Sahabat Selama-lamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmatNya.  Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Aku hanya ingin berkongsi cebisan cerita antara aku dan dia.

Cerita mengenai sahabat baik aku. Kami berkawan sejak sekolah rendah dan pada penghujung persekolahan antara darjah 5 dan 6 kami bercinta haha rasa kelakar bila teringat kisah cinta monyet alam persekolahan. Dia selalu datang rumah aku tapi bukan jumpa aku, dia bual dengan kakak aku huhu sebab aku pendiam. Paling best time birthday aku, banyak hadiah yang dia bagi siap ada cincin dengan gelang lagi hihi.

Okay sambung zaman sekolah menengah. Kisah cinta kami tergantung disini sebab kami lain kelas and dia ada bagitau aku dia takut dengan cikgu and segan dengan aku. Tapi yang sedihnya dia ada kekasih lain time sekolah menengah ni . Sobsob.. Dia kata awek tu yang usha dia.. konon hot lah tu, hahaha
Tup tap tup tap.. habis zaman sekolah menengah. Aku sambung belajar di universiti dan dia ambil kemahiran.

Satu hari aku dapat friend request from dia kat Facebook. Excited sangat time tu. So, kami berhubung semula and flashback kembali apa yang terjadi sebenarnya dan akhirnya kami decide untuk jadi kawan baik. Aku sayang kau kawan, aku sayang persahabatan kita.  Tapi masa ni pun dia ada orang lain. Dia selalu cerita kisah hidup dia pada aku. Masalah dia dengan awek dia. Plus, aku memang baik dengan family dia especially kakak dia. Selalu time raya memang pergi rumah dia dan dia pun pergi rumah aku. Kitorang jarang berhubung and berjumpa tapi kalau jumpa cerita lah semua kisah hidup aku dan dia.

Okay masing-masing teruskan hidup seperti biasa and aku habis belajar diploma. Then, aku nak sambung degree and kami berjumpa sebelum aku pergi belajar. Kami pergi makan bersama ada kakak aku juga. Aku memang rapat dengan kakak aku huhu and selalu keluar bersama.  Dia cakap kat aku, ada something dia nak bagitau aku tapi tunggu balik nanti.

Aku rasa tak sabar, agaknya apalah yang dia nak bagitau tu. Aku asyik tanya je masa dalam kereta haha. Then, sampai rumah and dia cakap something yang buat aku terkelu. Aku tak tahu whether feel something or nothing. Mungkin time tu dia masih ada rasa cinta pada aku. Tapi sedangkan pantai pun boleh berubah inikan pula hati manusia.

Masa berganti masa dan aku tahu walaupun kami kawan rapat tapi jauh disudut hati aku masih sayang pada dia lebih daripada seorang kawan. Dia kawan rapat lelaki yang aku ada sebab aku memang tak ramai kawan and introvert. Dia layan aku dengan baik. Seorang yang sangat rasional and make me feel like “wanita terbahagia didunia”. Kawan untuk semua itu aku ucapkan terima kasih. Then, one day aku tak tahu kenapa tiba-tiba dia block fb aku and aku pun decide untuk move on dan lupakan dia.

-16 May

Aku terpaksa call dia sebab ada urusan dengan kakak dia. Aku call kakak dia tapi tak dapat, so aku call dia. Aku ingatkan dia tak nak angkat , dia angkat rupanya.

-24 May

Aku tertidur masa siapkan kerja dan assignment. Penat sangat time tu sampai terlelap dan time tu bulan puasa. Aku tidur sekejap je tapi aku termimpikan dia dan mimpi tu macam real dan memang real. Aku terus whatsapp dia tanya kenapa block fb aku. Dia cakap bukan dia yang block tapi Ex girlfriend dia yang buat and dia tak tahu pun.

-28 May

Ada whatsapp masuk dari dia. Dia tanya aku bila balik ganu?sebab aku tengah cuti midsem. Then, dia ajak aku berbuka puasa kat luar. Aku tak pandai drive, so dia amik aku kat rumah. Sebelum pergi cakap kat ayah nak keluar dengan dia. Ayah kata hai keluar dengan kekasih lama?haha. . aku cakap haha mana ada kawan baik lah kan kawan dari sekolah rendah hihi.

Tunggu-tunggu, then satu kereta masuk dalam rumah, okay dia datang dengan kereta baru. Kereta idaman dia yang dia pernah bagitau aku sebelum ni. Dia cakap aku perempuan pertama yang naik kereta baru dia. Terharu rasa. Sepanjang perjalanan pergi balik banyak kami cerita kisah hidup kami berdua. Dia tahu aku suka dia lebih dari seorang kawan tapi dia cakap biar takdir yang tentukan segalanya.

-9 September

Dia whatsapp aku sebab nak tanya satu soalan. “Kau pernah buat istikharah? and apa doa dalam sujud terakhir aku.

-10 September

Ada satu whatsapp panjang masuk dari dia. “I want to tell you something . I don’t know how to talk but I must tell you. Aku anggap kau tak lebih dari seorang kawan….. and at the end of the sentence he said “sorry about this and i hope you can understand”. Perasaan aku? Pandai dia susun ayat tak terguris sikit pun perasaan aku. Aku sedar aku silap and selfish sebab kita tak boleh paksa orang untuk cintakan kita. Terima kasih sahabat untuk rasa yang pernah hadir dalam diri ini. Aku tahu ia sekadar rasa dan akan pergi begitu saja. Aku hormat keputusan dia.

Tapi semalam aku teringat pada dia. Aku stalk Facebook dia. Menitis air mata. Dia sedang berusaha capai cita-cita dia nak beli rumah, berhenti merokok and jadi lebih baik. Aku tahu kau bukan jenis sembang kari tapi sembang sampai jadi. Dia ajar aku tak ada yang mustahil dalam dunia ni. Terima kasih sahabat kau banyak ajar aku erti kehidupan. Maaf kerana masih menunggu kau, maaf kerana rasa cinta ini. Ingat tak semestinya rindu, dan suka tak semestinya cinta.

Aku rindu kau dan persahabatan kita. Terima kasih untuk segalanya. Mungkin kita sekadar berjumpa di perjalanan hidup bukan untuk ke destinasi bersama. Tapi kenangan bersama tetap akan terpahat dalam sanubari sampai bila-bila. Impian aku semoga kau capai segala imoian dan cita-cita kau. Aku selalu doakan untuk kau dan aku harap aku dapat berjumpa lagi dengan kau sebelum aku pergi tinggalkan dunia ni. Sahabat lama selama-lamanya.

– Aishiteru

Hantar confession anda di sini -> www. iiumc. com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *