Sahabat dan Musuhku

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin, aku ucapkan jika kisah aku ni disiarkan. Luahan aku mungkin tidak sehebat kisah-kisah confessor yang lain tapi mungkin dengan cara ini, semua benda yang aku tanggung selama ini akan berkurangan.

Saat aku menaip ini, aku baru sahaja diserang panik attack. Aku menaip sambil aku rasa takut untuk baring semula dan untuk tidur. Tadi disaat semua orang dibuai mimpi indah, aku terjaga. Aku rasa badan aku lain. Nafas aku jadi tak puas. Bagai ada sesuatu yang tak boleh nak lepas. Kepala aku rasa tegang. Aku jadi tak keruan. Yang aku fikir aku ingin ke hospital. Dan aku tahu jawapan doktor tetap sama bahawa aku sihat dan tiada apa yang akan berlaku atas diri aku.

Jika sebelum ini, walaupun jam pukul 4 pagi aku akan kejut parents aku untuk ke hospital. Tapi hari ini aku tak kejut mereka. Aku tried hard untuk tenang. Aku takut sangat masa tu. Mungkin tika aku menaip ini, keadaan mula okay dan tenang bagi aku. 7 tahun aku dah berkawan dengan sakit ini, setahun aku teruk kena dan 4 tahun dia under control dan sekarang aku dalam fasa setback.

Kadang- kadang aku rasa aku kuat dan cukup kuat tapi sebenarnya bila panik attack itu datang aku sebenarnya kalah. Dua kali aku refer phsyciatric dan masa teruk dulu, psy bagi ubat penenang xanax, aku makan dan boleh dikatakan ianya memang berkesan untuk aku tenang dan tidur. Bila dalam fasa setback aku refer semula psy, aku jadi takut nak on xanax semula. Lemahnya aku rasa diri aku sekarang.

Bila orang tanya apa yang aku fikirkan sebenarnya, aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Yang pasti hari- hari aku takut dan berfikir macam-macam perkara. Hari-hari aku bayangkan kematian yang akan jadi pada aku. Aku tidak boleh ada rasa lain pada tubuh badan aku, pasti aku jadi takut dan terfikirkan sakit kronik. Bila aku cuba keluar untuk hilangkan rasa takut, aku tak boleh. Bila aku rasa simptom anxiety atau panic attack tu datang, aku jadi tiada mood. Selalu aku akan rasa seperti nafas tak puas, rasa macam ada benda yang tak lepas bila bernafas. Aku selalu fikir yang akan jadi sesuatu yang buruk pada aku.

Kadang-kadang aku menangis. Menangis sebab aku rasa aku tak kuat untuk lawan. Aku rindukan kehidupan aku yang dulu. Pesanan aku, jika kita bangun dari tidur tanpa ada kerisauan , anda bertuah. Bersyukurlah. Aku penat. Penat otak. Hari-hari berfikir non stop. Bila aku cerita kat orang, orang akan cakap semua orang ada anxiety. Yes memang. Tapi level anxiety yang membezakan. Normalkah anxiety aku dan kawan-kawan aku yang alami benda yang sama macam aku bila kitaorang terpaksa makan ubat untuk hilangkan rasa takut?

Mungkin normal anxiety takkan rasa simptom2 yang macam kami rasa. Pernah rasa tiba2 terjaga dari tidur, rasa takut , rasa macam nyawa nak kena tarik, rasa macam sesak nafas? Dan lagi satu, aku cuma nak cakap, janganlah kata aku ni tak kuat iman sebab tu jadi macam ni. Aku ikutkan sangatkan hati fikiran. Kalaulah aku boleh kawal, aku dah kawal dah. Kalaulah aku boleh bawak keluar perasaan takut aku ni, dah lama aku akan okay.

Sebenarnya ramai yang ada rasa macam aku rasa, ramai tapi semua tak didedahkan dengan sakit ni. Jadi please. Sesiapa yang pernah rasa macam yang aku rasa tapi buntu apa puncanya, please. Jumpa doktor dan ceritakan. InshaaAllah, Allah akan bantu.

Aku berharap kepada yang membaca confession ni, doakan aku. Doakan aku kuat semangat untuk lalui kehidupan aku. Doakan aku supaya rasa ini hilang dari kehidupan aku. Semoga Allah merahmati kalian.

– NH

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *