Aku tak tahu sama ada, aku dalam keadaan depresi atau tidak. Cuma bila aku ditekan dan aku terbayang rasa nak mati dan nak bunuh diri.
Adakah aku penat? Tak cukup sabar ke diri aku ni?
Sekarang, aku tak tahu sama ada aku stress atau aku depresi. Ada faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran seperti orang sekeliling, persekitaran dan lain-lain. Faktor dalaman seperti masalah keluarga, pekerjaan, gaji dan siri sendiri.
Aku seorang Islam. Solat insyaaAllah sentiasa. Berdoa jugak sentiasa. Tak pernah putus doa.
Kita pergi ke perkara utama.
Ayah aku. Dari muda sampai ke umur sekarang masalah utama dia adalah PANAS BARAN. Dia boleh maki anak bini dia depan orang ramai macam tu saja. Semua benda dia buat semua dia saja yang betul. Bila kita cakap. Dia melenting.
Ruang untuk kami tegur dia macam mak aku nak tegur “janganlah membazir” dia akan kata “tak payah ajar dia”. Kami mula untuk sentiasa buat ‘bodo’ saja apa benda dia cakap.
Aku paling tak suka bila dia marah mak aku. Aku rasa macam nak hentak, nak tikam. Pernah sekali aku dekat dapur, dia marah mak aku. Aku fikir bagi mati je senang. Tapi aku fikir balik “mana boleh”.
Pernah sekali tu, dia dah tahu dia penat. Mak aku pun penat. Lepas tu dia marah mak aku sambil pecahkan barang. Masa muda dulu tak ada macam tu. Sejak dah makin tua ni makin menjadi-jadi perangai baran dia tu. Dan sampai ke hari ni mak aku terasa hati dengan dia.
Lepas kejadian tu, ayah aku gerak gi rumah mak dia. Dan mak aku dihubungi oleh sepupu ayah aku yang mana, dikatakan nenek aku kutuk mak aku. Dan memang sampai hari ni aku dan mak aku terasa hati.
Aku kalau nak kata mak aku makan hati banyak sangat dah. Kalau orang muda dah lama bercerai berai. Mak aku sabar saja tapi sentiasa ada saja benda tak betul.
Kes lain pulak. Kalau mak aku demam dan tak sihat. Ayah aku sentiasa kata “eh tak sukalah kalau tak sihat”. Dan kadang-kadang mak aku batuk, batuk ja kot, atau bersin dia akan kata “hah pehal batuk-batuk ni” dan mak aku jawab “dah mana boleh kawal masa nak batuk, datang tak tentu masakan” dan dia akan start nak melenting sebab kita menjawab. Tapi bila kena dekat dia datang waktu sakit, mulalah “eh tolong itu ini, makan itu ini”.
Aku sebenarnya keliru, apa susah sangat nak hilang baran dia tu. Dan dia jangkit ke aku. Dan paling menarik. Kalau dia bawa kereta, ada saja pemandu dia sumpah seranah. Oh bila dia sumpah seranah dia tak fikir dah pasal SABAR. Bila aku pulak maki orang dia kata “sabarlah nak marah-marah buat apa” dan aku macam “whut, seriuslah”.
Kalau masa aku kecik dulu, aku suka bergurau dengan ayah aku. Tapi sekarang tak dah. Bukan sebab aku dah dewasa ke apa, tak. Tapi disebabkan sifat baran dia tu makin menjadi-jadi.
Tu belum bab komen orang lain. Dia saja yang betul. Orang lain semua salah. Kalau orang lain jawab tak betul apa dia buat terus dia melenting sambil kata “ko apa tau, ko muda lagi”. Bayangkan ada isu di masjid. Ustaz tegur dia, dan dia pulak marah ke ustaz tu sebab tegur dia. Sampai aku pun fikir, kalau ustaz pun dia marah balik siapa lagi boleh tegur.
Last-last, aku fikir kalau manusia tak boleh tegur, biar Allah saja yang tegur. Sebab tu awal-awal tadi aku tulis “aku stress atau depresi?” Sebab hal ni lah. Sebab aku risau, kalau-kalau satu hari nanti memang ya aku depresi, aku ‘ter’ maki balik, bunuh ke, gila ke. Aku risau aku buat benda yang diluar jangkaan.
Aku paling kesian dekat mak aku. Sentiasa makan hati. Aku sampai hari ni berdoa moga-moga Allah bagi kesabaran dekat bapak aku. Sampai aku rasa sedih bila mak aku kata “kamu keluarlah dari rumah ni, jangan duduk sini kalau ditakdirkan mak mati dulu, tak payahlah duduk dengan ayah kamu ni.”
Sampai ke Mekah aku berdoa supaya ayah aku tu diberikan sifat kesabaran. Aku takut kerana mulut badan binasa. Aku duduk suasana kampung. Aku risau sebab mulut dia yang suka ‘he always right, others are wrong’ bukan dia kena tapi orang lain yang kena.
Dan bila sampai ke Mekah, aku ingat dia akan sabar dengan semua ujian. Langsung tak. Makin menjadi-jadi. Sabar tu langsung tak ada. Dan aku sampai ke hari ini malas dah nak bercakap dengan dia. Kalau dia tanya sepuluh patah aku jawab slow dan sepatah dua saja.
Aku makin malas nak layan dia. Sekarang aku fikir, kalau aku dah dapat kerja nanti, aku nak keluar dari sini dan bawak mak aku pergi jauh dari dia. Aku lebih banyak habiskan masa dengan mak aku. Dengan dia, boleh bila berapa minit. Kalau ada 24/7 berapa minit aku berada dalam ruangan yang sama dengan dia.
Dan aku sentiasa dan akan sentiasa berdoa bagilah ayah aku ni sabar semula, tingkatkan kesabaran dia. Aku kadang-kadang cemburu tengok keluarga lain, yang bergurau suami isteri dan anak-anak walaupun dah sampai beranak cucu.
Aku sentiasa cuba untuk sabar macam Nabi Ibrahim a.s. Yang mana bila ayah baginda buat macam-macam kepadanya. Tetap baginda sabar. Tapi sabarnya nabi, tak sama sabar dengan manusia biasa. Tapi aku sentiasa harap ayah aku diberikan kesabaran dalam semua perkara.
Aku juga terfikir “kalau aku pergi jumpa Psikologis ke apa ke, masalah tu takkan selesai. Sebab masalah tu ‘within the barrier’. Bila satu masalah tu adalah konflik dalaman, kita selesaikan dan cadanglah pelbagai penyelesaian pun tetap takkan selesai selagi konflik tu tak dihapuskan atau dibuang. Tapi takkan aku nak bunuh pulakkan. Bunuh masa tido. Serkup pakai bantal, tikam dekat kepala. TAKKAN KOT. Nauzubillahiminzalik.
Aku tak berniat nak burukkan cuma bila aku confessed disini harap-harap ada ruanganlah untuk lepas sikit apa yang terbungkam dijiwa. Dan aku sentiasa terpaksa ceria-ceria dan senyum ke orang lain. Padahal orang lain selalu mengadu dekat aku. Aku pun pelik. Masalah aku tak selesai, orang lain adu masalah tapi aku yang bagi cadangan untuk selesaikan.
Doakan aku dan keluarga aku jadi keluarga sakinah wa rahmah wa sa’edah. Doakan juga supaya ayah aku jadi penyabar.
Jadi, aku nak mintak pendapat korang. Aku stress atau depresi ke? Kalau tengok pada hal ini. Terima kasih admin kalau ada ruangan ini menjadi posting di IIUM confessions – BM.
– Shah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit