Saat Guna Tandas

Assalamualaikum..

Terima kasih admin approve confession ni. Sebenarnya bukanlah confession, tetapi sekadar teguran sahaja. Terlebih dahulu aku minta maaf jika ada yang bakal terguris hati. Aku bukan nak menghukum orang, bukan nak judge orang. Cuma sebagai peringatan sahaja.

Sebelum tu aku nak tanya..Korang lepas guna tandas tak kira la buang air kecil ke, buang air besar ke kan..korang cuci tangan tak lepas tu? Maksud aku bukan sekadar cuci dengan air aja, tapi dengan SABUN. Banyak dah aku perati kawan-kawan aku, budak-budak asrama yang duduk satu aras dengan aku, kalau pergi tandas sekadar cuci tangan dengan air. Aku perati aja sikap macam ni.

Ada ja muka lawa, nampak macam pembersih tapi tetap sama. Semua tak pernah cuci tangan guna sabun lepas guna tandas. Diorang semua hanya sabun tangan lepas habis makan, itu pun mesti sebab tak nak tangan berbau kan?

Roomate aku pun sama. Dia sendiri kata dirinya pembersih. Tak suka lipas sebab kotor benda alah tu. Okey betul latu. Lipas ni kotor. Dia suka makan telur cacing. Dan telur cacing ni ada yang masih melekat di kakinya. Sebab tu makanan yang di sentuh lipas tak boleh makan. Takut melekat telur cacing, termasuk lah pingan mangkuk di rumah.

Okey berbalik semula ke roommate aku. Dia kata dia pembersih. Ya dia memang suka sapu sampah, bilik pun teratur cantik. Aku pun suka. Tapi satu benda gak. Dia kalau pergi tandas tak pernah nak sabun tangan. Kalau bab lipas boleh pulak tahu kotor. Ni dah guna tandas berganda lagi kotornya. Dah berpuluh orang guna tandas tu. Mesti ada yang berpenyakit, campur-campur semua bakteria yang ada. Entah berapa banyak.

Bila makan pun tak nak cuci dengan sabun. Cuma basuh dengan air je. Masuklah bacteria di tangan ke dalam perut. Dah tu lepas tu tak basuh tangan ada pulak yang dok korek hidung, picit jerawat etc. Kalau tak percaya google lah. Banyak sangat orang dok cerita pasal bakteria di tandas dan sebab penyakit. Boleh google apa kesan nya kalau tak cuci tangan dengan betul. Penyakit apa yang mudah kena. Selalunya jangkitan cacing la. Orang perempuan geli cacing, tapi tak geli k eke cacing tu hidup dalam perut awak? Cacing pita tambah lagi, kalau ada dalam perut boleh sama panjang dengan usus kita tu, boleh capai 9 meter. Tak percaya? Leh la google.

Macam mana boleh berjangkit cacing? Bukan sebab tak pakai kasut ja, boleh saja jangkit melalui najis. Macam mana? contohnya lepas orang cuci najis dengan tangan, diorang tutup pili air. Jadi telur cacing di tangan boleh saja melekat di situ. Satu lagi kana da lipas sebagai ejen pembawa telur. Taka pa la google je la ya. Youtube pun ada. Macam mana aku tahu? Aku pernah tenggok national geography kitaran hidup cacing.

Aku harap, ini untuk kebaikan korang, cuci lah tangan dengan sabun ya. Di asrama aku, aku dah sediakan sabun untuk orang guna. Sebab ingat kot la, diorang tak ada duit nak beli sabu untuk cuci tangan kan. Jadi boleh la orang pakai sabun aku letak kat situ. Aku dah label dah ‘ semua orang boleh guna’. Tapi aku perati hanya beberapa ja yang sabun tangan. Yang lainnya mungkin malas. Aku harap kalau jaga wajah korang boleh rajin, kenapa tak nak jaga kebersihan. Boleh jadi wajah korang berjerawat disebabkan tangan korang yang guna tandas tak basuh tangan lepas tu dok sentuh wajah.

Maafkan aku, bukan nak berlagak apa pun, Cuma aku rasa aku perlu tegur. Kita kan orang islam kena jaga kebersihan. Kebersihan bukan pada pakaian aja tetapi banyak lagi aspek dia. Lepas ni cucilah tangan dengan sabun bukan sekadar dengan air je. Kalau boleh pergi shopping ke, ke mana aja, bawak lah sabun atau hand sanitizer ke etc..

Sekian

– Muliana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit