Assalamualaikum. Aku bukanlah pelajar dari IIUM. Aku merupakan pelajar IPTS di Kuantan. Kolej biasa. Aku cuma nak cerita tentang pengalaman aku dua hari sebelum habis puasa sehingga hari ini.
Aku demam, teruk sehingga seminggu. Aku ada seorang nenek, arwah atuk dah 14 tahun meninggal dan tinggallah beliau yang ku panggil Uwan.
Uwan sangat pemurah. Anak2 dia semua duduk jauh kecuali keluarga aku yang hanya tinggal berjiran dengan Uwan. Uwan ajak aku beraya di rumah anak nya di Rawang.
Okay la, aku minta izin dengan ayah untuk pergi. Aku cadang lepas hantar, aku nak balik tetapi sana, aku demam, tak bangun sehinggalah Raya pertama.
Aku tak dapat balik beraya bersama keluarga aku sendiri tetapi aku beraya dengan keluarga anak2 Uwan yang lain. Bukan beraya pun tapi berehat.
Ibu aku mesej sebab sedih dan sebak aku tiada beraya bersama dengan semua adik beradik aku. Tetapi sebenarnya aku lagi sedih dengan sikap anak2 nenek aku.
Uwan beraya jauh ke rumah anak2 dia. Aku cuba bersangka baik yang anak2 Uwan sibuk dan tak dapat hantar dan ambil Uwan pergi kemana yang uwan mahu.
Dalam keadaan aku demam, Uwan meminta teringin nak balik kampung beliau berjumpa dengan saudara maranya juga.
Aku turuti dan aku gagahi dalam sedar. Aku kuatkan semangat aku. Aku bawa Uwan pergi kemana sahaja beliau mahu.
Aku cucu dia. Aku harap aku dapat jadi yang terbaik dan dapat membantu apa patut. Aku sayang Uwan. Aku segan sebab aku bukan berduit. Uwan yang bayar semua.
Selesai urusan beraya, aku pulang bersama Uwan di rumah kami. Demam aku masih tak kebah. Masa bercuti aku habis. Tiba masa untuk aku pulang ke Kuantan.
Dalam bertolak pada waktu pagi selepas subuh hanya berseorangan. Dalam perjalan pulang, aku berhenti rehat di RnR Maran untuk tidur.
Aku tawakal kerana aku tahu Allah bersama ku. Aku terjaga, dan terus memulakan kembali perjalanan aku.
Selang beberapa minit, aku excident. Terlanggar beruk yang melintas. Besar macam budak umur 5/6 tahun. Kesian beruk itu mati. Kereta aku tak boleh jalan. Aircond, tangki air pecah.
Aku menangis juga la masa tu. Aku call polis dengan unit peronda. Aku tawakal pada Allah kerana aku hanya berseorangan ketika itu.
Demam aku mula membaik tetapi masih belum kebah. Memang tak larat.
Aku tunggu polis peronda datang. Mereka menemani aku sehingga towing sampai.
Aku di bawa ke sebuah bengkel dan sementara itu aku menunggu sahabat aku datang untuk membwa aku balik.
Aku balik dan call pihak bengkel untuk sebut harga.
Aku buat report polis dan sebagainya.
Selang seminggu, aku pergi bengkel untul ambil kereta aku. Harga dengan servis ? Fail. Aku yakin ditipu. Wayar radio dan alarm banyak short.
Apa la nasib aku… Sehingga kini aku terpaksa menanggung hutang dengan kawan2 aku.
Aku bersyukur ada ayah dan ibu yang beri kata positif. Ada Uwan yang banyak juga membantu dari segi kewangan. Kawan2 aku.
Tapi aku terbeban dengan hutang. Dan masuk 3 minggu aku makan tak makan.
Mohon doa kalian untuk aku dipermudahkan rezeki.
– Sabar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit