Sabar Usaha Doa

Assalamualaikum.

Terasa nk karang karangan ni slps baca “kenapa mak mcm ni?”

Aku anak perempuan tunggal. Dan anak bongsu. Atas2 aku semua lelaki.

Aku membesar dgn rapat sgn ayah aku. Sbb mak aku garang. (Tegas sampai takut la jadinya. Kalau keputusan ujian atau pepriksaan waktu sekolah dlu ada merah ja, mmg siap ketar lutut kena marah )

Tapi mungkin bagus utk aku juga. Result spm aku boleh tahan. 7A. Yg lain B & C.

Masuk matriks dan universiti tempatan. Masa ni mak aku makin ok. Tak garang sgt. Boleh bawa bersembang. Aku dah mcm tempat mak aku luah perasaan tentang family ayah aku and even family mak aku sendiri. Kakak2 dia or adik dia buat apa semua cerita kat aku.

Tapi aku notice yg aku selalu bergaduh dgn mak aku bila sembang bab aku. Mak aku nk decide n nak aku buat apa yg dia nak. Cth, masa aku dah bekerja setahun setengah, mak aku paksa aku beli kereta. Aku pula nk tggu aku capai 2 tahun keja, bila gaji naik, lepas la loan lebih skit. Ya la stay kl, dgn sewa bilik lg, bil2, belanja. Kalau beli keta awal, komitmen tggi mcm mana aku nk survive? Aku nk myvi 1.5 saja. Mak aku punya paksa. Aku mampu myvi 1.3 saja. Aku redha. Hahaha

Fast forward. Aku nikah. Lepas aku kahwin ni. Suami aku sampai dah tahu dah. Setiap kali balik kampung rumah mak ayah aku, aku akan nangis. Sbb bergaduh dgn mak aku. Atas sbb2 yg remeh. Yg pada aku, tak da salah. Cth, mak aku kata aku gemuk sbb pakai jubah bunga besar. Tu baju raya. Laki aku kata cantik saja. Mak aku cakap mcm tu berkali2 sampai aku balas dia cakap. Baru dia diam.(aku punya la tahan tak nak menjawab)

Scene lain. Setelah beberapa bulan kawin, aku tak buat majlis belah laki aku lagi. Atas beberapa faktor. Salah 1, kewangan. Sbb dah byk guna utk masuk umah baru. Lepas dah kumpul dah cukup duit, family mertua aku yg decide nk buat bila. Sbg menantu aku tak join meeting. Aku biar laki aku ja settlekan.

Kisahnya bila aku call mak aku, nk inform introduction bila majlis ada diadakan, hujung tahun. Mak aku marah2. Refuse utk terima keputusan tu. Alasan dia hujung tahun kan banjir kenapa nk buat masa tu. (Laki aku org pantai timur) aku pun cerita la, nnt laki aku meeting lain dgn family dia. Mak masih refuse nak terima. Dia kata keluarga mertua aku tak leh buat mcm tu. (Bunyi lain mcm, mak aku nk batu apikan aku ke masa tu, tu yg dlm fikiran aku masa mak aku ckp mcm tu) Ending nya, majlis tu tak seorang pun family aku hadir. Sobsob
(Nnt ada org tanya, kawin tak restu ke? Aku n laki aku kawin dgn restu kedua2 family. Cuma kesihatan ayah aku dan seorg abg aku tak boleh berjalan jauh dlm kereta atau flight)

Scene lain, aku balik kampung sorang2 , laki aku izinkan memandangkan weekend tu dia kursus. Aku naik bas sama mcm zaman sebelum kawin. Dah sampai kampung, mak aku buat ayat “adik tak lekat lagi ke?”
“Nmpk gemuk ja tak kan tak lekat lg?” (Waktu ni baru setahun aku kawin)

Scene lain, aku dgn suami aku baru sampai kampung, diorg ajak makan luar, terus jumpa kat kedai makan. Sampai saja kedai, tgh salam mak aku, mak aku kata kat aku “adik ada salah dgn abg S, mintak maaf dgn dia.mintak maaf dgn abg S. ” tergamam aku. Tu ayat pertama mak aku bila aku sampai. Hati aku nangis dah masa ni. Lepas dah ambik order, aku dgn direct nya ckp kat abg S “abg sihat? Adik ada salah ke? Adik mintak maaf la ya” abg aku senyum2 kata ok saja. Mak aku kata “adik kena belajar jd lembut lagi”

Sentap aku weh. Semua ni depan laki aku.

Byk lagi scene sebenarnya.. tapi aku fast forward ja. Sbb nak cerita mcm mana aku buat selepas tu.

Aku ambil keputusan sepikan diri. Dlm 3 bulan aku tak balik kampung. Tak whatsapp(even group family) tak call. Tapi aku selalu ingt sampai mimpi pasal mak ayah aku. Selalu doakan diorg. Selepas 3 bulan aku beli tudung kat mak aku online. Aku pos ke rumah terus. Lepas posmen dah hantar, ayah aku kol aku, tnya tu barang apa. Aku kata utk mak.

Mak nk ckp fon dgn aku. Aku cakap mcm biasa. Cuba sembang dgn ada gelak2. Kemudian, mak aku mcm sendu, tanya aku lupa mak aku dah ke? Aku ckp aku ingt la sbb tu aku beli tudung utk dia.

Mak aku balas
“Adik hilang lama, tak ingat mak lg ke? Masa mak perlu adik(utk bercerita n luah perasaan) adik tak da”

Aku pun terus nangis.aku balas

“Adik ingat,adik rindu tapi adik tak boleh. Sbb setiap kali adik call kita akan gaduh. Setiap kali adik balik, kita akan gaduh. Even semua org akan marah dgn adik. Walau adik tak buat apa2. Adik tak fhm kenapa. Better adik diam. Dari semua pakat nk bergaduh dgn adik”
(for record aku pernah ter bergaduh dgn salah sorang abg aku. Aku ada whatsapp minta maaf sbg adik aku rendahkan diri. Tak dibalas. Aku mintak maaf hari raya depan semua family termasuk laki aku, abg aku cakap tak balas whatsapp tak bermaksud tak maafkan. Tapi lepas tu abg aku tak pernah ambik tahu hal aku)

Kembali pada kisah mak aku, lepas aku kata mcm tu kat fon, 2 minggu lepas tu aku ajak laki aku balik kampung. Alhamdulillah dah tak da ayat sinis2, cari gaduh lg.

Apa pun aku tetap syg mak ayah aku dunia akhirat. Sekian. Mohon juga doakan Allah kurniakan zuriat utk aku dan laki aku. Amiin. Tq admin.

-bunga

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit