Assalamualaikum, saya Azad (bukan nama sebenar) telah berkahwin kini mempunyai 4 orang. Kisah yang saya akan tulis adalah pengalaman saya sendiri.
Peristiwa ini berlaku pada 2017, ketika itu saya baru beli rumah. Pada masa itu, isteri saya mengandungkan anak kedua.
Alhamdulillah, bersalin saja isteri saya dapat kunci dan sempat renovate sikit maka dapat isteri dan anak anak merasa rumah baru.
Pengalaman beli pertama, seperti suami-suami lain antara cabaran utama adalah potongan bulanan.
Gaji saya dipotong RM1900 sebulan dan setelah tolak komitmen bulanan bill, taska anak, barang dapur, segala keperluan gaji saya akhirnya tiada berbaki. Negative siap.
Tiada duit untuk saya makan dan minyak saya nak pergi kerja. Memang jem juga, saya pernah bagi slip gaji suh bini saya kira depan saya, supaya dia faham keadaan saya.
Saya buat part time job pemandu grab. Pagi saya kerja malam selepas maghrib saya akan bawa grab sehingga jam 12 malam.
Saya buat setiap hari dan hujung minggu hanya sabtu saya rehat. Alhamdulillah membantu jugak tapi sangat meletihkan.
Rutin saya setiap pagi bangun siapkan anak, hantar taska terus pegi kerja. Kemudian 4.30 ambil anak saya di taska balik mandikan dia sume bagai, wife balik pukul 7.
Selepas maghrib saya kuar buat grab, malam kol 12 balik terus tido. Rutin ini saya lalu hampir 2 tahun.
So biasalah rumahtangga mana tidak diuji, saya ada rakan yang sama-sama buat grab, so kadang kami berkongsi jenis ragam penumpang yang kami bawa.
Biasalah gurauan lelaki, jadi satu hari tu, saya dapat bawa seorang gadis memang agak lawa, maka saya voice note pada kawan saya melalui wasap. Gurauan orang lelaki sesame lelaki sebagai penghilang penat.
Saya kira seminggu kemudian isteri saya buka hp mendengar voice note tersebut. Then tuduh saya curang dan mempunyai wanita lain dan sebagainya. Siap minta cerai bagai sume.
Memang panas juga la, tapi saya minta maaf dan saya terangkan yang saya tidak curang. Namun dia tidak percaya.
Saya ketika itu memang hilang arah jugak dibuatnya, ketika pergaduhan itu, dalam dompet saya hanya ada RM5, akaun bank kosong, bila bergaduh besar camni saya jadi lagi stress dan tertekan.
Wife saya terus balik rumah mak mertua tanpa bagitau saya, tinggalkan saya sorang di rumah keseorangan. Dalam keadaan tiada duit, kecewa, marah, sedih, dan macam2 perasaan.
Saya tak buat perkara tersebut dituduh seperti saya buat, saya kerja siang malam hasil begini ke?
Saya mula mempersoalkan rezeki. Saya tak tau nak buat apa dan nak kata apa. Saya call mak saya, saya terangkan elok2 dan mak saya nasihatkan bersabar.
Yelah bersabar je la, kita terangkan pun tak guna kalau tak nak percaya, so camne saya selesaikan masalah ini.
Selepas wife saya balik dan saya call mak saya saya tidak boleh tido, macam perasaan dan fikiran negative masuk sehingga saya terdengar azan subuh.
Saya alhamdulillah jenis tak tinggal solat, tapi solat subuh berjemaah tak pernah. Maka tergerak hati saya pada subuh itu saya pergi masjid solat subuh berjemaah.
Ketika solat subuh itu la saya menangis dan benar berdoa supaya urusan saya dipermudahkan dan isteri saya kembali kepada saya.
Balik sahaja dari masjid, saya pergi dengan hati yang sedih. Saya pulang dengan hati yang lapang seolah saya tiada masalah. Tersangatlah tenang seolah semua masalah itu hilang.
So sejak dari itu saya kejar solat subuh berjemaah setiap hari, so apa berlaku pada pergaduhan saya, poket saya yang kosong.
Dipendekkan cerita wife saya balik tiba2 tanpa kata apa2, sedang sebelum tu memang kaw2 saya kena, tapi memang dia balik, dia kata dia rindu saya, then saya ok jek.
Alhamdulillah, sambil buat grab saya ada buat sikit kerja jual tanah dengan rumah. Minggu itu jugak saya close 1 tanah komisen 11k.
Then saya ada jugak jualkan kereta orang. Saya dapat komisen RM400.
So sahabat2 lelaki dan para suami sekalian, apa berlaku kita sabar je la, kembali kita kepada Allah.
Kita buat baik camne pun, sekali kita silap, terus macam kita ni datang dari neraka juga.
Kerja kita adalah bahagiakan keluarga, semoga kita para suami diberikan kekuatan dan kesabaran. Jangan tinggal solat subuh ya kawan2.
– Azad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit