Sabar Yang Hilang

Aku Alina, bukan nama sebenar. Aku nak cerita tentang perjalanan hidup yang aku alami.

Aku bermula pada hari pertunangan aku dengan lelaki yang aku pilih, yang kunamakan Adam. Lelaki yang cukup baik bagi aku, aku sangat bersyukur mendapati lelaki seperti dia.

Selepas sebulan kami bertunang, kami pun melangsungkan majlis perkahwinan yang sederhana.

Kisahnya bermula sebelum kami melangsungkan hari perkahwinan. Aku dan ibu aku ada pergaduhan pada hari sebelum perkahwinan kami.

Hal ini kerana ibu aku memutar belit cerita tentang aku yang mengata ibu mertua aku, padahal hubungan aku dan ibu mertua aku sangat baik. Ini baru permulaan ibu aku membuat aku seperti ini.

Setelah selesai majlis perkahwinan, aku dan suami menumpang sementara di rumahnya sementara kami mencari rumah sewa untuk aku dan suami aku duduk.

Tidak sampai sebulan, ibuku menuduh aku tidak masak untuk suamiku sedangkan aku masak untuk suami aku. Dia juga gali tentang gaji suami aku.

Aku tak memberitahu ibu tentang gaji suami aku yang RM2k sebulan kerana dia akan riak kalau dia tahu. Dia juga pernah hampir putuskan hubungan aku dan suami semasa kami berkawan dulu.

Aku dan suami berbincang mencari rumah sewa walaupun kecil dan alhamdulillah kami dapat rumah flat walaupun kecil. Aku dan suami pun berpindah ke flat kami, tidak duduk lagi dengan ibu.

Dah 6 bulan aku dengan suami duduk di flat, kami berbincang mencari rumah teres sebab aku dan suami takut kenderaan kami dicuri. Aku meminta tolong ayah aku untuk mencari dan mereka jumpa satu rumah sewa.

Ayah aku berkata rumah sewa yang hendak disewakan kepada kami adalah rumah sewa kawan ibu. Aku membawa ayah, ibu serta adikku melihat rumah itu.

Pada masa aku melihat rumah itu, aku sungguh tidak puas hati kerana banyak benda yang perlu kami baiki semasa di rumah tersebut.

Ibuku bertanya macam mana keadaan rumah ni, bagus ke tak. Aku tidak menjawab ya atau tidak, aku jawab aku nak bincang dulu dengan suami dan bawa dia pergi tengok rumah ini sebelum kami masuk.

Ibu aku berkata tidak payah tengok, kata ibu kerana mesti suami aku suka sebab kami dah lama cari rumah teres kerana takut kereta kena curi.

Aku balik rumah dan belum sempat aku berbincang, ibu aku dah bayar semua deposit rumah dan sewa selama 2 bulan tanpa beritahu kami. Ibu aku juga berjumpa kami untuk pindah rumah secepatnya kerana rumah tu sudah dibayar.

Otak aku celaru. Tanpa fikir panjang, aku dan suami terus berkemas dan kami memberitahu pemilik rumah flat kami untuk pindah rumah kerana ibuku telah membayar deposit rumah tersebut.

Pada hari kami pindah, seperti yang aku duga, suami aku tidak suka rumah itu kerana banyak barang yang perlu kami baiki — atap bocor, tandas rosak dan kotor seperti gubuk sampah rumah itu.

Kami menelefon ibu untuk memberitahu pemilik rumah itu supaya membaiki rumah itu, tapi ibuku cakap tidak boleh baiki sebab kami dah duduk rumah itu.

Aku telefon ibuku dan ayah untuk datang ke rumah sewa itu. Aku marah kerana ibu membayar rumah itu tanpa beritahu kami, dan aku serta suami sangat kecewa kerana rumah itu seperti reban ayam, sangat kotor dan berbau untuk diduduki.

Sekarang aku dan suami tiada tempat tinggal kerana kami tidak duduk di rumah itu. Sekarang kami menumpang di rumah nenek suami aku, dan kami hilang tempat tinggal kerana ibu.

– Alina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *