la nak cakap apa.

P/s : I’ve been here before with the diet confession. Alang alang mintak tolong doakan result SPM saya Khamis ni ye. Hiks. Buat confession ni pun nak release stress sebenarnya.

Bye. Assalamualaikum.

– Imapotato

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *