Sabar Yang Hilang

Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama nak buat perkongsian disini tapi belum ada kesempatan..

Aku Nai. Anak tunggal yang mempunyai seorang ibu… ayah ku sudah meninggal dunia sewaktu aku masih kecil.

Aku sudah berkahwin tetapi belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Ibuku sudah agak berusia dan uzur..

Aku sebagai anak tunggal satu-satunya zuriat yang dia ada bertanggungjawab dalam menjaga keperluan dirinya.

Mujurlah suami ku seorang yang sangat penyabar dan memahami dan sanggup membenarkan aku duduk di kg bersama ibuku.

Kami terpaksa PJJ. Aku bersyukur diatas segala rezeki dan kurniaan yang Allah dah beri.

Walaupun aku masih belum berpeluang untuk merasa nikmat menjadi seorang ibu.

Kadang-kadang aku berasa amat sedih dan kecil hati dengan sifat ibuku sendiri sampai tahap aku tertanya-tanya kenapa ibuku tak seperti ibu orang lain.

Ibuku seorang yang suka marah-marah dan suka mengeluarkan perkataan yang menyinggung hati dan perasaan aku.

Sebagai anaknya aku dah berusaha sehabis baik untuk melengkapkan dan menyediakan setiap kehendak dan keinginannya.

Contohnya seperti apa yang dia nak makan, balik dari kerja aku akan telefon untuk tanya apa yang dia nak makan untuk hari tu.

Mungkin emosi ibuku tak stabil disebabkan sakit yang ditanggungnya. Oleh itu dia selalu membuatkan aku kecil hati dengan ayatnya.

Aku sangat tersinggung dengan sikapnya. Sampai satu tahap aku rasa aku kena keluar dari rumah dan tinggalkan dia. Baru dia tahu bagaimana rasa bila aku takde disamping dia.

Tapi aku tak sampai hati. Aku memang banyak menangis akibat sikap ibuku sendiri.

Pernah berlaku, ibuku kirim makanan dan aku pulang agak lambat.

Dia buat muka dan marah-marah kerana aku lambat bawakkan makanan untuk dia.

Lepas tu dia mula mengungkit pasal rumah dan lain-lain.. umpamanya macam aku ni seorang anak yang tak berguna.

Sedangkan aku dah banyak korbankan perasaan aku sendiri untuk hadap ayat-ayat dia yang tak patut seorang ibu keluarkan untuk anak sendiri.

Aku tak membenci ibuku. Cuma sikapnya membuatkan aku jauh hati.

Semoga Allah beri aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

– Nai Dora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *