Sabar dan Redha

Hi korang. Since aku rasa macam di tahap sangat despression , aku nak luah kat sini sebab aku dah luah kat family tapi bila family aku terlalu positive and kemampuan aku ni tak boleh macam orang normal aku jadi sangat pressure.

By the way, aku OKU pendengaran . Aku ni depends telinga kanan je nak dengar. 25 tahun hidup asam garam caci maki hina orang tentang kurang upaya aku ni.

Dan yang penting adik aku sendiri dah dua kali boleh naik tangan sampai aku sekarang dah rasa hilang hormat kat dia. Ayah aku selesaikan kes sampai aku rasa senang je semua boleh menangkan dia.

Aku ni bila jujur tetap disalahkan bila diam tetap dikata macam macam. Kadang bila aku tuju rasa marah kt orang lain, family yg terasa lebih. Aku jadi makin lama makin rasa kecil je.

Aku ade seseorang yang aku rasa dia berjaya buat aku lebih ke depan. Cuma aku bukan tak tunai janji. Aku bila perlukan dia dia sangatlah busy sampai dia rasa aku ni tak dengar cakap dia. Dia mintak aku tukar nombor tapi dia kata aku sembang sebab dh sebulan tak tukar lagi. Masa adik aku naik tangan dia mintak wat cover report polis aku tak buat.

Aku tak buat sebab fikir ikatan family dan adik beradik aku. Tapi semakin hari aku terlalu tekanan. Dia bagi idea suruh aku keluar rumah. Cari bilik sewa. Tapi bagi aku dia tak faham kerja aku ni di bawah skala seribu. Makan minum semua ni kos duit.

Dan dia selalu bagi alasan duit bila aku ajak jumpa hanya sekadar jumpa pun dia bagi alasan tahap buat aku rasa nak menangis dengan sifat dia yang terlalu ego.

Dan aku dengan dia macam tak bercakap sebab dia rasa aku degil dan tak hargai dia . Grab je memanjang dan tak boleh isi masa untuk tengok mata aku sendiri or chill up aku dah selalu menangis fikir family kerja aku

Aku penah mintak keje mcd yang konon mesra oku tp ditolak permohonan. Aku penah amik masscoom dan mohon wartawan dalam setiap stesen tv radio dah cuba tp ditolak jugak.

Aku cuma nak perbaiki hidup sahaja. Tapi aku ditindas gara gara aku adalah oku. Sampai aku jadi takde perasaan sangat.

Aku dah takde pilihan untuk bersuara bercakap benar jugak dengan family aku. Aku rasa seolah jauh.

Semua suruh aku berbalik pada tuhan tapi kenapa tak nak tau isi hati aku dan cheer up aku tapi kencam aku?

Aku kira boleh berfikir yang bunuh diri tu berdosa besar.

Aku cuma nak meluah sambil merasa lega and ada solution….itu saja.

Dan setiap yang berlaku kat aku , aku cuma boleh menangis , tak melawan dan muka penuh redha saja.

Korang ada kata kata?

– Gadis Satu Telinga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit