Saat Mengejar Impian, Ada Banyak Ujian

Aku tahu, ada manusia yang ujian dia lagi berat pada aku. Aku bersyukur aku redha dan aku terima, andai ini lah takdirku. Kisah tentang diri aku dalam mengecap impian.

Aku Esya sekarang dah berumur lewat 20an. Mengimbau kembali zaman membesar dulu dulu, lepas habis diploma, aku terus sambung kerja sebagai sales and marketing di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Kerja apa pun aku okey jer. Umur aku masa tu 21 tahun. Masih fresh dengan ingatan yang masih kuat, dan aku ni sejenis cepat belajar.

Aku selalu dapat pujian dengan percapaian yang aku buat. Sales tertinggi, Dan Boss selalu puji aku, dan jadikan aku sebagai contoh dalam office.

Masa tu akulah yang paling muda paling ceria paling bersemangat. Ramai, rakan-rakan office yang sukakan cara aku, Cara fikir dan pendapat berbekalkan ilmu yang aku ada. Kami sama-sama kongsi pendapat.

Alhamdulillah aku berada dalam environment yang baik dikelilingi rakan office yang baik. Seronok sangat. Boss aku selalu bercerita tentang impian dan kerjayaan, dan Boss aku ni la yang aku selalu jadikan inspirasi dalam hidup aku.

Kami rapat tapi Boss selalu tak ada dekat office. Sebab dia berasal dari Singapura.

Dalam fasa aku membesar dan ingin mencapai cita- cita, aku selalu diberi kekuatan, kata-kata semangat, mental support yang positive tentang kerjayaan.

Sentiasa berpegang teguh pada prinsip untuk berjaya dan sentiasa berkeyakinan tinggi untuk dapatkan setiap hasil tu dari usaha sendiri.

Yes, aku dapat apa yang aku nak atas rezeki yang Allah kurniakan. Aku sentiasa kerja kuat untuk dapatkan apa yang aku impikan. Keluar pagi balik malam itu biasa jer pada aku. Tak cukup tidur, tak jadi masalah pada aku, Lagi pula duduk di bandar besar Kuala Lumpur ni,

Itulah masanya untuk kau dapatkan apa yang kau nak dalam usia yang muda. Sampai suatu masa tu Boss berbangga dengan aku sebab dapat Sales Achievement yang terbaik.

Syarikat yang aku bekerja ni kira besar lah sebab merangkumi daripada pelbagai negara. Malaysia, Singapore, China, Thailand, Indonesia, Korea, India dan dan lain-lain.

Sebab masa tu ada Greats Award Asian dekat PICC Putrajaya, So setiap company dari serantau Asia, berkumpul dekat situ untuk Award.

Dapatlah tengok boss-boss besar yang memang dah berjaya. Company aku dapat performance yang terbaik dan Achievement yang terbanyak. Itulah kenangan yang paling aku ingat, selain aku usha jodoh orang Korea masa tu..

Tetapi diorang ni tengok dari dekat tak dok laaaa handsome manapun. Huhu. Muka jambu putih gitu-gitu jer.

Disebabkan itu aku lebih bersemangat nak bekerja kuat lagi. Pasal kesihatan aku ketepikan. Mak ayah yang ada di kampung tak pernah aku lupakan. Kerana doa mereka sentiasa mengiringi diriku. Cuma aku tak banyak masa untuk luangkan buat mereka yang jauh dimata dekat dihati.

Aku boleh dikatakan anak yang berdikari, pandai cari duit sendiri, kuat sebab aku dah duduk jauh dari keluarga. Kalau orang kata bongsu itu manja, pada aku sebenarnya setiap anak ada harapan untuk berjaya. Aku sebenarnya boros.. hehe tetapi aku beri jugalah belanja kat mak ayah aku.

Hidup ini kadang kala kita berada di atas, dan selalunya kita akan berada di bawah. Ingat, Hidup ni tak terlepas pun dari ujian sebagai seorang hamba Allah SWT.

Cuma kita ni manusia yang lalai seronok sangat dengan hal dunia sampai sendiri lupa apa yang perlu untuk bawa bekalan ke akhirat.. jangan jadikan waktu muda itu alasan untuk meninggalkan perkara wajib. Jangan jadi macam aku..

Walaupun aku ni tak macam anak anak muda yang lain, bersosial, buat perkara yang luar permikiran akal dan kewarasan. Melanggar undang-undang dan agama, Aku cuma seorang manusia yang hanya sibuk untuk mencari duit dan kerjayaan dunia yang belum tentu nya hakiki.

Saat ingin mengecapi kerjayaan dunia. Bila mana saat kau berada di puncak teratas yang pastinya itu tidak akan kekal lama. Dalam setiap kebaikkan yang kita perjuangkan tu pasti ada manusia yang akan iri hati dan ingin kita jatuh.

Aku selalu jer dengar cerita buruk tu, tapi aku diam jela tak boleh nak buat apa-apa dan siapalah kita untuk merubah diri manusia ni. Aku ni dah lah perempuan jauh dari keluarga.

Biarkan jela mereka hidup dengan cara mereka. Dah tertulis Ujian untuk aku. Dan sedikit sebanyak pun aku dah termakan kata dan tidak akan kekal lama juga akhirnya.

Pada tahun seterusnya aku bekerja, bertahan punya bertahan setelah pelbagai ujian yang aku tempuh. Waktu itulah kemuncak kesabaran aku itu pun berakhir dan aku ambik keputusan untuk berhenti bekerja dan balik ke kampung.

Aku fikir bila dah berhenti ni akan ada kebaikkan lain pulak yang aku dapat.

Jauh terpesong luar jangkaan dan kotak pemikiran aku. Aku balik kampung jer aku bakal Jadi penganggur terhormat. Rumah aku kampung jauh dari bandar. Aku pula tiada kenderaan selain motor cabuk ayah aku untuk ke ladang.

Aku ada jer apply kerja berdekatan dengan rumah, tapi belum ada rezeki. Aku nak jer pindah semula duduk bandar, tapi tak de lah jauh macam duduk Kuala Lumpur dulu-dulukan. Free-free boleh jer balik tengok mak ayah aku. Tetapi tak ada juga rezeki. Hari-hari aku cari kerja.

Tapi tu la saving pun habis untuk cari kerja jer. Alasan diorang beri aku ni duduk jauh untuk ulang alik ke tempat kerja. Ambik masa dalam 30 minit untuk ke bandar. Aku pula tak de pengangkutan. Nak sewa bilik perlukan deposit pula.

Tak lama pada tu abang aku berikan sebuah kereta kancil dia beri untuk aku bawak. Dia pun dah ada kereta baru. Sebenarnya dekat rumah aku, ada jer kereta lain milik abang aku yang sorang lagi ni tapi yela kan.

Kita nak mintak tolong orang sekali dua boleh laa kan. Kalau hari-hari mungkin jadi issue kemudian hari. Kita ni tak boleh terlalu mengharapkan manusia sangat.

Aku sebenarnya ada jer lesen aku ambik masa belajar dulu. Guna duit PTPTN. Hehehe tapi aku tak ada kereta nak bawak, duduk KL dulu sibuk dengan kerja. Pergi kerja pun naik LRT-Monorel jer.

Jadi lepas-lepas dapat lesen memang aku tak pegang langsung kereta. Lesen pun expired macam tu jer.

Dulu ada peluang gaji besar tapi aku ni jenis tak suka berhutang. Semua nak cash. Tapi kalau beli pun masa tu macam tak ada gunanya.

Sebab aku pergi kerja naik pengangkutan awam. Bayar parking satu hal nanti.

Sampai suatu hari tu, aku Accident, tak ada apa-apa kecederaan teruk pun cuma aku terhantuk kepala agak kuat laaa. Jadi blank macam tu..

Lagi satu sebab terkejut juga tu aku jadi macam diawang-awangan.. Sebenarnya ada melibatkan otak aku, cuma aku ambik mudah jer tak pergi hospital pun nak check.

Kereta kancil tu pula Third Party hermm memang kene tanggung sendiri laaa. Pihak sana walaupun bersalah tapi taknak bertanggungjawab.

Se sen haram pun tak keluar duit untuk tu. Lama jugalah kereta tu nak dibaiki kemek-kemek accident tu. Yela benda kita susah nak dapat. Kene hargailah pemberian orang.

Lepas kereta semua dah elok keluar bengkel, aku pun mula pencarian kerja aku semula. Tapi hidup ni tak seindah yang disangka, pelbagai ujian yang menimpa hidup ni.

Abang aku pula accident langgar lari, teruk laa sampai kene buat pembedahan lebih 20k. Akulah yang jaga dia dekat hospital.

Mungkin disitulah hikmahnya aku yang tak bekerja ni kan. Ada jer selisih faham antara adik beradik ni. Nak jaga itu, kos apelaaa blaaa blaaa blaaaa.. Tapi malas nak fikir malas nak cerita dalam confession aku ni. Tapi Aku memang suka jaga orang sakit ni.

Aku tak nak susahkan mak ayah aku yang dah tua kan. Part cuci-cuci najis tu jer aku bagi nurse yang buat. Sebab aku pun malu sebenarnya nak tengok aherm aherm abang aku.

Abang aku ni paralyse separuh badan. Kira sistem saraf tunjang dia dah rosak. Kalau sihat pun, dia tak dapat nak jalan macam orang lain. makan minum dia bergantung pada susu sepenuhnya. Hari semakin hari kesihatan dia pun makin teruk dan dimasukkan ke ward ICU.

Walaupun pembedahan dah buat tapi yela siapalah kita nak melawan kuasa takdir. Kan?. Redha dengan pemergiannya buat selama-lamanya. Arwah abang aku ni meninggal pada usia dia 32 tahun.

Down tu down… Lama juga aku down. Tapi hidup ni tetap kene teruskan. Demi mencapai impian yang aku genggam selama ni And aku diberi ilham untuk membuka perniagaan bundle.

Modal yang aku dapat dari akak aku dan dibantu oleh abang-abang aku yang lain. Untuk cara menghasilkannya.

Aku jual Baju, seluar dan comforter bundle dari korea.. Alhamdulillah rezeki aku melimpah-limpah dengan bantuan mereka. Hari-hari ada jer sales akan masuk. Syukur dengan nikmat itu.

Tetapi yela dalam dunia perniagaan ni banyak pasang surutnya. Adakalanya benda itu berpunca dari silapnya diri sendiri juga.

Aku selalu compare hidup aku yang dulu, tetapi lain pula jadinya. Dulu selalu aku dapat perhatian atas setiap apa yang aku usahakan dan aku sentiasa ingin dihargai.. jauh sekali untuk aku dapat mental support dan kata-kata semangat. Hidup ni sentiasa kene belajar benda baru, ilmu baru.

Apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang pernah terjadi. Hidup dalam keadaan dan situasi berbeza. Dan last sekali tu aku buat sorang-sorang tiada lagi bantuan. Entahlah silap aku kat mana. Tak ditegur dan entahlah hilang macam tu jer tanpa kata-kata.

Nasihatlah aku kalau aku salah. Tapi tula sebab kita bekerja dengan manusia, kesalahan tetap dicari tapi bukan untuk diperbaiki.

Saat kau diatas kau tak selama-lamanya di atas. Perniagaan aku mampu bertahan 3 tahun jer. Dan kembalilah aku kepada dunia pengangguran. Ada jer aku berniaga tapi barang yang aku berniaga tu dah tak laku-laku. Keluar stok baru pun still sama.

Tak de lah aku nak beranggapan yang bukan-bukan. Kalau tak da bukti macam mana nak cakap kan. Aku berniaga tudung pun still sama.

Tak adalah aku syak wasangka sangat kan. Last sekali aku pun give up.

Seterusnya aku ambik keputusan untuk keluar dari comfort zone aku pula. Aku berpindah ke Shah Alam untuk cari kerja baru.

Aku jual habis tablet yang aku menang award dulu, aku jual untuk buat modal cari kerja kat sana. Aku pindah ke Shah Alam sebab dekat je la dengan abang aku, at least apa-apa jadi tu senang ada dia. Aku fikir macam tu.

Lepas tu Aku dapat kerja sebagai kerani (data entry) gaji permulaan tu okeylah kan asalkan dapat kerja. Aku cari bilik sewa dengan duit yang aku ada. Dekat jer tak sampai 5 minit pun nak gi kerja.

Tempat kerja aku ni dekat kawasan industri seksyen 7, Ada gudang sebelah pharmaniaga.

Dah dapat kerja, dan kes inilah untuk dijadikan kenangan, aku kene rompak. Dah lah tu jer duit untuk survive awal-awal nak kerja tu sementara nak tunggu dapat gaji pertama.. Ujian.

Aku terpaksalah jual laptop masa aku belajar dulu dekat abang ipar aku, masa tu dia memang dah pinjam lama tapi tak pulangkan. Itu jela harta yang aku ada dalam saat darurat.

Aku ade jer mintak RM50 kat abang aku tapi. Tak dapat. Mungkin dia ada masalah juga kot. Nak buat belanja jer.

Aku hari-hari makan nasi bujang yang sekali dengan air tu. Makan pun sekali sehari tengah hari jer. So terpaksalah.

Kalau nak masak buat bekal pun perlukan modal juga nak beli beras. Sebab rumah sewa tu complete jer kegunaan dapur nak masak. Tapi tula baru jer 3 hari kerja dah macam-macam ujian. Menimpa.

Aku kalau bab kerja memang fokus and tertib. Sebab aku ni particular jugak. Bukan nak puji diri sendiri tapi itu dah reality. Kerja aku ni ada OT sampai lewat malam.

Memang life aku dengan kerja jer. Aku tak buatlah benda yang bukan-bukan. Pakwe pun tak da. Tempat aku lepak pun icity shah alam itu jela selain cuti aku balik rumah abang aku.

Dalam waktu aku berkerja, Aku sebenarnya dah rasa mula sakit teruk sangat sampai pengsan tak sedarkan diri. Sebelum ni aku duduk kampung banyak kali jer kene macam ni, tapi aku tak pernah pun nak pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Sebab aku memang takut doctor.

Aku kalau demam pun memang rela bertahan makan ubat kedai sebab pada aku sakit ni kita kene lawan kalau dilayan makin menjadi pula nanti. Dah set mindset macam tu.

Lain pula dengan penyakit kali ni. Sebab sakit dia ambik masa yang lama untuk sembuh dan satu badan sakit. Sakit yang lama sampai demam.

Ada masa paksakan juga aku bekerja weyh. Dalam sebulan 2/3 kali aku akan jadi macam tu. Lepas tu aku tak tahan dah yela. Takkan nak ambik cuti selalu kan.. cuma bertahan sampai 6 bulan jer aku kerja kata Shah Alam tu.

Aku pindah rumah abang aku dekat Banting. Sambillan tu aku berniaga tolong akak ipar aku. Sebab aku pandai drive kereta kan. Tak lama pada tu pulak PKP.

Menyesal berhenti kerja tu ada juga sebab susah dhooo nak dapat kerja. Kalau dapat ada masalah pengangkutan pula. Memang tak lepas dari ujian. Sabar jer la mengharunginya.

Lepas kelonggaran PKP pertama. Aku balik kampung semula. Tentang penyakit aku ni aku baca sendirilah info- info dekat internet. Aku join group telegram untuk dapatkan maklumat dan rawatan alternatif.

Cara untuk mengelak ape semua. Sampai satu masa apa yang jadi tu, aku kene attack sekali lagi sampai kene tahan ward. buat Brain scan, EEG apa semua dapat tahu ada pendarahan otak atau tumor.

Aku selalu kene sawan (epilepsi) disebabkan ni la. Dan aku dinasihatkan untuk tidak bawak kereta sebab boleh berlaku kemalangan. Aku kerap ambik ubat jumpa pakar. Tapi kalau aku yakin aku drive semacam, malas nak layan sangat.

Down jugalah… Tapi semangat aku tak pernah luntur, masa PKP seterusnya aku jadi content creator live FB streaming. Saja mengisi masa lapang sambil boleh buat duit.

Aku ni kira pandai jadi caster untuk gaming la. Atur cara dan set games tu. Dari situ aku boleh buat duit dengan abang aku. Secara full time.

Sakit kita tolak tepi. Berkarya selagi ada hari. Selagi mampu.

Tak lama pada tu abang aku pula pindah rumah. Aku ambik keputusan untuk berhenti caster and jaga mak ayah aku. Lagi pula abang aku memang bawak barang-barang PC apa semua.

So aku memang tak boleh nak teruskan untuk jadi caster. Aku tak patah semangat pun untuk cari kerja lain. Tapi keadaan diri ni kadang-kadang buat aku kuat untuk lawan, tapi buat aku penat terus jadi lemah.

Disebabkan alasan sakit ni aku putus tunang dengan seorang ustaz yang aku kenal. Belum rezeki belum jodoh sampai next last year aku jumpa orang baru dalam hidup tetapi bila kita tiada apa-apa ni siapalah sukakan kita.

Aku putus tunang buat kali kedua walaupun persiapan pernikahan dah buat. 2 minggu sebelum kahwin ex tunang minta tangguhkan untuk tambah kos lain. Atas sebab-sebab lain juga terpaksa juga ditangguhkan.

Akak aku nak sponsor lagi perkahwinan ni tapi semuanya dah terlambat. So tak jadilah perkahwinan tu, 5 bulan seterusnya ex aku minta putus tunang.

Selain ekonomi sekarang ni yang sangat mencabar sekarang aku berusaha untuk cari kerja. Cuma aku terpaksa letakkan syarat supaya aku tak balik lewat malam lagi. Aku cari kerja office hour. Lagipula bandar tu memang dah jauh untuk aku balik malam.

Bila aku yakin tu, takkan jadi masalah untuk aku drive sebab aku tahu bila aku sawan aku selalunya kene pada waktu tidur jer. Bangun-bangun sakit kepala, Makan ubat dan aku akan okey. So aku tak pernah layan sakit ni. Tetapi tula belum rezeki.

Baru ni aku dapat kerja jadi kerani kedai motor dekat bandar, Tapi performance aku makin merosot la. Boss selalu marah aku atas kecuaian diri aku. Sampai dia beri tempoh untuk aku kerja sampai akhir bulan tu. Walhal baru jer kerja. Aku cepat lupa. Short term memory lost.

Lepastu susah nak ingat balik semua tu. Mungkin faktor dari fungsi otak aku ni kot. Memang akan jadi lembab sikit. Walaupun aku cepat belajar tetapi aku jadi cepat pelupa. Boss selalu kene ingatkan aku banyak hal. Aku taknak lah terus terang dekat boss yang aku ada penyakit ni.

Sebab susah nak dapat kerja tetap sekarang ni. Aku bukan memilih pun cuma aku sayang kerja ni sebab dah dapat kerja waktu office dari 9am – 6pm. Dah lah susah nak cari kerja sekarang ni.

Tapi yela tetap jugak aku di berhentikan kerja atas performance aku yang teruk. Mungkin ini juga satu kafarah untuk akukan. Aku masih lagi cari kerja yang sesuai dengan keadaan diri. Sebab keluarga aku pun sebenarnya menekan-nekan untuk aku cari kerja jugakan.

Adik beradik lain tak tahu pun apa-apa masalah aku sebab aku ni memang jenis pendiam tak suka cerita masalah aku dekat orang lain.

Sebab pemikiran mereka ni lain sikit. Tak perlu rungkaikan laaaa.. sebab ini kisah aku.

Disebabkan itu jugak aku tak berminat nak cerita masalah aku yang sebenar. Yang pernah tengok sendiri dengan mata kasar apa yang jadi dekat aku dorang akan tahulah.

Tapi tula belum tentu diorang akan faham. Sebab tengok keadaan aku macam tak da apa-apa yang jadi. Sihat jer. Yang tahu jela tahu.

Itulah Saat kita mengejar impian ada banyak ujian dan cabaran. Kisah aku ni biasa jer. Aku tahu ujian orang lain lagi berat daripada aku ni.

Mana ada manusia itu inginkan hidup susah. Dia dah pastinya berusaha tetapi rezeki belum jadi miliknya. Ujian hidup kita tak sama, jangan merendahkan usaha orang lain.

Dunia ni bukan tempat abadi. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri. Jadilah manusia yang positive untuk kita bantu sesama manusia. Hidup sentiasa memberi manfaat kepada manusia itupun dah dikira berjaya.

– Esya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *