Saat-saat Terakhir

Asalamualaikum…

Pagi pagi ni rasa nak kongsi, saat saat terakhir aku dengan arwah tokki, benarlah kematian itu tepat pada waktunya.

Pada hari tersebut, hanya aku kakak (sepupu) nenek dan tokki di rumah..

Seperti biasa tokki bangun pagi, siapkan diri untuk pergi niaga ayam di pasar, hensem tau pakai serban, tokki pergi pasar dengan menaiki motor, tokki selalu tanya,

‘Nak apa apa tak, nanti tokki beli, nak mainan ke nak buku, nak makan apa…’

Itulah pertanyaan rutin tokki sebelum meniaga.

Hari tersebut nenek juga sibuk buat persiapan rapi, kerana esoknya kami akan ke johor, horey..

Tapi benarlah perancangan Allah itu maha hebat.

Sekitar 12 tengahari, tokki pulang, tiba tiba terus duduk di ruang tamu, tokki buka baju, katanya panas, diarahkan nenek supaya buat air manis, tokki kata dia pening, mungkin kencing manis naik kot…

Masuk zohor tokki masih di situ, keletihan, aku dan kakak mulai bimbang walaupun usia kami hanyalah sekitar 9-12 tahun.

Apabila tokki gagah untuk bangun, tokki solat, dan siapkan diri, setelah itu, tokki hampar tilam baring depan tv, dia kata dia penat.

Waktu tu kami telefon ayah chik (ayah kakak) memandangkan rumah beliau cuma 5 minit, tapi kalau tak silap ayah ada kerja harus diselesaikan dengan kadar segera.

Papa mama aku pula nun berkerja 1 jam dari umah tokki, jadi memang agak lambat nak sampai dan ada kerja yang harus diselesaikan, mereka bekerja pulang pada jam 7.

Masuk asar, entah kenapa, sewaktu aku dan kakak urut urut tokki kata,

‘Tokki nak mati dah, nanti baik baik jangan gaduh…’

Aku, kakak senyum, ye kami jenis tak suka menangis depan orang, kami minta diri masuk bilik, soalan aku macam mana kalau tokki mati, lalu berderai lah air mata kami.

Kami suruh nenek telefon semua orang, yang paling kami marah apabila 10 kali kami telefon pak atan tak angkat..

Dalam pukul 5, ayah chik dah sampai, alhamdulilah, selesai kerjanya. Tapi tulah dalam pukul 5-6 tokki tak mampu lagi bercakap hanya dua sahaja, atan dan air.

Ye dia terlalu menginginkan pak atan, disisinya ketika itu, ah aku dengan kak jadi marah.. Kami berulang kami telefon, tidak diangkat.

Akhirnya keadaan tokki teruk ketika pukul 7 malam, ayah chik bawak ke hospital, tokki muntah darah dalam kereta ayah chik, ayah chik kata tak apa, nanti boleh bersihkan jangan risau tau.

Kami dirumah tak putus putus telefon pak atan, sampai sekarang aku marah.. Ye marah.. Bila diangkat di bilang sibuk dengan kerja secara acuh tak acuh.

8 malam, pak atan sampai rumah nenek, sambil marah papa mama cakap,

‘Papa mama mu tu sibuk kerja, tengok lah dah malam pun tak sampai, nie pak atan telefon pun tak angkat’.

Ye itu betul aku tak nafikan tapi.. Dia tak angkat sampai seharian takpa pula.

Rupanya secara senyap papa mama terus ke hospital, tak sempat pulang dulu ke rumah. Mereka menanti ayah chik di sana.

Pukul 8 lebih, kami semua ke hospital dengan pak atan, papa suruh, papa kata dia dan ayah chik tidak sempat pulang untuk ambik kami. Jadi kami pun jadi sardin dalam kereta pak atan.. berhimpit himpit.

Sampai hospital, papa ambik aku. Papa cakap,

‘Anak, kita nak jumpa tokki, tokki sakit, nanti anak ajar tokki mengucap ye…’

Ye itulah papa tetap suka panggil aku anak walaupun aku dah besar..

Okey, balas ku.

Sampai sahaja di wad, badan tokki penuh wayar, ye hanya wayar, tergelam wajah hensem tokki dek wayar tersebut…

Aku bisik macam macam kat tokki.. Semua cucu bisik macam macam dekat tokki.. Tapi antara pukul 10-11 malam.. Tokki pergi.. Tokki pergi buat selamanya.

Jenazah tokki di bawa pulang, tokki senyum, aku dengan kakak tidur tidur ayam sebab kami nak tengok jenazah tokki puas puas, wajah tokki bersih, tokki senyum..

Tapi esoknya kawan kawan arwah semua tak percaya yelah.. Semalam elok ada pergi niaga hari nie kebumi?

Tak bersedia… Terlalu pantas…

Hari ni yang sepatutnya kami ke johor, kini ke tanah perkuburan..

Siapa sangka..

Tokki, terima kasih beli mainan,

Terima kasih beli aiskrim,

Terima kasih beli buku,

Terima kasih masak untuk kami.

– Bayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *