Sahabat

2010 adalah detik pertemuan kami empat sahabat. Masa itu kami baru masuk sekolah menengah, dan kami dari sekolah rendah yang berlainan. Nak rapat tak ambik masa yang lama, sebab kami berempat perangai gila-gila. Haha.

Cerita kami indah-indah saja, kesana kesini bersama, menciptakan kenangan yang sangat-sangat2 indah.

Setiap kali ada yang ulang tahun, pasti kami celebrate sama2, walaupun dengan sepotong kek. Hehe. Itu cara kami menghargai satu sama lain.

Masuk je form 3, kami tak lagi berempat. Tapi kami ada kemasukkan ahli baru dalam persahabatan kita. Jadi kali ini kami berenam. Semakin meriah kann? Hahaa.

Pada mulanya mmg indah, tiada masalah langsung. Masuk je form 4, kami start ada salah faham. Bermulanya episod sedih kami berenam.

Hmmmm, belum apa-apa, air mata dah pun mengalir membasahi pipi. Aku tak tahu kenapa, kalau tentang persahabatan aku lahh yang paling lemah.

Mungkin aku terlalu sayang pada mereka, sampai aku takut sangat untuk kehilangan mereka semua. Kadang-kadang aku ketepikan perasaan aku untuk buat mereka tersenyum bahagia.

Form 5, 2014 tahun terakhir kami dibangku sekolah. 2014 kenangan yang sangat pahitt bagi aku.

Hmmm. Aku tak salahkan dia orang, tapi semua berpunca dari aku, sebab aku terlalu percayakan seseorang kerana wajahnya yang polos dan mengharapkan simpati dari aku. Dia bukan orang jauh. Dia adalah sahabat kecilku.

Di saat dia di palau, dihina oleh kawan-kawan sekelas dengan dia, aku yang kerdil ni, menghulur tangan untuk berkawan dengan kami semua.

Walaupun masa itu ada yang tak setuju dia ada dalam persahabatan kami. Tapi aku positifkan saja, kesian dia tiada kawan untuk menumpang kasihh.

Aku seorang yang aktif disekolah, semua sukan aku masuk. 2014 tahun last kot, of course aku nak banyak sijil kan. So start lah aku buzy dengan semua sukan. Dalam group kita orang, hanya aku, Jia dan Yana yang bergiat aktif dengan sukan.

Masa aku dan Jia sibuk dengan training bola jaring, masa itu kami semua makin jauhh. Sangat-sangat jauh. Itu yang aku rasakan.

Aku tak tahu silap aku dimana. Tapi mungkin ada yang aku buat mereka tersinggung.

Tapi kenapa harus berubah, kenapa tak tegur je silap aku dimana. Tapi dia orang pilih untuk menjauh.. Aku akur. Jadi selepas itu, aku hanya dengan Jia. Jia sahaja sentiasa ada untuk aku. Hmmm.

Yana seorang yang malas nak ikut pertandingan. Apa apa jelah, kecuali merentas desa dan olahraga. Tapi kali ni pelik sangat, dia boleh masuk kawad kaki dan berkhemah.

Oleh kerana seorang “sahabat kecilku”. Aku tak tahu ape yang dia racun otak kawan-kawan aku, sampai dia orang tak ada perasaan kesian langsung terhadap aku.

Aku dipalau, aku ditinggalkan. Aku rasa diri ini amat terhina. Macam tu sekali kau buat kat aku kan?! Kadang-kadang aku rasa semua ini drama, sebab aku tak percaya di kehidupan realiti pun ada manusia macam ni.

Dulu zaman wechat, semua benda yang kite buat nak posting kan. Dia buat study group kat rumah Yana, makan ABC dekat depan rumah Aisyah. Semua lah, kecuali aku dan Jia.

Aku tak faham kenapa benda ni terjadi. Semakin hari semakin jauh, yang dulu nya kami dalam kelas berkongsi meja, berkongsi kerusi, selepas tu tiada lagi dan buat hal masing-masing.

Sebulan sebelum SPM, sekolah aku terima surat dari JPNT, aku terlibat dengan Semarak Tari peringkat kebangsaan di Serawak.

Ohh ya, lupa nak bagitahu,yang aku seorang penari tradisional, aku bergiat aktif sebagai anak seni dari aku berumur 8 tahun.

Aku malas nak pergi sebenarnya, sebab nak SPM dah kan. Tapi aku perlukan masa aku untuk hilangkan stress. So aku tak fikir panjang, aku cakap, aku nak pergi.

Masa aku disana selama seminggu, Jia dalam kelas seorang diri. Kadang-kadang hani teman jugak Jia. Hani tu salah seorang dari kami berenam. Dia okay, dia seorang yang sangat baik. Tapi kandang-kadang je menyakitkan hati hahaa.

Dah settle aku dengan tarian, aku balik. Masuk kelas macam biasa. Jia pulak kena pergi sukma. Dia taekwandoo. Hebat kan dia? Hehe. Dia ke sukma seminggu jugak rasanya. Seminggu jugak lahh hari-hari ku tanpa teman di sekolah.

Sungguh diri ini rasa terhina bila dah start dengar sindiran dari mereka. Ayat berkias untuk buat aku sakit hati. Semua musuh kita yang dulu, awak semua boleh buat kawan, ex saya pun termasuk sekali, siap ada buat baju bestfriend forever. Warna pink kan baju tu?

Masih segar di ingatan dan aku takkan pernah lupa. Wahai sahabat kecilku, kenapa ada perasaan cemburu bila tengok aku bahagia?

Kenapa selalu ingin merampas kebahagiaan yang aku miliki? Kenapa? Silap aku dimana? Kita bukan jauh, rumah kite hanya selang satu rumah, masa kecil kita selalu main sama2, tidur sama2. Tapi kenapa ini yang aku dapat?

Ade waktu tu, masa kami rehat, biasanya Jia bertugas jaga dekat koperasi sekolah. So, aku macam kena pergi makan sorang2 jelah kan, tapi Jia cakap, takpe Adda, jom kita cari Hani dekat persada ilmu, boleh teman adda pergi rehat di kantin.

Then, kami jumpa Hani kat sana, kami panggil dia, tetiba si Aisyah ikut Hani, dan dengar perbualan kami. Jia cakap, Hani teman Adda pergi makan kat kantin boleh?

Hani belum menjawab, Aisyah dah potong terus “kitorang dah makan tadi kat sini ramai2 tadi”. Dia tarik tangan Hani n blah.

Eeeee! Mase tu tiba-tiba airmata ni mengalir. Terasa nyaa hati ini. Jia tarik tangan aku, dia suruh masuk dalam koperasi sekolah, tunggu dia sampai habis waktu bertugas.

Last2 kami beli air tin dan roti pelangi untuk makan dalam kelas. Yelah, waktu rehat dah habis, nak beli ayam pun dah tak boleh. Hehe.

Satu hari tu, aku nekad untuk berjumpa dengan Guru kelasku. Guru kelas aku bangsa cina, tapi dia sangat memahami. Korang tahu aku pergi jumpa dia untuk apa? Aku mintak ditukarkan kelas, aku tak kesah kelas mana-mana, asalkan bukan 5 bakti.

Aku menangis2, aku merayu. Tapi dia tak izinkan, dan dia cakap tak boleh. Kalau betul-betul nak tukar, awak pergi jumpa PK KO sendiri.

Okay, aku nekad, aku pergi jumpa PK KO. Cikgu tu, cikgu sukan aku jugak, dia dah kenal aku. Dia tahu aku macam mana, dia marah aku sebab aku terlampau ikut emosi.

Aku pun jawab, aku dah tak larat untuk hadap perkara macam ni, sangat toksik. Aku cakap lagi pada PK KO, tak boleh tukar kelas, tukar sekolah boleh? Datang di sekolah ini waktu SPM sahaja.

Dia berkeras cakap tak boleh. Dia suruh masuk kelas, then tenangkan fikiran. Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Aku tengok diorang semua duduk dekat meja cikgu.

Kebetulan masa itu subjek BI dan memang guru kelas kitorang mengajar subjek BI. Rupenya, guru kelas kita orang dah cerita semua pasal aku merayu mintak tukar kelas.

Aku nampak jelas wajah meraka yang serba salah. Mungkin dia tak jangkakan aku nekad sebegitu rupa. Tapi ape boleh buat, aku lemahhh.

Esoknya aku dapat surat dari Yana dan Wani, maklumlah, masa tu masih main surat2, wal hal dah ada whatsap kot time tu. Dia minta maaf, dia mengaku salah. Dia orang dah tahu yang mana sahabat dan yang mana kawan.

Aku tak mintak banyak, aku tak mintak lebih-lebih. Aku cuma nak korang hargai aku. Itu sahaja.. Kalau korang ikhlas berkawan, insyaAllah hubungan itu berkekalan hingga ke syurga.

Terbukti bukan? Sampai sekarang kita masih bersama, travel sama2, ke sana kesini sama-sama. Walaupun seorang di johor, seorang di terengganu. Seorang di dungun. Alhamdulillah. Kami akan selamanya bersama.

Salam sayang… Sahabat.

– Adda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *