Assalamualaikum dan hai. Nama aku intan (bukan nama sebenar). Hari ini aku nak menceritakan tentang story life aku. Ini memang kisah benar dan berlaku sendiri pada aku. Tujuan aku tulis confession ini bukan nak mengaibkan dia(kawan aku) tapi sekadar pengajaran buat semua.
Aku ada seorang kawan, nama dia nina. Nina ni memang aku boleh kata dialah bff aku kat tempat belajar aku nih. Sebab dia selalu ada masa aku susah. Sampailah ada at one time kami decide untuk duduk serumah dan nina ni jadi housemate aku. Mula-mula, aku tak percaya nina ni perangai dia macam ni tapi lama-lama bila dah duduk sekali baru aku tau.
Nina memang selalu buat hal di rumah tu. Bukan setakat aku je yang banyak tahan dengan perangai dia, tapi housemate lain pun bengang jugak lah dengan si nina ni. Nina ni jenis yang aku boleh kata dia ni pemalas. Sebab kalau bab bilik, aku je yang selalu kemas. Habis bersepah balik kalau dia ada, memang jaranglah si nina ni nak kemas. Habis jugaklah dapur tu bersepah sepah kalau dia yang masak, basuh pinggan pun malas, tak pasal2 semua kesalahan dia, aku ni dipersalahkan sekali.
Okay. Bab kat atas tu aku boleh tahan lagi tapi bab yang aku tak boleh tahan bila nina ni dah start bawa masuk lelaki dalam rumah sewa kami. Memang naik angin lah aku dgn housemate yang lain. Macam ni ke kawan, tak fikir keutamaan kawan lain dan selamba je bawak masuk laki tu. Dan memang masa tu aku dengan nina ni gaduh besar la. Tapi beberapa hari lepas tu, kami berbaik semula. Yelah sebab nama kawan kan. So, aku maafkan lah dia ni dan aku bagi warning kat dia supaya jangan ulangi lagi.
Sampailah ada satu masa, aku terdengar yang nina ni bercakap dengan boyfriend dia dalam phone, tapi percakapan dia ni pelik. Sebab dia ni seolah olah macam ada 2 watak. Sangat pelik. Tapi aku pun masa ni masih husnudzon lagi lah konon. Sebab fikir atas nama “kawan”. Hinggalah satu malam ni, aku terdetik hati nak buka phone nina ni masa dia dah tidur sebab nina ni memang kasitau aku password dia. Tapi tu lah,org yang licik ni pun kadang kadang kalah jugak. “Bluppppppp!!! “Mmg telan besar air liur aku bila aku terbaca conversation nina dengan boyfriend dia. Ya Allah.. Subhanallah… Nak menangis rasanya. Hancur luluh hati aku bila dapat tahu member sendiri buat taik dengan aku. Mmg betul tekaan aku selama ni. Nina memang ada 2 watak, dia menyamar jadi aku dalam conversation dia dengan boyfriend dia. Macam2 dia cakap dalam conversation tu seolah olah aku yang pegang phone nina dan chat boyfriend dia. Tak guna punya nina! Selama ni aku percaya kat dia tapi kenapa dia sanggup buat semua ni???
Masa tu, memang dalam hati ni rasa nak jerit je. Aku pun scroll je lagi untuk cari lagi bukti. Yes! See? Aku dah jumpa lagi. Tapi kali ni lagi sadis nasib aku bila aku sendiri dapat tau nina ada send banyak gambar aku ” free hair” kat boyfriend dia. Allahu. Apa semua ni? Mana dia letak maruah aku sebagai kawan dia.. Time ni memang aku dah tak tahan sampai aku nangis peluk bantal sebab rasa takut dengan nina ni sendiri. Aku betul2 tak sangka dia boleh buat semua ni. Aku memang bertudung dan tutup aurat. Sikit pun aku tak pernah dedah aurat aku dekat mana2 lelaki. Aku sedih. Ya, sebagai kawan..aku sedih..sedih sebab diperlakukan macam ni. Aku banyak lagi dengar dan tahu pasal buruk nina ni. Aku pernah terdengar voicenote boyfren dia kat phone dia “intan, kau jgn lupa intan apa yang kau dah janji dengan aku”. Persoalannya, apa yang aku dah janji dengan dia? Aku tak taulah apa lagi yang dia duk fitnah dan buat cerita pasal aku ya Allah. Aku pun pernah dengar nina ni menyamar jadi aku masa otp dengan boyfriend dia. Dia buat2 suara dia macam suara aku. Lepastuu nina ni kerap sangat duk gurau, “intan aku nak jual kau” kalau sekali dua aku boleh anggap gurau tapi kalau dah selalu. Kau rasa? Nina sebenarnya ada niat tak baik dekat aku. Aku tau dan aku pun pernah dengar nina ni ckap pasal dadah dengan boyfriend dia. Scary sangat. Serius aku takut. Sebenarnya boyfriend nina ni memang suka kat aku tapi aku tak pernah layan dia sebab aku hormat nina sebagai kawan aku dan aku pun masa tu dah ada boyfriend. Sikit pun aku tak suka boyfriend dia. Aku buntu. Aku takut dengan nina. Sampai sekarang pun aku tak cerita pada sesiapa sebab aku takut orang tak percayakan aku.
Sejak daripada kes tu, aku ambil keputusan dan dah banyak jauhkan diri daripada nina dan keluar dari rumah tu. Cukuplah selama ni aku jadi mangsa penipuan dia, nina banyak tikam belakang aku, banyak memperbodohkan aku. Dan disebabkan perbuatan dia, aku dah tak rapat dengan mana mana kawan aku sebab aku takut untuk percaya sesiapa. Sekarang ni, setakat kawan biasa setakat dalam kelas je aku boleh, kalau nak jadi macam dulu..Nak mimpi seribu kali pun takkan pernah terjadi. Sebab setiap kebaikan yang dia buat pada aku sekarang susah untuk aku terima dan percaya. Sebab dia sendiri yang dah goyahkan kepercayaan aku terhadap dia. Nina beruntung sebab dia dapat kawan macam aku yang tak pernah tinggal dia masa susah, tetap kawan dengan dia walaupun dia dah buat taik dekat aku banyak sangat, dan dia sepatutnya bersyukur sebab kalau kawan lain mungkin dah sampai report polis dan ambil tindakan. Tapi aku memilih untuk berdiam sebab aku tahu keluarga dia bukan orang senang. Kalau aku ambik tindakan atas dia, memang silap2 kes ni jadi besar sampai dia sendiri akan dibuang kolej. Aku taknak semua tu berlaku.
Satu je, aku harap korang yang dah baca cerita aku ni jadikanlah ia sebagai teladan dan pengajaran. Jangan mudah percaya pada perwatakan yang nampak baik sebab kadang kadang kita sendiri tak sangka boleh diperlakukan macam ni. Dan yang paling penting, sentiasa berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Jangan simpan dan pendam masalah sorang2 macam aku ni. Ada perkara perlu cerita dekat family, bukan pada kawan kawan. Aku cuma minta korang semua doakan kawan aku nina ni supaya dia berubah dan tak berkelakuan macam tu lagi. Perempuan ni bila dia dah kawan dengan laki mulalah lelaki ni ajar benda yang bukan bukan. Sebab tu perempuan jadi jahat. Tapi cakap ni bukan aku tujukan pada semua lelaki sebab ayah aku pun lelaki. Cuma inilah realiti kehidupan. Hati kena kental ya kawan kawan. Sekian dari aku…
-Intan Nazirah-
23 April 2018
– Intan Nazirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit