Sahabat Cakap Belakang

Aku nak cakap cuma luahan perasaan yang mungkin common dan mungkin korang pernah lalui atau korang sedang alami. Sebelum tu, terima kasih dan sekaluang tahiah aku ucapkan kepada IIUMC kerana buat satu ruang dimana kita boleh ekspersikan pengalaman/cerita yang kita boleh luahkan sebagai iktibar dalam menghadapi realiti kehidupan yang sebenarnya. Semoga Allah memberkati usaha kalian. Amin ya Rabbal Alamin.

Untuk Mukaddimah, aku seorang gadis. Berusia pertengahan 20an. Tinggal di bahagian Utara Tanah Air. Sudah bekerja dan masih single but not available. Mempunyai kawan-kawan yang boleh dibilang dengan jari yang betul-betul aku rapat sejak dari sekolah Menengah. Perhubungan kami sudah melibihi 10 tahun. Dari 5 orang rapat sekarang dah jadi 3 orang. Rapat disini aku boleh cakap dari segi kenal background family, selalu heart to heart punya sembang, geng gila-gila,birthday memang ingat walaupun tak notified oleh FB.

Sorang aku gelarkan A dan sorang lagi aku kenalkan B. Masa sekolah menengah memang rapat. Semua cerita from A-Z dari personal problems sampai relationship problem. Tapi dulu masa sekolah takde la heavy sangat problem memandang kan kalau bercinta memang cinta monyet, kalau masalah family pun biasa la mak bebel-bebel suruh study. Nothing so serious pun tapi darah masih panas, little thing pun take seriously. Kenal dari form 1 but start rapat dari form 2-5. Tapi masa form 4 aku masuk Asrama Penuh tapi still we still rapat. Kadang aku cuti geng aku ni datang rumah. Kalau dapat outing memang kitorang akan bersama every weekends.

Dah habis SPM, semua orang berpecah. Ada further study kat KL, ada kat Kulim then aku further kat Terengganu. So dah jarang jumpa, dah jarang nak lepak since cuti pun lain-lain. Kalau betul-betul boleh jumpa pun cuma time raya. So dah ada gap kat situ. Bagi aku la, masa sekolah okay. Semua carefree je. Enjoy time to. As the time passed, and getting older, aku rasa semua benda berubah. Part aku tak suka is, A talk trash about B kat aku then B talk bad about A kat aku. Aku macam the middleman. Kadang tak reti nak buat apa. Come on la, kawan dah lama kan. Takkan la still tak berani nak tegur depan-depan. Kata BFF forever? Tapi is this the way?

Walaupun begitu, aku sebolehnya tak nak masuk campur. Aku buat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Biasanya aku akan ubah topik bila dah rasa macam salah seorang nak talk trash ke talk bad ke apa kebenda ke. Aku tak nak benda ni akan buatkan tak best bila nak hang out. And the best part is, contohnya si A mengumpat si B malam tadi kat aku tapi seok pagi tengok IG comment i love u la, i miss u la bila nak balik la. Tahu tak rasa apa? NAK MUNTAH OI! Apa masalah korang? Jadi kat situ dah timbul perasaan. Macam mana nak percayakan korang. Kat belakang aku pun tak mustahil korang cakap buruk jugak pasal aku.

Dari situ, aku mula muhasabah diri. Sentiasa menjaga aib diri sendiri. Tak payah la nak cerita sangat masalah atau problem korang kat orang. Cuba usaha to put your trust on Allah. Fully depend on Allah. Ada masalah apa ceritalah pada Allah. Letak lah Allah sebagai yang utama. Aku pun masih terhegeh-hegeh lagi mencari arah menghadap Allah. Sebab kita nama manusia. Janji dengan diri sendiri pun tak boleh pakai apatah lagi janji kita dengan orang lain? Aku masih lagi berkawan dengan mereka tapi aku letak barrier. Ada benda aku boleh cerita dan ada benda aku tak boleh cerita. Aku keep it to myself and Allah. Yang penting, jaga aib kita dan jaga lah aib orang lain. InsyALLAH, dalam kita menghadapi kesukaran, Allah akan bantu kita dengan izin Nya.

To my friends, kalau kau anggap aku dah berubah. Aku minta maaf. Aku usaha untuk berubah kearah kebaikan. Doa aku untuk korang tak pernah lekang dari hati dan mulut aku. Allah sentiasa bersama kamu. Semoga Allah berikan Hidayah kepada kita dan Rahmat Allah sentiasa bersama kita. Al-Fatihah untuk diri kita yang dahulu.

Yang benar,
LM

– lata mangeshkar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit