Nama aku Qaseh, bukan nama sebenar. Aku adalah anak bongsu perempuan dan anak bongsu dari 7 beradik. Hidup aku dari kecik memang tak pernah ada masalah, mahu masalah dari adik beradik ataupun makayah.
Keluarga aku sangat rapat, mana tak nya, jarak kami adik beradik hanya beza setahun atau dua tahun sahaja. Aku dibesarkan dari keluarga yang sederhana, tidak lah miskin tidak lah kaya.
Bersederhana sahaja, cukup makan cukup minum cukup pakai bak kata orang. Ayah aku adalah seorang pekerja yang berjawatan agak tinggi ni sebuah syarikat GLC dan mak aku pulak menjadi seorang suri rumah sepenuh masa ketika sudah mempunyai 4 cahaya mata.
Mak aku ni seorangkan sangat penyayang dengan anak anak. Anak anak sangat rapat dengan mak, berbanding dengan ayah. Kami adik beradik memang takut sikit dengan ayah.
Bukan sebab ayah garang tapi ketegasan beliau buat kami semua takut dan hormat. Jadinya kami sangat jarang beramah mesra dengan ayah. Berbeza dengan mak, kalau dengan mak kami selalu je mengusik mak. Kadang tu siap buli buli manja gitu.
Nak dipendekkan cerita, masa aku umur 16 tahun, mak jatuh sakit. Kanser payudara tahap 3. Waktu tu semua tak percaya dan sedihlah of course. Tapi mak tersenyum sahaja, mak macam reda dengan apa yang diuji.
Mak cakap, nak buat macam mana reda je la. Aku ketika itu, masih sekolah. Abang abang dengan kakak kakak aku semuanya dh besar. Ada yang sedang bekerja, ada yang masih diploma dan degree.
Oh ya, aku ada 4 abang dan 2 kakak. Ketika tahun pertama mak aku disahkan payudara tahap 3, mak perlu menjalani major sugery untuk buang payu dara (left side) selepas setahun major sugery sekali lagi (right & left side) dan hidup mak ulang alik dengan hospital.
Ke hospital tu benda biasa bagi kami. Aku yang dari sekolah menengah sehingga diploma. Mmg penuh masa dengan belajar dan jaga mak. Mak perlu menjalani kimo terapi selama 5 tahun. Aku kadang tu sanggup ya dari penang (tempat belajar) balik rumah (JB) semata mata teman mak untuk pergi kimo. Sebab mak akan jadi sangat lemah lepas kimo.
Kalau ayah yang bawa mak, ayah biarkan je mak pergi kimo tu semua sendiri, mak habis kimo baru ayah akan jemput ambik. Selalunya macam tu la, kalau aku yang bawa mak, siap offer mak duduk wheelchair jadinya mak tak perlulah berjalan.
Kalau mak tengah kimo, aku teman mak duduk sebelah, sebab mak suka sangat borak. Selalunya lepas je kimo terapi mak akan jadi sangat cepat lemah.
Tahun demi tahun, mak disahkan bebas dengan kanser. Tapi apakan daya selepas 6 bulan bebas kanser, doktor sahkan kanser mak masih aktif tapi merebak menjadi kanser hati.
Aku ketika itu, tahun akhir diploma dan ada lagi 1 sem untuk internship. Kira sem 5 la masatu. Mak asik kerap sakit dan asik admit hospital. abang aku cakap, mak tak habis habis tanya aku cuti bila.
Abang aku suruh aku balik dan dia cakap, “kalau kau sayang mak, balik la jaga mak jangan menyesal.” Jadi aku tak fikir panjang, aku ponteng seminggu tapi aku bagi tahu PA akademik aku yng aku ada hal keluarga, mak sakit. Dan aku bagi tahu, kalau mak aku tak sihat sihat. Aku nak mintak extend je sem 5 ni. Means aku repeat sem 5 la.
Aku pun balik jumpa mak, mak happy sangat, nampak mak memang betul betul tak larat. Terbaring je, asik nak aku ada dekat sebelah temankan dia je. Aku ada cakap, kita pergi la hospital terus even next appointment tu lambat lagi. Tapi mak tak nak, aku pujuk dan pujuk.
Mak akhirkan akur, tapi time tu mak nampak macam tak larat sangat, orang kata nyawa nyawa ikan. Aku tak fikir panjang, aku mintak semua adik beradik terus berkumpul. Selang sehari je, mak pun menghembuskan nafas buat kali terakhir.
Aku ketika itu, rasa kosong, tak pasti apa yang patut aku rasa. Aku ponteng kelas, jaga mak tapi mak tak makin sihat, yang berlaku Mak menghadap ilahi.
Hidup aku selalu dengan mak, selalu call mak, whatsapp mak, bergossip dengan mak. Sekarang? Mak tak ada. Tapi aku reda macam mana mak selalu pesan dekat aku, “sabarlah, sabar itu indah.”
Bermulalah, hidup dengan ayah. Oh ya ketika tu, 2 orang abang aku dah berkahwin dan 2 orang kakak aku pun dah berkahwin. Aku dan 2 abang lagi belum berkahwin dan ayah aku pun belum berkahwin lagi.
Selang 4 bulan selepas pemergian mak tersayang, ayah bagi tahu aku dia nak berkahwin dengan janda anak 4. Katanya niat nya nak tolong janda sebab susah.
Time tu aku yang ditanya oleh ayah. Ayah bukan tanya pada abang atau kakak aku ya. Ayah tanya pendapat aku dan restu aku. Katanya sebab aku yang banyak mengabiskan masa dengan mak. Jadi aku yang layak menentukan. Sedih, siapa je tak sedih?
Aku reject ya janda hodoh tu. Pada mula nya ayah macam terima aku tak nak, lama kelamaan ayah jadi baran sebab aku tak bagi dia kahwin. Katanya, aku tak fikir perasaan dia. Perasaan aku macam mana? Tak ada siapa pun yang fikir, melainkan mak.
Dipendekkan cerita ayah aku tetap berkahwin dengan janda hodoh tu, sebelum ayah aku kahwin ada banyak je benda benda yang tak baik berlaku. Bukan la benda benda syirik tapi lebih kepada bermaksiat.
Kan aku cakap mak aku meninggal ketika aku sem 5. Jadi sem 6 aku internship. Sem 6 aku duduk dengan ayah, dan intern dekat dengan rumah je. Senang nak balik makan, jimat minyak.
Ada satu haritu, aku duduk rumah abang sebab abang suruh jaga rumah dia. Abang nak pergi honeymoon, jadinya aku tidur rumah dia 1 malam.
Esok paginya aku gerak la awal dari rumah abang. Sebab rumah abang nak ke office agak jauh, tapi pagi tu aku bergerak terlalu awal, bila gerak awal sampai area office tu awal 2 jam. Jadi aku rasa macam baik balik rumah je la dulu, duduk lepak rumah.
Time nak masuk je rumah, aku dah start pelik. Ada selipar yang aku tak kenal, aku masuk rumah aku ke ruang tamu. Ada tudung, tapi bukan tudung aku. Aku makin confuse. Ayah pulak time tu masih berkerja, jadi ayah pun macam belum siap siap nk ke office. Ayah keluar bilik, tegur aku dan tanya “kenapa kau balik? Tak kerja ke?”
Aku pun hanya jawab, “kerja tapi awal lagi nk ke office tu balik dulu” time tu pukul 6:30am. Subuh lagi, aku makin confuse dan rasa nak sangat tahu tudung tu siapa punya? Dan selipar tu siapa punya? Aku pun tanya la ayah “yah ni tudung siapa? Selipar ni siapa punya?”
Hanya jawab “kawan ayah semalam tumpang tukar baju dkt rumah” aku makin rasa pelik sangat. Tapi aku biarkan, ayah masuk bilik air dalam bilik dia. Sebab aku dengar air dalam bilik air tu.
Aku beranikan diri, aku bukak bilik ayah, dan Allahuakbar! Janda tu dekat atas katil berselubung dengan selimut mak aku! Mengucap panjang aku. Mengigil, tak terlintas dalam fikiran aku akan lalui benda ni. Ayah cakap sebab aku yang menghalang dia, jadi dia buat la macam ni. Sekali lagi, aku disalahkan.
Tak lama lepas tu, ayah aku kahwin juga dengan janda hodoh tu. Dan sehingga kini, ayah masih dengan janda hodoh tu. Dan aku tak pernah sekali pun berbaik dengan janda hodoh tu. Bagi aku, janda hodoh tu tak pernah nak terima anak anak ayah aku pun.
Dan dia sangat berlagak ya, macam rumah ni rumah dia. Padahal satu apa pun tak pernah nak bayar pun. Ayah aku pulak dah pencen. tak ada duit dah nak bawa janda hodoh tu jalan. Belanja utilitis rumah ni aku yang tolong bayarkan sebab aku dah berkerja. Abang lagi 2 orang dah berkahwin. Tinggal aku je yang masih single.
Sekarang aku duduk serumah dengan ayah, aku pilih duduk dengan ayah sebab adik beradik suruh. Dorang cakap aku je harapan untuk duduk rumah tengok tengok kan ayah dan boleh jaga rumah. Tapi aku duduk je serumah dengan ayah, jumpa ayahnya tidak pun.
Duduk rumah ni, macam aku yang jadi macam orang asing padahal aku ni tuan rumah. Barang barang aku, semua janda hodoh tu ketepikan. Semuanya dia sorokkan, tapi barang mewah mak aku dia pakai je? Dan aku tak ada pun rasa nk sorokkan.
Kadang tu rasa sedih sangat, kenapa la aku? Kenapa aku tak dapat jadi macam abang kakak aku. Ada keluarga sendiri, aku rumah sendiri, ada kehidupan sendiri. Aku? Pergi kerja, balik kerja. Duduk bilik je, nasib la ada kucing yang aku boleh borak. Kalau tak, aku cakap dengan dinding je kot.
Kadang tu sedih, aku yang bongsu ni banyak kena korbankan. Aku baru je kerja, tapi aku dah kena bayarkan kereta yang ayah aku beli, aku la kena bayar semua komitmen dalam rumah ni. Bukan aku tak nk mintak abang kakak aku. Tapi dorang pun ada komitmen sendiri. Aku tak nak susahkan sesiapa pun, cuma aku nk ayah aku balik je.
Kadang aku doa, biarlah ayah aku bercerai je dengan janda hodoh ni. Sebab bagi aku perempuan ni sangat murah dan tak layak dapat family aku. Sebab family aku yang dulu sangat akrab dengan satu sama lain. Sekarang ni, ayah pun dah jarang main dengan cucu cucu dia. Balik jumpa adik beradik dia? Lagi la makin jarang.
Dulu balik kampung mesti duduk 2 minggu. Sekarang? Setengah hari pun susah nak nampak dia duduk kampung. Dari umur 21 tahun sehingga kini umur 27 tahun, aku kena hadap janda hodoh tak guna tu. Selalu sangat, rasa kosong. Habis kerja balik rumah tapi tak rasa macam bukan rumah aku sendiri.
Sekadar ingin meluah kerana terlalu sakit untuk dipendam. Aku ni sejenis hati lembut dan reti nk balas dendam. Mengadu dekat ayah pun, ayah tak akan side aku. Mengadu dengan adik beradik pun, adik beradik tak akan ambik tindakan apa apa. Jadi apa aku patut buat untuk aku dapatkan balik rumah aku ni?
Bilalah janda hodoh tu sendiri yang akan keluar dari rumah ni. Niat aku duduk rumah ni, sebab banyak kenangan aku dengan mak dan niat nak tolong ayah bayar bil utilitis.
Dulu walaupun rumah kecil tapi aku bahagia, sekarang rumah besar tapi aku tak rasa bahagia. Aku rasa tersepit, terseksa, tersakiti, segala ter lah.
Korang doakan aku tabah untuk terima ujian ni, macam mana mak aku terima ujian dia ketika dia di dunia. Aku selalu sangat berdoa, semoga ayah aku nampak apa yang aku buat sebenarnya semua untuk keluarga bukan untuk diri aku.
Lagi sakit hati, janda hodoh tu selalu sorokkan makanan sebab tak nak bagi aku makan makanan tu. Entahlah ya, manusia macam ni pun wujud ya? Tak apalah, sabar itu indah.
Sekian terima kasih kerana membaca, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya..
– Qaseh Qaisarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit