Sabar Itu Syurga

Bismillah.. Assalamualaikum…

Di malam Jumaat ni, saya terdetik ingin membicarakan tajuk sabar.. Sungguh saya bukanlah seorang yang sepenuhnya sabar, andai diuji sedarlah diri.

Kerana tersedar diri dari ketidaksabaran… Selepas hilang sabar.. Saya rasa terkesan kesal dan insaf, namun sulit untuk memohon maaf, berharap agar dimaafkan..

Konsep memberi maaf ni, diajar dalam Islam. Berat tapi lebih baik. Lebih baik memaafkan daripada tersiksa jiwa menahan amarah benci dan dendam.

Lebih baik memaafkan kerana Allah sangat suka memberi kemaafan kepada hambaNya yang menyesal insaf bertaubat..

Bukankah kita semua ada terkhilaf dosa baik kecil atau besar. Memberi maaf juga menuntut sabar. Sabar itu ganjarannya Syurga.

Banyak jalan menuju Syurga. Sabar antara asbabnya..

– Sabar dalam mentaati perintah Tuhan

– Sabar untuk meninggalkan laranganNya

– Sabar berjihad di jalan ALLAH

– Sabar dengan sikap buruk orang

– Sabar dalam beribadah dan bekerja

– Sabar menuntut ilmu

– Sabar dengan ujian kesakitan

– Sabar dengan kehilangan

– Sabar dengan kegagalan

– Sabar dengan hidup susah

– Sabar dengan godaan Syaitan
(sila sambung)

(Maaf tak petik berapa banyak perkataan sabar dalam alQuran. Mohon ada yang sudi komen untuk menambah ilmu di sini)

Sesiapa yang mampu bersabar, tenang dan redha dengan ujian.. Pasti akan ada kebaikan baik di dunia dan akhirat.

Jika watak kita seorang yang sabar, tak mudah marah malah mampu tersenyum walau hati dah meraung.. pasti orang akan sebut dia baik orangnya.

Orang yang tekun dan rajin juga sangat sabar. Apatah lagi rajinnya itu untuk menolong orang atau memberi manfaat kepada orang. Termasuk melakukan fardu kifayah.

Maka tercatatlah dia sebagai orang yang baik.. Sebab sabarnya tinggi.

Mereka yang skop kerjanya berat dan sarat.. Kerja juga ibadah jika benar niatnya dan halal jalannya. Sabar yang banyak pahala..

Pahala jadi ibu bapa yang baik, anak yang baik, pelajar yang baik, pemimpin yang baik, muslim yang baik.. Semuanya kena kuat sabar.

Sabar ni mudah disebut, nak buat atau bila diuji, sedarlah diri sangat lemah dan hina. Penguatnya doa.. Kita kuat kerana Allah bagi kuat..

Jangan ada sombong jika mahu rahmat dan keberkatan selepas mampu menjadi baik.

Untuk hidup yang baik…. Banyakkan sabar. Sabar itu sebahagian daripada iman. Iman itu hidayah daripada Allah SWT. InshaAllah bermula dari niat yang baik.

Dua perkataan yang sukar disebut dengan ikhlas jika berhadapan dengan situasi hati berkeladak.. minta maaf.. terima kasih..

Saya sayang kamu…

Perkataan yang ada aura indah yang berat disebut ini… Yang bila insan itu telah pergi… Tidak akan kembali.

Maka, terima kasih semua.. maafkan saya, saya sayanggggg kamu.

Ukhwah fillah till Jannatul Firdaus… Untuk kamu yang sudi membaca dan doakan saya sabar.

– Sabariah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *