Assalamualaikum semua. Aku Darmia, berusia 29 tahun.
Aku merupakan pesakit pskiatri yang telah di diagnos dengan Bipolar Disorder type ii with schizophernia dan BPD.
Senang cerita aku kurang normal berbanding dengan orang lain tapi walaupun keadaan aku macam tu, aku still usaha untuk hidup normal macam orang lain.
Aku bekerja, bergurau dengan ibu aku, layan karenah adik beradik aku, keluar dengan kawan2 dan ada pasangan kekasih…. Itulah normal bagi aku.
19 Jun 2024, tarikh keramat yang jadi titik permulaan aku menjadi tak normal semula.
Pagi tu aku ada appointment dengan pakar psikiatri di sebuah hospital kerajaan. Boleh dikatakan permulaan hari aku sangat perfect.
Aku bangun awal, makan dengan ibu aku, dalam perjalanan ke hospital aku gelak ketawa dengan ibu aku dan masa jumpa doktor pun aku happy sebab aku rasa semua dah complete dan cukup.
Tapi langit tak selalunya cerah kan..
Petang tu aku dapat notis dua minggu dari majikan aku atas alasan aku incompetent.
Puas aku merayu dan merayu tapi rayuan aku ibarat angin bayu yang berlalu sepi.
Aku menangis macam dah takda hari esok. Aku rasa down sampaikan aku attempt petang tu jugak. Sekelip mata apa yang aku bina, runtuh macam tu sahaja.
Aku mula rasa Allah macam benci dekat aku sebab setiap kali aku rasa bahagia… mesti akan berlaku sesuatu yang buat aku menderita balik.
Betul lah kata orang… Kita jangan terlalu rasa seronok sebab kita tak tahu apa yang menunggu di masa depan.
Sambil aku menulis ni pun, air mata aku mengalir laju. Jujur aku takut… Aku takut untuk menghadapi hari esok….
Kalian tolong doakan aku…. Doakan aku supaya dapat kerja yang lebih baik dan kuat semangat semula…
Terima kasih.
– Darmia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum sis. Hidup ini kan memang tempat untuk diuji. Allah uji bukan sebab benci, tapi itu cara Allah untuk dekatkan kita denganNya. Allah suka dengar kita merintih, merayu kepadanya.
Kata ustaz, setiap perkara yg berlaku dlm hidup kita, semuanya baik utk kita. Kita nampak tak baik, tapi Allah sedang prepare kebaikan yg lebih besar dan panjang utk kita. Yakinlah dgn hikmah segala kejadian yg berlaku.
Sis, serahkanlah semuanya pada Allah. InsyaAllah hati akan tenang. Yakinlah. Jangan terlampau ikutkan perasaan kecewa. Bisikan tu semua dari syaitan. Semua ini adalah jalan Allah nak beri pahala, moga² jadi jalan masuk syurga.
Saya doakan sis kuat. Lawan perasaan negatif tu. Sibukkan diri dengan perkara² positif, motivasi, baca Quran. Dekat dunia ni, yang paling sayangkan kita adlah Allah. Jadi mustahil Allah nak beri keburukan utk kita. Moga Allah mudahkan urusan awak.
Sy tahu penyakit tu xmudah. Tp sy mintak sis igt dan pgg ayat ni “everything happened for a reason”. Sy pernah berada ni mana sy rasa sgt2 useless, sy down dan kosong. Alhamdulillah housemate sy selalu igtkan sy ayat tu. And one day Allah tunjukkan hikmah/reason tu pd sy. Termanggu sy pd ms tu. Bila sy fikir2 balik semua benda dah jd, Sungguh sy xsangka cantiknya susunan Dia yg Esa. Skrg bila sy down sy akan igt balik kata2 tu. Mmg susah nak pgg tp percayalah tiada ape yg terbaik dri susunan Dia yg Esa.