Sahabat Saya Yang Mewah

Assalamualaikum kepada pembaca semua. Disini saya ingin kongsikan keresahan hati saya mengenai sahabat saya. Saya bertemu dengan sahabat saya hampir 20 tahun lebih ketika alam persekolahan…

Kami seramai 6 orang sudah seperti adik beradik berkongsi kisah suka dan duka… susah dan senang. Kami serasi dan sentiasa berhubung hingga kini walaupun sudah berumah tangga dan ada kehidupan sendiri.

Selepas habis pengajian sahabat saya X berkahwin dengan cinta hatinya Y yang juga merupakan rakan sekelas yang mana mereka bercinta sejak dari awal musim pengajian lagi.

Kami mengenenali Y luar dan dalam kerana Y juga rapat dengan kami. Dia sering menceritakan kepada kami kehidupannya yang agak sukar kerana suaminya (Y) hanya bekerja sebagai kakitangan badan beruniform kerajaan yang biasa.

Tapi kami memujuk biasa la adat baru berkhawin baru nak memulakan hidup. kami juga mengalami perkara yang sama. Sehingga kereta X di tarik kerana tidak mampu membayar.

Bila kami tanya, ini kerana gaji Y habis untuk membayar balik pinjaman loan yang diambil untuk perkahwinan.

Beberapa tahun kemudian X berpindah ke ibu kota mengikut suaminya Y yang di tukarkan di cawangan ibu kota. Semenjak itu kehidupan X sedikit berubah. Kehidupan X mula nampak mewah.

X mula berniaga sedikit-sedikit menjual apa yang viral pada masa itu. Kami juga berniaga secara sambilan tapi masing-masing menghadapi masaalah modal. Biasalah berniaga kecil-kecilan ni.

Tetapi X nampaknya mengeluarkan modal yang besar dan dia seperti tidak kisah perniagaanya tidak untung dan balik modal.

X juga membeli kereta baru kerana sahabat kami Shila membeli kereta baru.. tetapi X membayar separuh dari pada harga kereta tersebut secara cash.. kami tergamam.

X juga membeli sebuah rumah second hand tanpa berfikir panjang kerana saya dan Aimi membeli rumah.

Tetapi X membelinya tanpa membuat pijaman dan rumah tersebut di sewakan dengan kadar yang murah. X juga ada melabur dalam satu perniagaan dan mengeluarkan modal sebanyak 50k dan X di tipu pelabur tersebut dan duit tersebut hangus tetapi X seperti tidak kisah saja.

Pada tahun 2015 kami berenam bercuti bersama. Kami membawa potluck masing-masing dan X membawa macam-macam juadah yang di beli secara berlebihan.

Bila sahabat saya Aimi berkata, “banyaknya duit X ni.. beli macam-macam sampai tak habis dan terbuang” dan ketika itu sahabat saya Shila membuka satu rahsia.

Rakan sekelas kami (Dani) ada menghubungi Shila yang mana Dani bekerja sebagai pegawai SPRM memberi amaran agar memberi nasihat kepada X & Y untuk tidak mengambil rasuah kerana nama Y sudah tersenarai dalam senarai orang yang di perhatikan.

Kami berenam amat terkejut tapi mengambil keputusan tidak mahu masuk campur.

Selepas beberapa bulan Y di pindah kan kecawangan lain. Ketika itu kehidupan X & Y nampak agak sukar. Tidak lama selepas itu Y sekali lagi di pindahkan kecawangan lain yang agak jauh sedikit. ketika ini kehidupan X & Y kembali mewah.

Ya… sangat mewah kalau nak dibandingkan dengan gaji Y dan perniagaan online X yang sekejap niaga sekejap tak berniaga tu.

Kami bukan lah kawan yang jenis suka selidik kehidupan X tapi X adalah seorang yang suka menunjuk -nunjuk di laman sosial & group wassup kami.

Antara barang mewah yang di beli oleh X tanpa berpikir panjang adalah membeli beberapa utas rantai emas ketika bercuti ke pantai timur.

Membeli set katil rekaan sendiri yang berharga lebih daripada 8k.. membeli set basikal berjenama yang mana basikal tersebut hanya di gunakan sekali sahaja.

Membeli barangan elektrik yang viral yang mana X langsung tidak menggunakanya dan banyak lagi jika di senarai satu-satu boleh mencecah puluhan ratus ribu ringgit.

Pada awalnya kami selalu bersangka baik kerana X adalah sahabat kami. Tapi kami sudah tidak boleh bersangka baik kerana X seperti ada pokok duit didalam rumah dengan cara dia berbelanja.

Sentiasa makan ditempat mewah pakaian berjenama beg berjenama yang sentiasa bertukar ganti malah kepala paip yang rosak pun dia menukarkan nya dengan kepala paip yang berharga RM200 tanpa berpikir panjang dan itu ada lah rumah sewa!

Tetapi X sering mengadu barang-barang yang dibeli selalu cepat rosak.

Motorsikal berkuasa besar yang di beli Y sempat di guna sekejap saja kerana Y mengalami kemalangan jalan raya dan motorsikal tersebut total lost. Kereta kedua yang di beli secara cash juga sering rosak dan mengalami kemalangan jalan raya.

Kini setelah beberapa tahun berlalu kehidupan X masih mewah dan X semakin menunjuk-nunjuk. Jika ada di antara kami yang teringin beli sesuatu. X pasti beli juga dan lebih mahal.

X juga sering berpindah rumah sewa kerana banyak masaalah samaada masalah rumah tersebut atau masaalah tuan rumah tersebut.

X pasti mencari rumah mewah seperti kondo dan teres di kawasan elit. Setiap kali berpindah rumah X akan menukar perabot baru dan membeli di pusat perabot terkenal.

Kehidupan rumah tangga X dan Y juga sering di landa badai.. Anak-anak X juga agak kurang sopan dan tidak mendengar kata. X sering mengadu dan akhirnya saya memberi nasihat kepada X. Tetapi X marah dan memaki saya di laman sosial.

Saya sangat sedih… beginikah berakhirnya hubungan kami yang kami jaga selama bertahun-tahun. Sifat X sangat berlainan ketika berlajar dulu. X sangat sopan,naif dan lembut. Kini X cepat marah dan tidak boleh di tegur.

Oleh kerana itu kami bersepakat untuk tidak memberi nasihat kepada X tentang rasuah untuk menjaga hubungan baik kami yang sudah bertahun terjalin ini. Tapi kami semua takut kalau Y tertangkap. Bagai mana kehidupan X dan anak-anak.

Jadi setiap kali ada kes tangkapan rasuah di media sosial kami membincangkan di dalam group dengan harapan X tersedar dan insaf. Tetapi nampaknya X masih seperti itu dan dia langsung tidak memberi respon juga sering menukar tajuk.

X masih seperti itu. Kami jadi tidak selesa kerana X sering memberi macam-macam hadiah kepada kami.

Saya tidak pasti samaada X betul-betul ikhlas atau ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya. Tetapi saya amat berat hati menerima barang-barang tersebut kerana saya tidak pasti duit X datang dari mana?

Setiapkali X memberi kami hadiah atau berbelanja (dia sering berkongsi di laman sosial) kami akan mengira jumlah perbelanjaan X pada hari itu.

Setiap Hari X akan berbelanja mewah walaupun sekadar barang runcit, X akan membeli di pasaraya bukan di kedai aceh seperti kami.

Saya menghadapi dilema ketika X ingin memberikan saya macam-macam setiap kali berjumpa. Sejujurnya saya tidak mahu barang-barang tersebut. Saya hanya mahu X yang dulu.

Saya sangat rasa berdosa kerana saya seolah-olah bersetuju dengan perbuatan X. Saya sangat sedih sebagai seorang sahabat bagaimana nasip X kalau lah Y tertangkap.

Bagaimana nasib anak-anak X? Dan jika Y terselamat… sampai bila X mahu makan duit haram tersebut? Saya selalu berdoa agar X cepat tersedar dan insaf sebelum terlambat.

– Habsyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *