Sabar Yang Sebenar Dalam Rumahtangga

Saya berasa takut membaca nasihat-nasihat orang ramai yang berkaitan dengan JODOH dan sabar.

Sebelum saya pergi ke isi sebenar, saya ingin mengajak semua pembaca untuk memahami konsep asas kehidupan berumahtangga. Rumahtangga adalah salah satu fasa dalam kehidupan, dan untuk melayarinya adalah sukar.

Ibarat kapal yang ada nakhoda, jika nakhoda tak ready nak melabuhkan kapal, nakhoda akan menenggelamkan seluruh isi kapal. Dan kapal itu tak boleh bergerak sorang-sorang, kapal itu memerlukan team yang sama-sama menjalankan peranan masing-masing. Ni basic.

Jadi saya nak ajak semua orang berfikir. Bila kita dengar isu ahli keluarga kita, atau keliling kita tentang partner yang memang tak bertanggungjawab, yang menyebabkan pasangan lagi satu merana fizikal dan mental atau salah satu, adakah wajar kita meminta mangsa untuk terus berada dalam keadaan yang menyiksakan dengan alasan SABAR ITU SEBAIK-BAIK JALAN.

Saya bagi contoh spesifik.

Contoh 1 : Si suami ambil duit isteri, dia mempunyai banyak hubungan sulit, dia tidak pernah memberi nafkah, dia memukul, dan keluarga mereka ada banyak isu dengan keluarga mertua dan sebagainya, dan perempuan itu hidup dalam keadaan dia yang menggerakkan semuanya termasuk dengan anak-anak kecil yang ramai.

Loan pun si isteri yang buat. Adakah si perempuan itu patut teruskan perkahwinan dia dengan suami itu?

Contoh 2 : Kahwin dengan Penagih dadah, dan mempunyai pattern yang sama? Teruskan?

Contoh 3 : Isteri curang atau suami curang yang melibatkan hubungan kelamin. Banyak kali. Teruskan? (Tak takt HIV ke apa?)

Namun, perasan tak kita, bila kita beri nasihat, kita akan selalu sebut;

– Teruskan lah perkahwinan itu, kerana penceraian itu Allah benci. Doa mana tahu suami/isteri jadi baik?

– Sabar je, diam je. banyakkan doa moga Allah cari jalan keluar (sedangkan the obvious jalan keluar adalah ‘get out’,’move on’, I’ll replace you with something better.

– Lelaki dah sampai merogol, boleh lagi ada yang bagi nasihat, bagi peluang.

– Dah jelas mangsa dah dalam keadaan depress namun lagi diasak untuk stay.

– Hang tak jumpa jodoh, tiba-tiba ada lelaki yang langsung tak mampu kendalikan diri sendiri datang ajak kahwin. Tapi hang dah tahu dia penagih, dia tak solat, dia tak mampu nak sara hang…. hang kahwin dengan harapan dia berubah dan family kata ‘manusia boleh berubah’, only to find he is still a baby that need his mummy.

– Dan kita suka bagi nasihat, dunia ini sementara, Allah suka orang yang sabar. Adakah seorang manusia boleh menerima hentakan, asakan, dan kezaliman setiap hari, setiap masa? Tahukah manusia juga akan meletus dalam keadaan dia struggle nak bersabar? Dan usually bukan kepada pemangsa tapi kepada orang yang lebih lemah dari dia, dan usually adalah anak-anak.

Bagaimana kita nak membentuk sebuah masyarakat yang berdaya saing, tapi kita selalu memberi ruang kepada masalah drama yang seperti ini, sedangkan masa yang digunakan kepada golongan toksik, narsisis, yang sebenarnya, syaitan, iblis dari kalangan manusia?

Tahu tak banyak masa habis untuk stabilkan mental kita. Imagine jika setiap hari diasak dan ditekan, apa akan jadi kepada individu tersebut? Dia tidak value kehidupan ini dengan mata pandangan harapan.

kita sentiasa meminta perlindungan kepada Allah untuk MENGELAK dari bencana atau malapetaka yang buruk, tapi bila bab memilih pasangan yang betul, kita tak berbaik sangka pula dengan Dia. Kita fikir memang DIA nak satukan kita dengan makhluk yang mengheret kita merasa neraka dunia.

Ubah mindset, inshaAllah hidup lebih baik.

Maaf jika ayat saya ada terkasar. Saya hanya berharap agar masyarakat mampu membezakan di antara mangsa dan pemangsa. dan mampu berlaku seadil-adilnya, bukan terikat dengan pola pemikiran sekarang.

By a caring observant,

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *