Sahabat atau Kekasih?

Aku Adam bukan nama sebenar, kini aku berusia 26 tahun dan aku berasal dari keluarga yang cukup sederhana dan penuh kasih sayang.

Aku membesar di kawasan setinggan dan membesar menjadi anak yang nakal dan berkawan pula dengan budak nakal kenakalan kami sehingga diluar batas.

Disebabkan kenakalan aku ini aku dan 3 lagi sahabat aku dijatuhkan hukuman selama 2 tahun atas kesalahan terlibat dengan geng fight yang melibatkan senjata tajam dan kecederaan parah.

Disebabkan kami berempat dibawah umur 21 tahun maka kami dihantar ke sekolah juvana di 2 sekolah berlainan satu di melaka dan satu lagi di johor.

Dipendekkan cerita selepas 3 tahun kami akhirnya dibebaskan dan mula mencari kehidupan yang baru. Dalam mencari kehidupan aku mula rapat dengan sahabat baik kakak aku sendiri yang pada mulanya aku anggap kakak angkat tapi tidak bagi dia.

Dia meluahkan isi hati dia, aku pula memberi jawapan jangan la kita dah macam adik dan kakak ekoran aku kenal dia sejak kecil, umur kami pulak jarak 3 tahun dan aku juga memanggilnya dengan panggilan kakak.

Namun dia tidak putus asa banyak effort yang dia tunjukkan akhirnya membuat hati aku yang keras mulai lembut dengan kesungguhannya.

Pada satu hari dia berhenti dari contact aku selalunya setiap malam jam 11 dia akan call aku, dan sebelum subuh dia akan call aku ajak solat subuh. Namun aku endah tak endah dan ini membuat dia rasa syok sendiri dan membuat dia berputus asa.

Disebabkan dia sudah mulai menjauh aku mula rindu dengan suaranya dan gelagatnya, aku sedar aku sudah jatuh cinta namun aku ego.

Akhirnya atas nasihat sahabat-sahabat aku itu aku mula berani berterus terang dengan mengajaknya untuk keluar makan dan dia setuju, disitu aku mengaku aku mula jatuh cinta padanya dengan kebaikan dan kesungguhannya.

Terdampar satu wajah terkejut dan kegembiraan dari raut wajahnya, namun aku kekal tenang dan bertanya adakah dia sudi menjadi temanku hingga ke jinjang pelamin, aku hanya tanya sekali kataku. Tanpa berfikir panjang dia bersetuju.

Akhirnya kami menjalinkan hubungan percintaan selama 4 tahun.

Kami jarang bertekak namun salah faham tu biasa dan biasanya tidak berlarutan kerana aku yang akan meminta maaf kerana kebanyakannya salah datang dari aku kerana terlalu pentingkan sahabat-sahabat aku yang pada awal aku ceritakan.

Dia selalu marah bila aku lebihkan sahabat-sahabat aku kerana baginya aku jarang beri perhatian dan lebihkan kawan-kawan dan dari situ semuanya jadi renggang kerap bergaduh.

Dari kami 4 orang yang lepak setiap malam, lepak tak jauh hanya depan rumah aku, setiap malam aku akan bukak meja dan buat air. Kami boleh berborak sehingga subuh jika hari cuti.

Dari 4 orang menjadi 11 orang kerana kami boleh dikatakan mengumpulkan rakan-rakan lama dari sekolah juvana yang telah bebas dan duduk dalam daerah yang sama untuk lepak sekali dan meluangkan masa bersama dengan tujuan moral support,

Kerana bukan semua bernasib baik masih diterima keluarga, matlamat kami sama tak akan jadi banduan berulang antara kami.

Dari lepak depan rumah kami menyewa satu rumah dan duduk bersama 11 orang kerana kami bekerja di dalam kawasan yang sama dan memilih untuk menyewa satu rumah, dalam masa sama aku masih menjalankan hubungan dengan si dia.

Mulanya dia tak bersetuju dengan aku untuk berpindah katanya aku akan jarang ada masa dengan dia namun setelah berbincang dia akur.

Tiba pada akhir 2019 negara dilanda covid-19 dan pkp telah diumumkan, kami 11 orang terperangkap di rumah sewa dan kami lepak sama2 meluangkan masa bersama untuk elak dari kami pilih dan rindu dengan kehidupan lama yang kelam.

Kami hanya menyara kehidupan dengan berniaga burger secara cod dan menjadi rider penghantar makanan.

Sehinggalah satu hari aku lupa birthday dia dan aku tak wish langsung kerana sibuk berniaga burger dan menjadi rider penghantar makanan hingga kepenatan,

Dia merajuk dan terasa hati, aku cepat-cepat minta maaf dan dia memaafkan tapi hubungan kami tetap dingin dan sering bergaduh kebanyakannya mengenai kawan-kawan aku.

Dia tak suka aku berkawan dengan kawan-kawan aku katanya kawan-kawan aku jahat, penjenayah dan memberi pengaruh negatif pada aku,

Tapi dia lupa aku juga seperti yang dimaksudkan mereka dan aku tiada beza dengan mereka, semasa dalam tempoh tahanan mereka ibarat adik beradik aku sendiri kerana kami terpisah dari dunia luar.

Dipendekkan cerita dia mengadakan birthday party untuk anak buahnya dan menjemput aku untuk menghadiri birthday party tersebut untuk membuat penguguman depan semua ahli keluarga tentang hubungan kami dan niat kami untuk bertunang.

Tapi semasa dalam perjalanan tiba-tiba moto salah seorang kawan aku rosak dalam perjalanan balik kerja dan hanya aku ketika itu tidak bekerja.

Aku pilih untuk menunda sampai ke rumah dan terus pegang spana untuk membaiki kerosakan sehingga aku terlupa akan birthday party tu.

Esoknya kami bergaduh besar sehingga keluar dari mulutnya yang kawan-kawan aku ni sampah masyarakat, kutu rayau, mat rempit, penjenayah, samseng, penagih dan macam-macam sedangkan itu kisah silam kami,

Dan keluar juga dari mulutnya awak pilih antara saya atau kawan-kawan awak.

Aku tidak sanggup meningalkan sahabat-sahabat aku hanya kerana seorang wanita ketika itu dan aku memilih untuk putus.

Aku sedih tipu lah tak sedih 4 tahun kami bersama banyak yang dikongsi pahit manis semuanya dan dia juga banyak mengajar aku tentang agama,

Aku agak jahil kerana jujur aku last berpuasa semasa sekolah rendah, last solat pun semasa di sekolah juvana apalagi mengaji pon tak pandai.

Semenjak aku dengannya aku mula berpuasa, belajar untuk solat walaupun tak kusyuk dan solat tak penuh 5 waktu sekuranya aku mencuba. Solat jumaat tak pernah tinggal banyak dia ubah aku.

Namun aku tidak sanggup meninggalkan sahabat-sahabat aku susah senang aku dari dalam tirai besi sehingga bebas semuanya berlalu pantas sedar tak sedar hampir 2 tahun kami berpisah,

Tiba-tiba kakak aku memberi tahu bahawa si dia akan berkahwin dengan seorang lelaki pertengahan tahun ini.. tiba-tiba hati aku hancur dan terkenang si dia.

Sejujurnya aku selama 2 tahun ini aku sentiasa stalk perkembangan dia dan tak pernah aku lupa tentang dia walau sesaat tetapi aku buntu antara sahabat atau kekasih.

Aku redha dan terima aku dan dia tiada jodoh mulut kata aku tak sedih dah move on depan kawan-kawan tapi hati aku sebenarnya terluka.

Apa pun yang berlaku aku pernah ada hari-hari yang indah dengan dia, dia juga telah banyak mengajar aku dan mengubah aku menjadi diri yang sekarang.

Terima kasih awak, semoga awak bahagia dengan pilihan hati.

– Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *