Sabar Menjadi Tidak Indah

Sudah 13 tahun aku bergelar suami, dan kami dikurniakan empat orang anak.

Aku kerja syif, isteri pula bekerja waktu pejabat. Masa kami tak selari, tapi aku tetap cuba laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah sedaya mungkin.

Masa awal perkahwinan, isteri kerap mengamuk dan menjerit seperti hilang pertimbangan. Pernah juga mengugut nak lari dari rumah, malah satu ketika dulu, dia ambil pisau dan cuba tikam aku.

Kalau ikutkan hati aku yang tak sekuat mana ni, mungkin dah lama aku pergi. Tapi aku masih di sini — bertahan demi anak-anak.

Dia suka bangun lambat bila hari cuti. Subuh pun, kalau aku tak kejut, dia tak bangun. Banyak masa dihabiskan dengan telefon. Barang-barang lama tak mahu buang; rumah penuh, berserabut. Katanya, semua itu hasil kerja kerasnya — sayang nak lepaskan.

Anak-anak pula selalu jadi tempat dia lepaskan tekanan. Dia suka tengking. Aku dah berjuta kali tegur, minta dia marah dengan cara baik, jangan tengking.

Tapi setiap kali aku bersuara, dia akan tarik muka dan jawab sinis, “semua yang aku buat salah.” Dan selepas itu, marahnya akan dilepaskan pula pada anak-anak.

Anak sulung kami, baru 12 tahun. Ada masalah ekzema yang agak teruk. Bila dia menggaru, isteri akan marah, suruh berhenti, seolah-olah dia tak faham betapa gatal dan seksanya ekzema tu.

Bila anak tu mengadu atau cuba luahkan perasaan, isteri akan balas dengan herdikan — seolah-olah anak tu cuma mengada-ngada.

Aku tengok semua tu depan mata, dan hati aku luluh. Tak patut seorang anak diperlakukan begitu, apatah lagi oleh ibu sendiri.

Aku bukanlah lelaki yang sempurna. Aku pun ada salah silap. Aku juga bukan suami yang paling baik, tapi aku cuba.

Bila aku marah, tak pernah sekali pun aku menengking atau menjerit seperti orang hilang akal — baik pada isteri, mahupun pada anak-anak.

Aku manusia biasa, aku juga lemah. Sabar yang aku simpan kadang-kadang hampir hilang.

Ada waktunya aku niat nak berbual elok-elok, nak cakap dengan lembut… tapi bila tengok dia tengking anak, cakap kasar tanpa sebab, hati aku terus mati. Hilang rasa nak mula. Nak ajak bincang pun tak terdaya.

Selalu aku ingatkan dia, “Pilihlah — nak anak jadi kawan atau musuh?” Kalau kita layan anak dengan baik, insyaAllah mereka akan jadi sahabat kita, jadi peneman hidup kita bila tua nanti.

Tapi kalau dari kecil kita asyik tengking, marah tanpa sebab, layan mereka dengan dingin — percayalah, anak akan simpan dendam.

Bila mereka remaja nanti, kita takkan kenal siapa anak kita. Mereka akan jauh, dan hati mereka tertutup untuk kita.

Setiap hari aku berdoa. Minta Allah lembutkan hatinya. Minta Allah beri perubahan.

Aku tak minta sempurna. Aku cuma nak rasa rumah ini kembali jadi tempat tenang, bukan medan tekanan. Aku cuma nak kami semua bahagia… sama-sama.

– Nampak Seperti Bahagia. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

    • Hampir segala hal dari A sampai Z dalam rumah saya yang uruskan. Isteri saya cuma hantar anak bongsu ke tadika dan pergi kerja. Saya pula yang hantar tiga orang anak lagi ke sekolah setiap hari. Bila isteri balik rumah sekitar jam 6.30 petang, dia terus masuk bilik dan tengok telefon hingga waktu maghrib.Lepas itu turun ke bawah dan sambung tengok telefon sampai jam 11 malam. Itulah rutin hariannya.
      Saya tak rajin memasak,so selalunya makanan di beli je.Saya tak suka lepak luar,banyak masa saya di rumah je melainkan ada hal.
      Baju2 sy basuh sebab saya kerja syif,kerja 3 hari cuti sehari.Isteri akan basuh baju kerja dia masa weekend.Baju anak2,dorang akan basuh sendiri.anak paling kecik umur 4 tahun.

    • Macam gampang ko ni. Jenis enabler. Perempuan ramai je perangai macam ni. Tak perlu tunggu depressed. Kalo sebab jaga anak depressed, kira takpe la ye perangai macam ni. Kira salah laki la ye? Menengking2 , doa anak yang bukan2. Laki pon keje, kadang2 lebih penat sebab pakai fizikal. Kalau ko baca cerita ni betul2 ko tau la bini dia ni dah takde emphaty. Anak menggaru pon dia nak marah. Tapi kita lelaki ni memang kesabaran tinggi, tahan bertahun2 harap dia berubah. Pikir panjang, pikir anak, pikir apa jadi kat dia kalau cerai. Bersabar la bang, kalau tak jumpa bahagia tu kat dunia, kita akan dapat kat akhirat. Akhir zaman ni memang ramai perempuan macam ni, dan ramai yang akan justifykan perangai macam ni takpe sebab laki yang tak tolong, tak buat semua benda. Sebab semua kan tugas lelaki kata geng2 feminis. Sampai ke sudah itu je yang dorang pegang. Alquran dengan sunnah takyah ikut.

  1. Teruskan berdoa dan solat tahajjud mohon Allah lembutkan hati isteri dan permudahkan urusan rumahtangga awk. Hidupkan taklim dalam rumah, semoga awk sekeluarga mendapat rumahtangga yg sakinah, mawaddah, warahmah. Jangan lupa bantu isteri uruskan hal rumah dan anak=-anak juga. Sebagai seorang ibu, sy bersimpati dgn anak2 awk kerana perangai ibu mereka, semoga awk dpt bantu mereka dari segi mental dan fizikal sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Berbincanglah heart-to-heart dgn isteri, beri perhatian, kasih-syg dan nafkah selayaknya utk dia. Utk anak yg eczema tu tlg bawa dia buat rawatan diklinik/hospital, gunakan sabun mandi yg sesuai, pakaiannya juga perlu sabun yg sesuai, pemakanan perlu dipantau dan jgn skip mkn ubat sbb sy juga mengalami sakit yg sama. Semoga Allah permudahkan urusan awk

  2. Minta masf, tp awk sbg ‘suami’, spatutnya awk yg ‘mendidik’ isteri dari mula awk berkahwin lg.. cba awk recall, in the first place, knapa awk pilih dia dlu sbg isteri.. (kecuali lah awk kna ‘kawin paksa).. mesti ada ‘sisi baik’ isteri tu yg awk berkenan, klaw x xkan lah awk bertahan selama belasan tahun dgn dia, n dh dpt 4 org ank plak tu.. xkan sepanjang masa dia ‘mngamuk’.. cba cari masa dia ok ckit, or mse ‘pillow-talk’ tu, nasihatkan dgn baik, lg stu utk kerukunan yg berpanjangan, jgn tinggal solat, klaw bole, ada waktu seluruh kluarga solat berjemaah, mse brsalam2an nt, mohon maaf ats kesilapan awk x mendidik mereka dgn baik, dan nasihatkan isteri n tiap2 ank tu dgn sikap or perangai masing2.. klaw yg tu pon awk x bole nk lakukan, so jgn komplen or hidup je dgn situasi skrg sehingga akhir hayat or ‘akhir jodoh’ awk.. klau awk xnk suma tu berterusan, tolong bertindak skrg, or at least bangun di tgh mlm yg sunyi, dan berdoa sambil mnangis, (klaw xbule nangis, buat2 le nangis..), mngadu dgn sungguh2 msalah awk kpd Allah, n klaw perlu doa lah kuat2, sampai istri n ank2 tu bole dengar.. yg penting, Allah maha mendengar.. wallahu a’lam

    • Terima kasih atas nasihat tuan,sy terima dgn hati yg terbuka.

      Bukan saya tak pernah ajak bincang, slow talk
      Tapi setiap kali tiba masa nak berbincang secara baik, semuanya jadi rumit. Setiap kali saya cuba luahkan sesuatu, pasti berakhir dengan pergaduhan. Isteri akan nafikan semua yang saya cakap dan dia akan tukar balik seolah olah saya yg bersalah. Bila saya menegur, dia tak boleh terima, dan akhirnya anak-anak pula yang jadi tempat dia lepaskan marah.

      Saya dah tak tahu nak cakap berapa kali saya rasa malu dengan jiran-jiran. Setiap kali bergaduh, barang-barang akan dihempas, pintu dibanting, dan jeritan sampai jiran lima buah rumah pun boleh dengar.

      Saya selalu solat berjemaah maghrib dgn anak2,sebelum ni selalu ja isteri ada sekali tetapi kebelakangan ni waktu maghrib dia ada dalam bilik sampai isyak.

  3. Encik kena tegas dengan isteri. Jangan sampai encik pula yang sakit mental akibat tindak tanduk isteri. Hidup suami isteri sebagai 1 team yang sama. Kalau hanya encik yang bersungguh, memang tersungkur. Kasihanilah anak-anak encik. Kalau asyik diherdik, nanti low self esteem.

    • Btw, saya perempuan dan juga seorang isteri. Apa yang isteri encik lakukan, diluar normal orang biasa. Jangan biar isteri encik abuse encik ya. Domestic violence bukan hanya berlaku pada wanita, lelaki juga boleh jadi mangsa. Dan pada saya, encik adalah mangsa hubungan yang tidak sihat.

  4. Mengikut pandangan saya … isteri awak ada luka batin atau inner child problem semasa kecil.Jadi benda ni disimpan dalam memori bertahun lamanya sebab tak mampu di luah PD ibu bapa nya..dia bawa luka itu ke alam perkahwinan.Dia juga sering dimarahi ketika kecil dan tidak ada kasih sayang.Sebab itu dia suka marah anak dan kasar…

    Awak la mangsa api kemarahan dia…
    Dia belum berdamai dengan masa lalunya.
    Karma ini akan dibawa sampai ke anak cucu selagi dia tak buat pemutusan

    Karma yang dia akan terima mungkin anak anak akan bencikan dia apabila dewasa kelak….masa tu dia akan play victim anak tak kenang jasa mak.

  5. Encik berharap rumah kembali menjadi tenang, dan nak bahagia bersama-sama, jadi pada pemahaman saya encik pernah bahagia bersama dan masih berkeinginan & berusaha ke arah itu. Pergi minta bantuan di pejabat agama encik. Di sana semua benda yang tak terluah antara encik suami isteri selama ni dapat dimuntahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *