Sahabat

Assalamualaikum. Aku nak bercerita tentang seorang sahabat aku. Bagi aku, “kawan” dan “sahabat” dalah dua perkara yang berbeza.

Aku ni dari sebuah broken family. Lepas parents aku cerai masa di bangku sekolah, aku dah hilang kasih sayang seorang ayah yang menghilangkan diri. Dan ibu yang sibuk dengan urusan dunia. Adik beradik aku mula buat hal masing masing. Jadi aku memang kurang sangat sangat kasih sayang keluarga.

Aku lelaki, tapi aku rasakan sebab ini aku sensitif sangat (aku benci diri sensitif ni). Tapi alhamdulillah sejak kecil parents aku dah ajar berdikari.

Kami sekeluarga bukan dari kalangan yang kuat sangat agama. Solat aku pun tungang langgang. Akibatnya spm aku sangat teruk. Aku jatuh. Tak dapat masuk u mana mana pun.

Tapi aku diberi jalan keluar oleh Allah, aku dapat masuk matrik kat Selangor. Sem pertama aku rasa terseksa, bodoh sungguh diri ini dan berseorangan kat matrik.

Masa sem 2 aku berkenalan dengan seorang budak ni. Budak ni dari Kelantan, dan alim. Ahli surau. Aku fikir nak rapatkan diri dengan dia. Slow slow dia berjaya ubah aku. Ajak aku solat dan disebabkan dia aku rajin subuh di surau.

Hidup aku mula nampak cahayanya. Aku rasa terhutang budi sangat dekat sahabat aku ni sampai sekarang. Dialah tempat aku menjadi gila gila, tempat aku mengadu tempat aku bersedih, tempat aku belajar.

Tamat matrik kami berjaya dapat satu uni sama dan fakulti yang sama. Aku happy sangat sebab ye lah dapat belajar lagi sekali dengan sahabat aku ni. Masa sem satu, aku ada buat salah kat sahabat aku. Aku sebabkan dia kadang kadang rasa tersisih. Aku tak sedar aku buat semua benda tu. (rasa bersalah sampai sekarang).

Kami ada gaduh. Tapi bila gaduh slow talk dan berkawan semula. Aku sedar gak bila aku tak rapat dgn dia, aku akan tersasar sikit dari agama. Tapi lepastu aku akan mengadu kat dia, dia akan guide aku balik.

Tapi semua berubah sem 3, kami masing masing memegang jawatan tinggi dalam dua oranganisasi berbeza, dan masing masing ada limited time. Jarang sangat aku jumpa dia and sometimes aku rasa macam dah tak boleh rapat macam dulu.

Salah satu sebab adalah dia pernah cakap dia ni seorang yang ingat kalau ada orang pernah buat salah kat dia. So dia masih lagi ingat peristiwa yang berlaku masa sem 1 dulu.

Sumpah aku rasa bersalah sangat. Kadang kadang aku rasa macam teruk sebab ye lah kn dia budk bagus, dapat kawan macam aku ni yang menyusahkan asyik penuh masalah keluarga je. Kesian gak so baik aku blah je.

Tapi sebab aku sayang sahabat baik aku ni, so aku cuba gak nak rapatkan balik hubungan persahabatan ni. Aku rasa macam takde sapa dah dalam dunia ni yang betul betul boleh tolong aku or faham aku selain sahabat aku even family aku sendiri dah tak kisah pasal aku.

Kan aku cakap tadi dia budak surau, so kawan kawan dia semua sek sek yang memang alim bagus ah weh. Aku segan nak lepak dengn member dia sebab aku tau diri aku macam mana, tak layak and aku takut diorang benci aku sebab aku tau aku jahat.

Dia selalu lepak dengan geng geng ni dah sekarang, kalau dia ajak memang aku akan buat alasan sebab aku segan and malu. Pastu bila aku dah selalu say no lama lama dia tak ajak lah sebab dia tahu gak jawapan aku.

Sometimes aku rasa cam sedih gak ah, rasa macam kena replace pun ada. Tapi kalau betul dia replace pun haihhh mungkin bagus lah untuk dia kan. Yelah diorang lagi tinggi ilmu agama dari aku yang baca quran pun tajwid banyak lagi salah.

Sejujurnya aku rindu macam mana kitaorang rapat sangat dulu. Sometimes aku hope sangat boleh turn back time dan ubah semua salah aku kat dia. Banyak dosa aku kat sahabat aku ni. Renggang nya hubungan persahabatan ini adalah salah aku. Aku nak minta maaf kat dia tapi cam segan pulak.

Kitaorang still contact lepak kadang kadang tapi aku tahu once universiti is over, sampai disitu sahajalah hubungan persahabatan ini. Dah takkan ada reason untuk kitaorang kawan rapat or jumpa satu sebab masing masing tinggal jauh. Aku KL dia Kelantan.

Kedua sebab dia dah ada calon bini so of course ah kena commit kan (aku harap diorang kahwin cepat). Ketiga sebab mungkin dia dah penat and menyampah kawan dengan aku.

So itu lah benda yang menyebabkan aku rasa sedih haha. Aku dah mula kehilangan sahabat aku dan lepas grad lagi dua tahun aku akan hilang sahabat baik aku forever.

Aku harap korang kat luar sana yang baca luahan hati aku yang membazir masa korang ni, kalau ada sahabat jaga lah hubungan betul betul. Aku selalu pegang benda ni, “takkan kukuhnya iman seseorang jika dia tidak mengasihani dan menyayangi sahabatnya”. Lemah lagi iman aku nampaknya, haha.

Harapan aku is aku harap aku dapat rapat semula dengan dia macam mana kami rapat dulu dan aku harap lepas grad sahabat aku ni masih lagi akan menjadi sahabat aku selamanya.

Kepada sahabat aku, aku rindukan kau dan aku doakan hanya yang terbaik untuk kau. Semoga kau berjaya di dunia dan di akhirat. Haha, aku tahu bakal isteri kau benci aku sebab aku banyak buat salah kat kau and kau akan mengadu kat dia. Aku minta maaf sangat.

Semoga kalian berjaya di dunia dan melahirkan anak comel-comel. Tak dapat lah aku nak merasa jadi pak cik kat anak anak korang nanti. Okay tu je.

Semoga cerita aku ni ada lah input untuk pembaca di luar sana. Doakan kejayaan dan kekuatan aku ye semua.

– FG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *