Assalamualaikum. Firstly thanks to admin yg approve post saya utk d siarkan ini .
Selepas baca cerita dr confessor ‘ CUBA JADI ORANG BAIK ‘ tergerak hati utk berkongsi , meluahkan, menceritakan apa yg terjadi dengan diri saya. Maaf la kalau bahasa dan pengunaan ayat yg tidak sesuai. Asalkan dapat di fahami jalan cerita nya.
Saya juga harap sangat2 posting saya di siarkan. Thanks admin
Okay. Let’s get straight. Saya perempuan. Dr Borneo .Baru mencecah 27 tahun beberapa hari lepas. InsyaAllah getting married end of next month. Cerita bermula di sini ……..
Saya kenal bakal husband right after finishing my diploma sewaktu sama2 bekerja part time d salah sebuah fast food restaurant. Kira2 4 tahun yg lepas. Actually sewaktu saya mengenali dia saya sudah pun ada yg punya. Cuma distance keep us apart. Jalan darat 15 jam kalau flight kurang sejam je pun .
Waktu itu hati masih ingin bermain2 belum serius dan tidak mahu terikat pada yg jauh d sana. Dan tercipta la kecurangan. Kepada awak, maafkan saya
Standard la pada awal2 perkenalan lelaki berkata manis, taburan janji manis dan lain2. Memang betul2 manis oh. Smpai kan saya rasa saya lah org yg paling bahagia d bumi ini. Saya la org paling beruntung kerana dia memilih untuk membalas cinta saya. 2 bulan. 3 bulan. Kenal2. Mula lah terdengar cerita yang kurang enak dr kawan2 nya. Dr kawan2 adik nya. Dia adalah seorang yg sangat panas baran. Mula nya kurang percaya kerana tidak melihat & mengalami nya.
Sehinggalah suatu hari saya bekerja shift malam which is balik jam 2 pgi & dia balik jam 3 pg. Oleh krna saya blm mmpunyai transport maka saya terpaksa mnunggu dia sehingga selesai kerja. While waiting saya lepak sebentar bersama kawan2 sekerja including bf adik dia. Nmpak sahaja saya berkumpul bersama lelaki dia meluru ke arah saya dan menarik tangan saya supaya masuk ke kereta dan dia kembali ke office. Biasalah lelaki. Bf adik dia tidak berpuas hati atas apa yg terjadi terus attack dia yg sedang berada dlm office dan terjadi sedikit pertengkaran kecil which is i don’t know what happen sbb i dlm kereta. Sifat curious membuat kan saya kembali ke office dan d sana saya lihat dia sudah prepare utk baling kerusi ke arah bf adik dia. Saya pun cepat2 panggil bf adik dia & ask him to go home now.
Kebetulan esok nya kami berdua sama2 off day & decide utk stay d rumah masing2 sahaja memandang malam semalam sudah bekerja hingga lewat pagi. Petang itu i received a text from him ‘ ayah tak suka awak sbb adik saya bgtau awak perempuan tak baik ‘. I was shocked & tanya dia why ? Because adik dia tak puas hati abg gaduh dgn bf & abg dia bgtau ayah that her bf bukan org baik ( fhm2 je la ) so utk fair & square the adik told the same thing to their dad yg saya perempuan tak baik. & the dad ask us to stop. But we didn’t. Hehehehehe….
Since that incident, saya nampak his true colour. Dia mmg seorang yg sangt hot temper. Salah sikit mmg akan makan tangan atau kaki. Sepak terajang mmg sudah jd makanan saya. Ttpi berbeza apabila dia berhadapan dgn teman2 atau family. Dia adalah lelaki paling sweet paling baik. Sehinggakan ramai perempuan tergilakan dia. ( dia ada rupa. Blh la kata hensem ). Buka pintu dengan perempuan lain, ambil berat dengan kesihatan perempuan lain, bertanya kan keadaan perempuan lain bila mereka kelihatan sedih.
Sangat berbeza ktika dia berada bersama dengan saya. Bad mood, pemarah, ego, nak dia je menang. Dan tugas saya la terkedek kedek memujuk nya ktika dia mnjadi serigala jadian. Kita juga sering bergaduh & apa bila bergaduh biasa la terkeluar ayat2 yg tidak sepatutnya kluar. Babi jahanam perempuan sundal. Ptut la lelaki lain tak nak kat kau. Perangai kau mcm setan. Ptut la lelaki tggal kan kau. Kau tak layak d sayangi. Kau la punca aku dan adik aku tidak bertegur sapa. Kau la punca ayah aku pandang serong dgn aku. Semua ayat itu mmg akan jadi ayat pilihan ketika kami bergaduh. Dan saya, hanya mmpertahan kan diri dan apabila dia sudah hilang sabar maka naik lah tangan ke muka ke badan. Kaki d terajang. D kepit pada pntu kereta. D hina babi depan org ramai. Saya hanya mampu diam.
Sedangkan d kalangan kawan2 & keluarga saya di kenali sbgai perempuan yg sangat lasak, garang, bersuara kuat & hati batu
Ada sekali tu, kami argue due to small matter & saya mengajak nya ke psar malam ( tujuan utk memujuk nya dgn mmbeli makanan kegemaran nya ) sewaktu saya hendak keluar dr kereta utk pulang ke rumah sengaja saya tggal kan makanan itu & he asked me what is this & saya bgtau that is for u syg. Makan la nnti takut u lapar. Once saya tutup pintu & his car is moving. Dia campak makanan tu keluar kereta !!!!! Allah. Trus berderai air mata saya & kutip makanan tu.
Kalau kita berkumpul ramai2 dgn kawan2 yg lain dia layan bagaikan raja belanja makan cakap baik2. Tpi bila saya bersuara atau minta belanja dia tanya ‘ duit gaji kau mana? Habis dh ke ? ‘. Pernah satu ketika saya berbual bersama kawan2 dan tiba2 dia dtg dr arah belakang. Saya dan kawan bergurau dan saya bergurau mengatakan kalau dia jatuh saya akan gelak je & not helping her. Tiba2 bakal husband saya menunjukkan penumbuk ke arah saya dan cakap ‘ budak ni aku tumbuk kau nnti. Babi betul cakap org mcm tu. ‘ Kawan saya hanya diam & memujuk saya utk menenang kan diri.
Kalau nk ceritakan all the bad things yg dia buat saya rasa mmg esok tak kan habis la
To make this stories shorter, kemuncak hubungan kami adalah bila satu hari kami bergaduh. Beberapa hari sebelum krismas tahun lepas. Biasa la, krismas is around the corner so stock mmg bnyak smpai mmandangkan vendor akan bercuti smggu. So that time dia yg receive stock & i manage the staff. That time almost habis shift saya. ( kami sudah bertukar kerja ketika ini. Bukan lg d fast food ) So saya pun jumpa dia d stor & inform him saya nk balik. In all of sudden dia tiba2 raise his voice ( i lupa apa dia cakap ) & directly saya keluar dr stor sbb ada staff lain yg tolong dia. Malu kot sbb staff kt sana semua tahu about us.
So balik je kerja, dlm kereta, saya bgtahu dia ‘ awak tak perlu la tinggi suara. Cakap je mcm biasa. Bukan saya pekak ‘ trus dia marah2 & naik tangan ke muka saya. I felt something. Saya pegang bibir atas. Allah. Berdarah. Saya tengok front mirror. Bibir atas saya koyak sedikit. Tapi darah keluar mmg boleh tahan bnyak. Saya bgtu dia ada darah. Dia tengok je muka saya. Dia gelak dan cakap mana aku nk sorok mayat kau ni. Berkali2 dia cakap mcm tu. Saya pun nervous la saya ajak dia balik rumah dia. Tp dia tak nak. Dia parking dekat dpan kedai jual kereta. Kita sempat gaduh lagi. Saya keluar dia tarik2 saya. ( pak guard nmpak kami bergaduh tapi tengok ja ) . Pendekkan crta, kami ke klinik. Doc tnya kenapa, dia cakap i jatuh tangga. Doc buat muka tak percaya & ask everybody to leave the room. Doc tanya, dia buat kan ? Ini bukan jatuh. U tak dpt tipu i ( somehow the doc is right ) & untill now the doc keep follow up my relationship . Dia bg some advice on how to handle that guy. Thanks Doctor Subra
But i really love him. Saya yakin dia dpt berubah. Saya yakin dia dpt jd lelaki yg baik. Sbb tu la saya ajak dia kahwin. Supaya saya dpt jaga dia.
Kata org biasa la darah manis org bertunang mmg ada mcm2 dugaan. Semakin dekat hari kami berkahwin, dia semakin berubah. Pernah one day di text i bgtau saya betul2 nak ke dgn dia. Dia bukan lelaki yg baik. Saya lebih layak dpt yg lebih bgus. Dia cakap saya je yg lebih syg kan dia sdgkan dia masih mencari. Dia tak pernah layan perempuan kasar2 mcm mana dia layan saya. Dia cakap lg kalau ada org yg bebetul syg kan saya better i go to him ( mcm mana la i nak ada llaki lain sdgkan i betul2 syg dia ) Dh terlambat utk kita berhenti sekarang. Septut nya kita pilih utk kawin sbb nak kan ikatan sah bukan sbb awak syg saya saya syg awak. Kalau la kita kawin based on rasa syg ja, tak mustahil satu hari nnti akan ada perempuan yg lebih kuat lagi menyayangi saya dr awak. Kira mcm tu la content text dia & spanjang 4 tahun kita kenal, itula text paling pnjang saya pernah dpt.
Soalan saya satu je ‘ awak pernah sembahyang tak mnta petunjuk dengan Allah tentang hubungan kita’ jawapan dia ‘ sbb tu saya cakap saya tak layak utk awak ‘
So whatever it is, saya ttp akan teruskan perkahwinan kami. Even sekarang dia dh semakin berubah & semakin jarang text saya. Setiap malam saya berdoa dan selitkan nama dia supaya d lembutkan hati untuk terima saya 100% dlm hidup dia. Walaupun parut d bibir saya kekal selamanya tu bukan alasan utk saya bnci dia.
Sometimes it crossed my mind that ini mungkin balasan utk saya sbb pernah kecewakan org yg betul2 syg kan saya & sggup buat apa saja utk saya. Mungkin ?
Jadi, saya harap tiada kekecaman yg akan d buat. Please help me to build my confidence by all the sweet comments yg korg bgi nnti.
Doakan urusan kami d permudah kan sehingga ke hari perkahwinan nnti. Doakan dia untuk berubah. Doakan saya bahagia
Maaf sekiranya posting ini agak panjang & mencuri masa awak semua. Saya hanya ingin meluahkan apa yg saya simpan sejak 4 tahun ini. Maaf juga kalau bahasa yg saya gunakan kurang dpt d fahami & agak bercampur2. Thanks semua
– Anastasia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit