Assalamualaikum saya Mawar berumur awal 30. Kebelakangan ini saya rasa teringin untuk mengupas isu2 s3xual predator atau pemangsa s3ksual ini, sebab ada beberapa kes yang sedang hangat.
Sama2 kita berfikir secara wajar dan berbincang mengenai isu ini untuk membuka mata pelbagai pihak.
Saya sendiri pernah beberapa kali mengenali predator yang suka dan terang-terangan menunjukkan nafsu yang tidak terkawal di awal perkenalan.
Sebagai contoh, pernah menggunakan dating apps di fb, dan terdapat beberapa yang memberi komen lucah di gambar, meskipun gambar tersebut menutup aurat dengan tudung yang dilabuhkan.
Yang kedua, jika FB dating agak bahaya dengan orang2 begitu, saya juga pernah menggunakan platform cari jodoh islamic yang agak terkenal seperti TJ, BJ dll, sebab merasakan lebih selamat. Namun, s3xual predator ini rupanya tetap ada ya.
Awal2 taaruf berkongsi gambar, namun gunakan gambar tersebut sebagai bahan untuk nafsu. Dan terangan memberitahu. Haiiih sedangkan gambar tersebut juga bukan yang terdedah dan sememangnya menutup aurat dengan sempurna.
Dan yang ketiga, predator dari orang yang kita rapat dan percaya iaitu dari kawan sendiri.
Pernah dia screen shot gambar yang di post di status whatsapp dan kemudian hantar semula berserta komen2 yang lucah seperti saiz, dan keadaan biologi badannya ketika melihat gambar tersebut. Dan dia juga bukan orang yang calang2 di dunia NGO.
Kaum lelaki di luar sana, bukan saya sahaja, malah ramai lagi perempuan2 yang terlalu ingin tahu kenapa kalian gemar melakukan perbuatan tersebut?
Tidakkah anda2 semua rasa sedih dan kecewa, sekiranya perkara yang sama berlaku dalam kalangan keluarga iaitu ibu, adik, kakak, mahupun anak2 perempuan kalian?
Sedangkan perempuan2 yang kalian rosakkan itu telah sedaya upaya menjaga kehormatan diri mereka, dengan cara berpakaian dan sebagainya.
Ada yang lebih teruk, terdapat segelintir wanita yang mengalami tekanan emosi yang melampau, termasuk di luar batasan agama kerana merasakan diri terlalu jijik sebagai tempat melempiaskan nafsu.
S3xual Predator ini terlalu ramai ya. Dan kebanyakan terdiri dari lelaki Melayu dan Islam, ada yang mempunyai nama, dengan beberapa kali muncul di media.
Saya tidak berniat untuk generalisasi, tapi mungkin kes yang berlaku di depan mata melibatkan golongan tersebut.
Disebabkan terlalu banyak abuse secara maya, secara tidak langsung saya jadi lebih agresif untuk memberi awareness terhadap S3xual Predator ini.
Kerana kesan yang ditinggalkan terlalu dalam dan mungkin akan menyukarkan seseorang untuk berjodoh kelak.
Bagi lelaki yang pernah melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ini, sesungguhnya balasan Allah itu tetap ada. Selagi mangsa tidak memaafkan, selagi itu kalian tidak dapat ketenangan di dunia.
Dan sekiranya balasan bukan terkena kepada diri kalian, mungkin juga akan terkena kepada zuriat keturunan kalian. Ingat ya.
Akhir kata, bagi kaum wanita yang pernah mengalami kes2 tersebut, silalah dapatkan bantuan yang sewajarnya. Jangan pendam dan diamkan kerana itu cuma akan menjadikan perbuatan tersebut dilakukan secara berterusan.
Harap kita sama2 muhasabah diri dan memberi maklum balas positif untuk mengekang perkara ini terjadi. Assalamualaikum wbt.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit