Assalamualaikum wbt admin dan pembaca semua. Selamat Hari Raya korang. Nama aku Lea, 34 dan ini kisah aku sendiri. Aku upah anak jiran tolong taip tapi itulah, anak jiran aku sejenis derhaka nirrojim sikit.
Okay jom teruskan ke kisah aku. Aku bekerjaya, agak bagus juga di mata orang, termasuk mata pak sedara mak sedara aku yang tiba2 muncul saat memerlukan, dan hilang saat mereka ke Amarika. Gitu. Takde siapa tahu struggle aku yang sendirian di kota besar. Kucing aku je tahu kot.
Aku usaha sendiri, bermula dari bawah dan sekarang aku merupakan antara orang penting syarikat. Bukan senang nak senang, itu betul. Kecuali kau anak Tan Sri Megah Holding.
2010, kerja pertama aku di sektor kerajaan, gred N27 je dulu. Itupun aku apply guna STPM, sebab masa apply tu aku belum grad degree aku lagi.
Jadi adik-adik yang ambik STPM tu jangan rasa rendah diri walaupun kau rendah, kau kena sentiasa chin up dan bersemangat waja! And alhamdulillah rezeki aku agaknya, aku dapat naik gred N41 dalam masa 2 tahun kerja, cuma berbeza department je.
So lepas dah beberapa tahun di situ, aku dah mula rasa nak cabar diri. Lagipun aku bosan juga kerja sama je bertahun-tahun. Politik tempat kerja jangan cakap la kiah oi. Pergi breakfast kat pantri, pot pet la semua. Aku sekali la tu kahkah.
Tapi tak lama la sebab aku jenis tak makan pagi sangat kecuali air suam dengan buah atau biskut je, so cepat la aku siap makan. Kuranglah sikit dosa aku haha gurau. Kalau yang jenis berpuak tu aduhai, aku boleh kira berapa group dalam satu department. Tu belum campur department lain lagi.
2015, aku pun dapatlah satu offer baik punya dari satu syarikat ni, private. Yang aku pelik, aku apply executive je, tiba time interview, sekali kena interview dengan big boss da, and habis je interview yang mencabar tu, HR minta aku lapor diri sebagai HOD. Keputusan boss tadi.
What the fish kataku di dalam hati sambil mengunyah epal hijau cicah asam serbuk. Kebetulan HOD department tu memang kosong. Baik! Aku terima cabaran ni, dah tadi kata nak cabar diri sendiri kan. Bertugaslah aku dengan pandangan sinis staff2 lama dan staff2 department lain.
Staff bawah aku ramai lelaki, dan memang berbelas tahun dah kerja situ jadi kau faham-faham la. Aku pula perempuan, muda lagi dan pendek pakai spek. Hmm. Cabaran dia tu bukan sikit melah oi.
Tapi itulah, kesabaran aku semakin meningkat sejak kerja situ. Itulah hikmah nya. Aku jenis yang tak suka ada gap sangat but still, mereka respect aku. How? Sebab aku juga respect mereka.
Hujung minggu aku suruh buat event sikit, karaoke ke, badminton or bowling tournament ajak anak bini masing-masing.. Lama-kelamaan, semua okay dengan aku, kerja jadi senang nak urus. Jadi macam family dah semuanya. Big boss pun sibuk join sekali guys.
Tapi aku ada isu sikit dengan big boss aku. Dia nak kenenkan aku dengan anak lelaki dia. Walaupun aku tolak dengan baik, datin (wife dia) selalu mencuba. Ini bukan drama tau, real thing happen to me.
Pada aku, baik aku fokus bina hidup aku, aku dah terbiasa independent sebenarnya. Soal jodoh aku ketepikan sementara. Akhirnya boss faham dan tak paksa aku dah. Anak dia pun faham, tapi tu lah, faham-faham dia tu akhirnya dia bertunang dengan kawan baik aku.
Ya kawan baik aku yang selalu temankan aku kalau boss ajak dinner dengan family dia. But aku okay, itu jodoh mereka. Kami berkawan baik sampai sekarang.
One fine day, 2018, aku terima call daripada luar negara. Aku ingatkan scammer, rupanya phone interview. And aku diminta datang ke sesi interview dengan salah seorang boss dia yang datang ke KL masa tu.
Aku dihantar kursus di Singapura untuk 6 bulan. Position aku memerlukan aku bersedia dihantar ke mana2 negara yg mempunyai cawangan. US, dan beberapa negara Asia yang lain aku dah pernah dihantar untuk urusan syarikat.
Semakin mencabar life dan kerja aku. Bertugas sebagai wakil syarikat yang sememangnya gah di negara-negara lain, menjadikan aku semakin stress tapi aku takdelah sampai gila lagi. Hehe.
Bila bekerja dengan orang luar, cabaran dia tu masyaAllah, sampai kau pun akan terkejut sebenarnya dengan kemampuan diri , bila diminta buat sesuatu di luar kemahiran.
Aku la orangnya yang perlu berfikir di luar kotak, aku la orangnya yang perlu bertanggungjawab untuk semua keputusan syarikat. Besar tanggungjawab aku tapi kiah, aku yakin aku boleh. Aku sukakan cabaran ni. Fuh panjang bebel aku.
Sekarang syarikat dah semakin berkembang, staff bawah aku juga semakin bertambah. Time PKP ni la aku dapat kenal lebih rapat dengan mereka, mereka yang sebenarnya tulang belakang dan orang kuat syarikat ni. Aku sangat hargai staff2 aku.
Doa aku untuk korang yang masih mencari kerja, percaya lah dengan Tuhan, tak kisah apa pun agama kau. Berbuat baikdengan ibu bapa, adik-beradik. Rajinkan diri bersedekah dan untuk kita yg beragama Islam, solat solat solat. Bila kita tenang sabar, Allah akan memudahkan.an
Lagi satu, hormat orang lain. Pastu, bagi kucing jalanan makan tau. Percayalah, aku pernah susah dan aku cabar diri aku. Tak salah kita push diri kita, ingat, sky is the limit.
Okay lah korang semua. Aku undur diri dulu. Kucing aku minta ikan rebus dah ni. Semoga urusan korang semua dipermudahkan, aamiin.
– Lea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit