Saat Hilang Cintamu

Assalamualaikum. Namaku Daun Bawang. Menginjak usia 40 an, seorang ibu tunggal beranak sorang berusia 15 tahun, bercerai hidup dan menjanda hampir 12 tahun.

Ini kisah tentang perjalanan ku mencari Allah tanpa aku sengajakan.

Awal umur dari menjejak usia 28 aku sudah tergolong dalam golongan t20, alhamdulillah memiliki semua nya, rumah, kereta dan wang simpanan yang lebih dari mencukupi. Serta anak dara yang meningkat umur dengan sempurna.

Cuma kurang masa kerana keterbatasan kerja, menjarakkan hubungan antara aku dan anak tunggalku. Hati aku kosong, untuk jatuh cinta amat payah.

Walau jauh dari emak ayah dan anak, kehadiran rindu tu teramatlah susah skali hadir, tapi aku yakin kasih sayang masih segar di hati. Cuma pengalaman perkahwinan yang pertama menjadikan aku wanita yang keras hati.

2017, alhamdulillah. Dijemput Allah swt untuk menunaikan rukun islam kelima. Dalam keadaan yang cukup selesa, package vip.

Pada waktu wukuf di arafah, aku berdoa bersungguh sungguh agar Allah buka kan pintu hati untuk cinta dan moga terbuka jodohku. Agar aku menjadi hamba Allah yang taat.

Balik dari haji, perjalanan hidupku masih macam biasa biasa sahaja. Tiada apa yang berubah, tiada apa yang istimewa. Baju masih singkat, adakah hajiku tidak mabrur? Hanya Allah yang maha tahu.

Penghujung 2018, dugaan hidup mula melanda. Aku terpaksa berhenti kerja, dan pulang ke kampung halaman. Bahasa mudah, aku settle down di kampung.

Alhamdulillah. Ada rumah, ada kereta, jadi aku tidak perlu menumpang. Duit simpanan pun masyaAllah masih banyak, jadi aku bahagia dan tidak rasa ada kekurangan pada hidupmu dan perlahan lahan belajar untuk downgrade life style

2019, aku rasa aku bukan diri aku lagi, aku rasa macam aku semakin liar, keluar lewat dan balik pagi.

Entah urusan bisness apa lah yang aku usahakan sampai terlepas tanggungjawab aku pada Allah. Solat pun sudah tak sekerap dahulu, baca alquran apatah lagi. Tahajud?? Jangan ditanya. Aku makin leka dengan duniaku.

Alhamdulillah, usia menjelang 36, aku masih cantik dan sempurna. Aku mula dambakan pujian dunia. Solat yang dulunya tak kerap, makin lama makin jarang, saat yang sama, setiap kali aku dapat peluang kerja, mesti ada masalah mendatang dan aku terpaksa lepaskan peluang tu.

Duit dari urusan bisnes kecil kecilan aku alhamdulillah cukup untuk penuhi keperluan. Tapi tak mampu untuk berikan yang terbaik pada anak dan mak ayah aku. Simpanan pula makin berkurang.

Tapi kawan kawan ramai dan sentiasa ada dengan aku. Rasa dunia aku yang punya, sentiasa menjadi perhatian dari golongan berada yang punya kedudukan dalam masyarakat. Tak kira laki atau perempuan. Apatah lagi aku makin dalam terlibat dalam politik.

Tentang jodoh, ada 2, 3 orang yang berkedudukan melamar untuk aku menjadi isteri tapi bukan yang pertama. Aku tak menolak, malah tidak pula menerima. Mereka tetap aku layan dengan baik. Pada aku, laki laki kaya bukan jaminan bahagia.

Pada masa yang sama, dunia dilanda wabak, business terjejas, ada juga project yang aku usahakan tak berakhir dengan keuntungan. Tapi Allah maha baik, dia tetap cukupkan aku dan anak dengan rezeki yang ada.

Klimaks

2021 julai..

Aku berkenalan dengan seorang laki2, muda sedikit dari aku, good looking dan cantik budi bahasa. Sekelip mata aku jatuh cinta.

Mengenali dia dari 1 platform suai kenai, yang mix matching pasangan dari kilometer yang terdekat, owhh dia cuma kurang 5 kilometer dari kawasan tempat tinggalku.

Mudah aku jatuh cinta, aku percaya inilah takdir/ jodoh ku. Allah telah menjawab doa di sepanjang wukufku.

Allahuakbar, aku terjerumus ke lembah dosa. Maruah dan harga diri yang aku pertahankan selama ini musnah kerana cinta. Aku leka, aku alpha, aku lupa semua. Bahana cinta ini buat aku jadi macam orang gila.

Siang malam pagi dan petang ingatkan dia, sampai aku tak boleh nak berfikir normal lagi, sementelah, musim pkp anak aku tak bersekolah jadi sepanjang masanya, dia tinggal dengan neneknya. Maka mummynya?? Allahuakbar, semakin menyimpang dari jalan Allah.

Banyak masa dan duit aku habiskan untuk dia, dalam masa yang sama, dia diuji dengan masalah kewangan yang sangat berat,

Aku pula makin takut kehilangan dia, nak tidur ingat dia, nak mandi ingat dia, dalam tidur pun mimpikan dia. 2 bulan pertama bercinta, without fail, setiap hari kami berjumpa.

Selepas 2 bulan aku tengok dia semakin berubah, mula bercakap kasar dengan aku, ada saja salah aku di matanya. Tapi pada aku, itu tanda dia concern. Cara lelaki luah kasih sayang la kononnya. Lagipun itukan jawapan pada doa ku.

Baki terakhir dari wang simpananku, barangan kemasku, bag bag mahal designer brand yang menjadi koleksi kebanggaanku, aku leburkan semua untuk permulaan perniagaan dia.

Tapi alhamdulillah, aku wanita bijak (maaf termasuk bakul), permulaan perniagaan sampai ke sewa kedai, semua di daftarkan atas nama aku.

Jadi bermulalah hidup penuh derita bagai di neraka dunia.Hari hari aku dimaki hamun, diherdik, dan dihina.

Tapi ahamdulillah dia tak lagi menyentuhku, dia gelarkan aku perempuan murahan, dipanggil aku perempuan jijik tapi kata kata itulah permulaan yang mendekatkan aku sepenuhnya pada Allah.

Dalam pencarian cinta aku pada dia yang bergelar manusia, aku jumpa jalan pulang pada Allah. Aku mula cukupkan solat, berpuasa sunat, mula mengaji dan membuka alquran dan tahajud (selang sehari).

Ikhlas tak?? Jawapannya mestilah tidak. Semua aku buat semata2 untuk doa pada akhirnya dimana aku doa dia jodohku, dia bakal imamku. Allah bukalah pintu hatinya untuk aku. Allahuakbar, jahilnya aku ya rabbi

Semakin kuat aku solat, semakin kerap aku doa, makin jauh dia dari aku, makin teruk layanan dia pada aku. Makin hebat kebencian dia pada aku.

Tapi saat manusia buang aku, saat itula Allah kutip kembali hati aku yang pecah berderai. Hasil dari solat yang tak ikhlas tadi, hasil dari bacaan al quran yang kononnya untuk dia melihat aku telah berubah, Allah lembutkan hati aku untuk redha.

Dalam masa sama aku diuji dengan sakit (sihir) yang mengganggu prestasi kerja dan perniagaanku sampai 1 saat aku tak boleh bngn kerana terlalu sakit.

Dan saat aku sakit ni, aku lihat dengan mata dan akal warasku, mcm mana teruknya layanan dia pada aku saat marahnya memuncak.

Bermula dengan redha, aku belajar sabar, tiada lagi kata kata yang menyalahkan tiap takdir Allah yang keluar dari mulutku. Aku belajar menutup aurat dengan sempurna. (sebelum ni ada jaga niat nak bertudung menutup dada bila dia bawa balik kawan perempuannya ke kedai kami)

Setahun berperang dengan perasaan sendiri, sakit, merana, derita. Diuji dengan rezeki yang disempitkan, ditambah pula dengan kesihatan ayah yang diuji dengan barah, aku hilang punca, letih dan sakit semua jadi satu.

Setiap malam, setiap kali lepas solat, aku menangis hiba. Menyesal. Kerana haji ku adalah haji yang sia sia. Patutlah perjalananku menuju Allah di uji dengan cinta manusia yang menipu. Rupanya Allah sudah tidak mahu padaku.

Mula aku terfikir kalau kalau duit aku gunakan untuk haji dari sumber haram. Seingat aku tidak, aku pekerja yang komited, yang tidak pernah tido waktu kerja. Yang sayangkan karier seperti aku sayangkan diri sendiri. Ya Allah overthinking sungguh aku.

Tapi Allah ada, Allah tidak pernah tinggalkan aku. Walau dalam keadaan aku kesempitan, tetap ada duit untuk aku menyuap mulut keluargaku. Walau dalam keadaan sakit tetap aku mampu heret kaki untuk mencari rezeki.

Allah sayangkan tiap hambaNya, sakit kerana duka mencinta, telah Allah tutup rapat dan ubati. Sekarang tiada lagi aku pura pura bahagia, kerana aku sudah temui cinta sejatiku.

Kemuncaknya redha aku, saat aku confirm dia sudah ada kekasih, memang sebelum ni aku ada tanya tapi dia nafikan, tapi Allah jawab doaku dengan menunjukkan didepan mata aku yang slama ni dia berbohong. Aku rasa sakit kah masa tu?

Tiada. Cuma sedih dan setitik dua air mata ini menitis.

2 hari selepas tu, aku dikejutkan lagi dengan kenyataan hubungan dia dan gadis tersebut lebih dari sekadar bercinta. Dan aku hanya tergelak. Langsung tak menangis.

Saat ini, Allah dah bagi sepenuh persediaan untuk aku hadapi takdir aku. Dulu aku risau kalau saat ni tiba, aku tak kan bersedia, aku akan menangis, sakit dan merana.

Tapi saat aku tau kebenaran, hati aku jadi lapang selapangnya. Yang pastinya, Allah hadirkan kebenaran saat hati ini benar benar telah bersedia. Tak sedetik cepat, juga tidak sesaat lewat. Maha besar ya Allah.

Panjang nak tulis tapi confirm hampa bosan. Aku singkatkan, aku temui redha, aku jumpa cinta sejati, aku tenang dengan kasih syang Allah.

Tiap pagi aku akan attend kuliah subuh online, rasa tenang memenuhi taman Allah dengan sahabat sahabat seperjuangan yang mencari cinta sejati dari maha pencipta.

Aku tak lagi menangis kerana manusia. Aku makin kuat dan memahami erti syukur. Aku masih seorang peniaga miskin yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi. Tapi aku tetap berasa cukup dengan rezeki yang sedikit tapi berkat.

Sahabat sahabat pembaca sekelian, doakan “dia” berubah dan kembali ke jalan yang benar.

Walau cinta dalam hati buatnya telah tiada, tapi dia tetap ada tempat yang istimewa dalam hidup aku, kerana Allah hadirkan dia untuk merubah aku. Kerana Allah hadirkan dia untuk temankan aku saat perniagaan kami di ambang dugaan.

Alhamdulillah. Waktu aku menantimu sudah selesai. Pada Allah ku panjatkan sepenuh syukur. Pesanan ikhlas dari aku, tiada cinta yang kekal selain cinta Allah.

– Daun Bawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *