Aku nak membebel sikit (panjang lebar sebenarnya) tentang netizen-netizen yang asik pertikai keputusan Menteri Hal Ehwal Agama untuk hadkan jumlah jemaah dalam masjid.
Asal keluar saja statement dari Dr. Zulkifli, akan ada la komen-komen yang mengutuk beliau seolah-olah netizen tu hebat sangat bab agama.
Bukan tu saja, malah yang lagi sedih ada juga dari kalangan ustaz-ustaz sendiri pun yang mengutuk keputusan beliau.
Lagi tak bleh blah pegi compare kenapa berjemaah kat masjid tak boleh tapi pasar boleh bukak?
Ni geng nak tunjuk bagus konon faham sangat agama tapi sebenarnya memaparkan betapa cetek tahap kefahaman agama. Aku pun tak la hebat pun bab agama tapi masih boleh guna otak berfikir secara waras dan logic akal.
Bukan semberono menonong letak semua benda atas nama agama macam si mamat yang kata artis sorang tu curang dengan izin Allah. Eh, dia yang pegi ikut telunjuk syaitan lepas tu kau tuduh Tuhan yang bagi green light kat dia. &^*%$ kan?
Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekelian, korang ingat Islam ni agama asal dari manusia ke? Jangan samakan agama kita dengan agama lain ye. Allah tak kata nak solat wajib kena pergi masjid.
Macam sesetengah agama lain kalau nak beribadah kena pergi ke tempat tertentu saja. Islam bukan macam tu! Hatta ibadah haji yang memang perlu ke Mekah pun Allah syaratkan hanya pada yang mampu tunaikan saja.
Islam ni agama Allah. Sesungguhnya Dia lebih tau apa yang sudah dan akan berlaku dalam hidup kita. Sebab tu Allah tak pernah wajibkan kita solat mesti di masjid saja kecuali solat Jumaat.
Itu pun kalau dalam keadaan wabak macam sekarang, solat Jumaat boleh ganti dengan solat zohor macam biasa. Memang pahala solat dan berjemah di masjid tu berganda-ganda. Tapi itu dalam keadaan biasa dalam keadaan selamat tak ada wabak.
Dalam keadaan wabak macam ni, Allah dah kata menghindarkan diri dari musibah tu adalah lebih baik. Bukan saja kita hindarkan diri kita dari wabak, kita jugak wajib jaga keselamatan orang lain dari dapat wabak.
Kita tak tahu mungkin kita rasa sihat tapi sebenarnya kita pembawa virus Covid yang tak bergejala.
Pergi masjid kita bagi virus pada jemaah lain. Nampak baiklah sebab kita berjemaah kat masjid tapi kita juga mungkin dapat dosa berganda sebab sebarkan penyakit!
Kalau kita pun sihat pergi masjid tiba-tiba dapat virus dari orang lain dan kita balik rumah bagi pulak virus pada ahli keluarga. Kau rasa kau dapat pahala?
Mungkin kau dapat dosa saja sebab tak guna akal dan keras kepala degil tak mau ikut cakap pentadbir. Lepas tu macam biasa kau akan letak kesalahan kau tu atas nama agama.
Kau tetap nak salahkan Tuhan. “Ini semua takdir Allah”. Eh eh, senangnya kau nak menisbahkan kesalahan diri sendiri pada Tuhan pulak!
Fikir guna otak, guna akal dulu untuk elakkan musibah lepas tu baru kau boleh nak kata ini semua takdir.
Sebab tu Sahabat Nabi nak masuk solat dalam masjid pun Nabi suruh ikat dulu unta dia supaya tak terlepas baru tinggal dan masuk masjid. Bukannya tinggal unta tak berikat lepas tu terus nak bertawakkal.
Kalau unta tu hilang nak cakap apa? Ini semua takdir Allah? Tuhan juga la yang kita nak “salahkan” sedangkan kita yang awal-awal tak usaha pun nak fikir untuk ikat unta tu.
Kalau kes Tabligh masa PKP 1.0 hari tu mungkin boleh dimaafkan sebab semua orang tak betul-betul faham tentang virus ni. Tapi sekarang kita dah tahu memang ada kes tak bergejala.
So nak keras kepala apa lagi? Duduk solat saja la kat rumah! Berjemaah dengan family tak boleh?
Kalau kau single kau solat saja la sorang. Apa masalahnya? Allah dah bagi kemudahan boleh solat di mana-mana. Apa pasal yang kau nak tunjuk macam Islam ni berat sangat?
Lepas tu kau nak kata boleh saja pergi masjid ikut SOP ketat. Ye lah tu.. kau ingat semua orang boleh ikut? Sampai masjid masing-masing bersembang siap bersalam macam tak ada apa-apa especially orang-orang tua.
Bukan nak salahkan sangat orang tua-tua ni tapi dorang memang payah nak faham bab sebaran virus ni.
So kalau kerajaan kata saja boleh pergi masjid, kau tengoklah SOP memang tak akan dijaga melainkan masa solat saja berdiri jarak 1 meter. Lepas tu duk berborak macam tu lah juga.
Perlu diingat juga berapa ramai pesakit yang kata dorang sangat jaga SOP especially frontliners, tapi tak tahu macam mana masih juga kena covid.
Orang macam frontliners ni kalau nak guna ayat memang dah takdir Allah dia nak dapat juga jangkitan tu logiklah.. sebab dah memang dia tak boleh nak halang diri dari pergi kerja. Dah itu amanah yang perlu dia tanggung & dia dah jaga SOP pun.
Kesimpulannya SOP tu hanya untuk KURANGKAN risiko sahaja bukan halang 100%. So kalau kita boleh hindarkan dari dapat virus dalam apa cara sekalipun, lebih baik hindarkan saja diri.
Sebab tu kerajaan suruh duduk rumah saja kalau tak ada apa hal mustahak kat luar. Solat saja lah kat rumah tu.
Biar pengurusan masjid 5-6 orang saja yang mengimarahkan masjid waktu ni. Korang tak payah kalut nak start motor pi masjid time-time ni siap ketaq-ketaq mulut nak marah Dr. Zulkifli tu apahal..
Pahala pun adalah rahsia Tuhan. Ye memang solat di masjid dapat pahala berganda tapi dalam keadaan berwabak macam ni mungkin juga Allah gandakan pahala orang yang bersolat dirumah bersama keluarga,
Sebab masing-masing sabar berusaha, bertanggungjawab jaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Alangkan pelacur yang bagi minum air pada anjing pun Allah beri pahala & ampunkan semua dosanya.
Kalau ikut akal kita mungkin kita akan kata dosa dia melacur lagi dahsyat tapi kenapa bagi minum air dekat anjing pun terus diampunkan segala dosa? Itulah rahsia Allah yang kita tak tahu.
Banyak mana dosa dan pahala yang nak diberi pada hambanya adalah hak Dia. Yang penting kita bertindak ikut akal dan fikiran yang Allah bagi.
Fikir dulu kebaikan dan keburukan atas tindakan kita. Bukan main menonong rasa macam solat kat masjid tu saja yang bagus baru dapat pahala tanpa fikir situasi & keadaan semasa.
Apa korang fikir Tuhan kita ni macam perangai manusia? Kalau dah buat akta tu tak boleh cakap apa dah memang semua kena ikut akta tu lah saja sampai bila-bila.
Kita duk baca bismillah – dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Lepas tu kita bersangka buruk pulak dengan Tuhan macam Tuhan ni tak faham keadaan hambaNya dalam waktu wabak macam ni.
Kalutlah duk cakap nak kena pergi masjid solat ramai-ramai doa ramai-ramai baru mustajab doa.
Amboih! Macam tu sekali kita bersangka buruk dengan Tuhan? Hari-hari biasa tak ada wabak silakan berdoa beramai-ramai- ya, mungkin lebih mustajab.
Dalam keadaan wabak macam ni mungkin saja doa orang yang bersolat di rumah dengan sabar tu lebih mustajab dari doa orang yang degil nak jugak pergi masjid walau dah tengok kes punya banyak dah berapa minggu 3000 kes ke atas tak turun-turun.
Ingat firman Allah, “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu”.
Kita duk baca bismillah tapi sayang kita tak pula bersangka baik dengan Tuhan bahawa sesungguhnya Dia adalah Maha Pengasih dan Penyayang.
Kita duk bersangka yang kita kena pergi masjid juga walau dalam keadaan apa pun baru Allah akan bagi pahala & akan makbulkan doa & barulah wabak ni hilang dari bumi.
Kita lupa yang Allah tu Maha Mengetahui dan Mengasihani pada hamba Nya. Tak akan sekali-kali Allah suka kalau kita exposekan diri pada wabak, bahayakan kesihatan diri dan orang lain hanya untuk dapatkan pahala dariNya.
Kalau kita bersangka baik dengan Allah sesungguhnya doa kita akan didengari dan dimakbulkan mungkin juga asbab kita bersabar dan jaga diri, maka tak mustahil doa kita yang solat sorang-sorang pun boleh jadi lebih mustajab.
Perlis tu accepted lah kalau nak buat kelonggaran boleh pergi masjid pun. Kes kat sana bukan banyak. Kalau ada pun 1-2 kes saja sehari. Yang dekat tempat kita ni hari-hari beratus kes tak pernah turun.
Selangor lagilah sampai beribu kes sehari. Itu pun masih ramai yang keras kepala, asyik nak salahkan kerajaan semua tak betul. Nak juga keluar walau tak ada hal mustahak. Bertanggungjawablah sikit wahai masyarakat.. sama-sama jaga diri boleh tak?
Stoplah salahkan ahli politik yang pergi Sabah semua tu. Memang dorang yang jadi punca kes naik. Itu fakta. Tapi sekarang ni kita masyarakat pun sama degil tak tau nak habaq juga.
Dah tau kes makin naik hari tu masing-masing kalut nak juga rentas negeri balik kampung, pergi bercuti sambil hantar virus ke sana sini. Sekarang kes 3-4 ribu sehari.. puas hati kan?
Last bab kenapa pasar boleh bukak tapi masjid tak boleh? Macam yang aku dah bebel kat atas tu, nak solat kat mana-mana pun boleh.
So tiada keperluan untuk bagi orang berkumpul kat masjid dalam waktu wabak macam ni. Tapi aku nak tanya, nak beli bahan makanan mentah ayam, daging, sayur tu boleh ke beli dari rumah?
Boleh la kalau kau pakai runner mintak dia tolong beli. Lepas tu runner tu nak beli dari mana? Dia pun kena pergi pasar nak tolong cari barang untuk kau.
Kita ni bukan sehebat Maryam a.s. Duduk beribadah dan Allah turunkan buah-buahan bagi kat kita. Kita kena keluar cari bahan makanan. Kerajaan pun takkan nak suruh kita duduk rumah sampai kebulur nak keluar beli barang pun tak boleh.
Orang meniaga tu nak cari duit kot mana kalau dia tak boleh buka gerai? Wabak ni tah bila nak habis. Takkan kau nak harap kerajaan duk tanggung kita semua dengan duit BPN tu sampai bertahun?
Tapi dah kerajaan kata keluar hanya jika perlu. Kerajaan bagi buka pasar untuk orang yang perlu cari barang keperluan jelah. Keluar pun tak payah ramai-ramai.
Kalau kau tak ada benda nak beli kau tak payah keluar. Duduk diam-diam kat rumah tolong isteri tu jaga anak, buat kerja-kerja rumah. Macam-macam kerja boleh buat kat rumah tu kalau nak buat.
Kalau dah malas memang apa pun tak boleh. Tapi tu pun kau dah nampak rakyat kita ni punya degil dah bagi buka pasar, diangkut pula satu family pergi pasar. Lepas tu masing-masing tak jaga SOP pun. So nak salahkan kerajaan juga ke?
Kerajaan dah bagi pesanan macam-macam. Dah cuba buat yang terbaik untuk kita. Tapi macam biasa la segelintir rakyat yang beb*l memang selamanya akan beb*l tak boleh ikut nasihat, belagak pandai dan asyik nak salahkan orang lain. Kebeb*lan diri sendiri tak nampak..
Tu belum aku bebel bab golongan yang tak habis-habis dengan teori konspirasi yahudi segala macam tu.. mau makan tahun aku menaip.
Dah lah.. takat tu saja nak bebel.. Bai. Terima kasih admin kalau bebelan ni tersiar.
– Bawang Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit