Saf Pun Tak Rapat, Inikan Pula Ukhuwah

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kan pendapatan / komen / teguran kepada saudara seagama sy d luar sana yang beragama Islam. Teguran ini juga utk sy sndiri. Cerita ini berdasarkan pemerhatian saya sendiri. So, terus kepada isi, tanpa kita sedari, ketika kita melaksanakan solat berjemaah, tak kisah la d rumah ke, d surau ke atau d masjid, tapi.. kesilapan ini sering di lakukan. So apa kesilapan itu?

Ok. untuk yang pertama kita akan lihat kepada sebelum menunaikan solat, iaitu ketika imam mengatakan “Rapatkan saf..”. Sedarkah anda kalian, terdapat ramai lagi jemaah di luar sana yang masih tidak mengikut arahan imam tersebut. Saf tidak d rapatkan, ada kekadang smpaikan jarak di antara dua org jemaah itu mampu berdiri nya seorang lagi kanak2 berusia 8-10 tahun gitu. Ruang yg cukup besar. Susah sngt ke nak rapat kan saf? geli ke kaki kita kena dgn kaki org sebelah? kotor kah kaki org sebelah kita tu smpai kan kita nak rapat kan saf pon x boleh? Saya faham jika orang itu orang besar, gemuk cth nya, mmg diakan memerlukan ruang utk dia sujud dan duduk nnt, kalau x dapat nak rapat kan saf guna kaki, sekurang2 nya rapatkan la dgn guna bahu.

Dan, sebab itu la kita d ajar cara utk berdiri dengan betul dan pastikan kaki dalam bentuk ‘ | ‘ ‘ | ‘ dan bukan dalam bentuk ” ‘/’ … Faham simbol itu rakan2? jika kaki dalam bentuk lurus kehadapan, insyaAllah tak ada masalah nak merapatkan saf. Saudara sekalian, sedangkan saf tu pon kita x dpt nak bersatu utk rapatkan, bagaimana pula kita nak bersatu dalam menegakkan agama kita? bangsa kita? negara kita? Sedangkan saf pun tidak blh d rapatkan, bagaimana kita nak rapatkan ukhwah kita?? banyak lagi saya nak komen dan tegur dalam fasa sblm menunaikan solat ini. tapi xpe la, kita proceed p ke seterusnya. hahaha

Nombor 2. ketika solat. Apa kesilapan yang selalu kita lakukan tanpa sedar ketika solat? Pertama, mendahului imam. Ini kesalahan besar kawan2, tp kita masih lakukan tanpa sedar. Ya, sy pun mcm tu.. kadang2 lakukannya tanpa sedar. Tahukah anda, kita tidak boleh mendahului imam? Bagaimana mendahului imam itu? cth : imam tak rukuk full lagi, tapi kita dah rukuk. Imam tak sujud lagi, tp kita dah sujud. Imam tu baru sebut “Allahua…” tak habis lagi sebut tu, imam pon tak sujud lagi, tapi yang terjadi makmum ini dah sujud dulu. kepala dah smpai kat tanah baru dengar imam sebut habis “Allahuakhbar”, laju sangat bergerak nya. MasyaAllah. Rakan2 sekalian, biasakan la diri dengan bergerak mengikut imam. Pastikan imam dah habis sebut, baru buat. Apa penyebab kita x sedar? lalai. Kita lalai dalam solat. Time solat pun kita blh pikir duniawi. smpai tak sedar alfatihah dah habis baca. ini yang terjadi pada sy sendiri kawan2 sekalian. Dan sy yakin, bukan sy sorang mcm tu.

Yang kedua, terdapat hamba Allah ini yang terlalu lambat, sehingga kan tertinggal beberapa step daripada yang lain. semua dah duk sujud, dia x rukuk lagi. Ada yang mcm itu rakan2 sekalian. Buat benda mcm nie, lambat sngt or cepat sngt sebenarnya mengganggu kosentrasi orang lain. Tahukah anda menganggu makmum lain ketika solat itu pun salah dan berdosa? cth: makmum dihadapan memakai baju yang bercorak2, sehingga makmum yang dibelakang hilang fokus solat d sbb kan terlihat baju itu. Dia x berniat nak mengganggu, tapi tanpa sedar dia ganggu..hadis pasal ini sy dah tak ingat kat mana, nnt tlg la cari2 ok.. hihihi… kalau ada salah , mohon betul kan. sy tidak perfect. huhu

OK..habis utk part ketika solat. yang ke 3 dan terakhir. adalah selepas solat. ketika kita melaksanakan solat jemaah di masjid2 atau surau, kadang2 kita akan lambat dan masuk pada rakaat yang ke 2 atau seterus nya. bila solat yang utama ini telah habis, tinggal lah makmum2 yang akan bangun dan menambah rakaat yang kurang. Masalah yg selalu terjadi ketika ini ialah bila jemaah yang duk saf hadapan nak keluar dari saf sbb dah habis solat. tgk2 lak kat saf belakang tu xda jalan keluar sbb ramai lagi yang masih menyambung solat mereka, kat sini sy nak tegur pasal lalu di bahagian hadapan org solat. ketahuilah bahawa ada jarak yg perlu kita patuhi utk lalu di hadapan org yg sedang solat. kita tak blh nak main redah mcm tu je. kita tak blh main lalu mcm tu je sambil2 kita jalan tunduk2 sbgai hormat. buat mcm tu pun salah kawan2.. kalau nak lalu gak, pastikan jarak itu sesuai. hukum dan hadis berkenaan isu ini, blh la explore sndri, insyaAllah jumpa kalau cari.

Saya tak la pandai sngt dalam agama, sy pun dlm proses bljar. sy sndri lalai ketika solat. Teguran ini utk peringatan buat sy jugak dan rakan2 lain. Maaf lah sy xdpt nak sertakan hadis2 atau ayat2 Al-Quran bagi menyokong fakta sy. Sesungguhnya ini hanyalah pandangan / teguran / komen daripada sy kepada anda dan diri sy sndri, tetapi apa yang sy ingat mmg mcm nie la apa yg sy pelajari. Semoga perkongsian ini mampu mebantu sy dan rakan2 yg lain juga. Kalau ada yg salah, tlg btl kan. Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk itu datang dari sy sndri.

-Kh_

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit