Salam semua. Dah lama tak menulis jadi maafkan aku kalau susunan ayat kurang difahami atau tak sedap dibaca. Ini sekadar luahan rasa yang tak boleh nak diluah. Ok.
Aku rasa memang common things dalam mana2 family akan ada satu dua orang yg boleh kita gelar sebagai ‘ular menyusur’. Yep mine too. Tapi kami tak dapat berbuat apa2 sebab mereka orang tua dan perlu dihormati. Apa saja yang mereka tengok mereka akan jaja. Dan the best part is, ada ular junior yang bertanggungjawab menyambung jaja dan juga menyampai pada tuan punya badan. Maka, terjadilah konflik rasa dan perasaan tidak berapa suka (baca:meluatnyaaaaaaa) berlaku tapi tak boleh nak cakap. Sebab? Ye sebab mereka tua dan perlu dihormati. Sabar.
Kalau yang junior pulak, dia seronok menjaja menyampai merata, tapi dia selalu tak bersyukur bilamana aib2 dia tak dijaja pun oleh orang lain. Seolah-olah mencabar kesabaran orang terhadap sikap dia. Apa saja yang tak dijaja. Actually dia pun sama je macam yang tua tadi, sama je weh. Ah aku pakai bahasa biasa jela senang sikit. Depan dia baik belakang dia menjaja. Dia ingat orang tak tau dia menjaja kot. So dia rasa dia hebat padahal dia taktau orang semua dah aim dia dan tak suka dengan perangai dia. Tapi dia pandai, dia berlakon baik tapi sebalik kebaikan tu dia sendiri akan cakap baik tu sekadar berlakon je. So that yang tua akan sentiasa nampak dia baik la walaupun mulut celupar. Huhu.
Aku tahu sebab mulut ular2 menyusur ni membuatkan ada segelintir pihak tak suka dgn family aku. Ye kami tahu dan sentiasa tahu tapi kami bersikap sabar dan tahan hati. Kalau ikut hati, aku taknak bercampur dengan diorang tapi aku fikirkan jangan tunjuk sangat. Orang berlakon kita berlakon la sama. Entah la aku tak tahu sampai bila nak tahan macam ni, cuma semenjak dua menjak ni aku rasa macam dah malas sangat nak ambik port. So aku banyak diam dan senyum je. Ular tadi? Masih menjalankan kerja2 menyusur dan menjaja seperti biasa huhuhu.
Aku nak cerita detail sgt kenapa family aku dibenci pun tak boleh sebab nanti akan ada orang yang cam, takpun ular sendiri akan cam nanti kantoi la aku. Cuma aku boleh cakap, dari mula mak aku dijodohkan dgn ayah aku dah mula bunga2 tak suka. Aku macam, laa tak suka buat apa kahwinkan. Untuk makluman, jodoh mak ayah aku diaturkan so sebab tu la aku tak faham kenapa kahwinkan kalau tak suka. Start dari tu ada je tak kena di mata diorang dari mula sampai la kitorang ni besar gajah tua bangka. Dari ayah sampai anak ada je tak kena.
Betullah kata orang, kalau dah tak suka kau buat apa pun orang tak suka. Sampaikan adik aku lambat pergi ambil surat kat peti pos (mak aku suruh ambil sebab takut hari nak hujan nanti surat basah tapi adik lengah2. Alah standard la tu lengah2 lepas tu pergi jugak bukan buat keras atas kerusi hahaha paham kan anak-mak punya peel camane) pun dijadikan isu menjaja. “anak rozie tiger tu mak suruh ambil surat dalam peti pos buat tak tau je” haa macam tu la ayatnya. Part ambil surat tak cerita huhuhu. Tak suka sudahlah ni dok menjaja macam ajak satu batalion tak suka. Tapi Allah Maha Adil, tak semua orang jenis terima bulat2 ada juga yang faham dan boleh Berfikir. So aku simpulkan diorang memang tak suka family aku dari mula atas alasan yang tak kukuh.
Aku tak tau nak mintak apa lagi. Sabar memang banyak sangat. Banyak sampai kami tak pernah pun mengungkit mengata cuma ada la sekali dua abang aku memerli, tak tahan gamaknya. Demi Allah selama ni kami mmg diamkan je seolah-olah tak tahu apa padahal berbakul-bakul cerita kami tahu. Cuma abang aku tu dia bubuh sikit jela habis mana tahan orang perli. Nak2 perli family. Kami pun bukan budak kecik, kami dah tua kot. Janganlah ambil kesempatan atas kesabaran kami. Kami nak hidup lama taknak la kena sakit jantung sebelum usia 50 sebab stress. Eh terperli pulak. Huhuhu ok la kalau ikutkan banyak nak luah cukup la setakat ni. Raya tahun ni taktau la macam tak best je hahahaha ok2 aku chow dulu ye.
– Along
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit