Sahabat Solehah

Assalamualaikum semua. Takpe ke kalau bukan warga IIUM nak share sini ni? Janji ada kawan study sana dan pernah sampai sana hampir 10 kali, ok lah dak? Hehe. Nak share tentang seorang sahabat saya ni.

Boleh dikatakan kalau letak dalam novel, dia boleh jadi watak utama. Bagi saya, memang dia ada pakej lengkap. Cantik, peramah, baik hati, menghafal Quran dan lain-lain (tapi dia dah isteri orang, okay).

Saya memang agak rapat dengan dia dan adalah dalam kalangan orang sekeliling kami yang kurang sukakan dia sampai tahap buat sesuatu yang kalau tak sabar, rasa nak meletus mercun 10 das. Haha. Entah lah. Pelik jugak sebab for me, she is one of my segugus kunci untuk ke syurga.

Sebab apa? Sebab bila saya tengok dia, saya akan ingat Allah. Dan setiap kali kami jumpa, selepas sesi kongsi cerita dan rasa hati, saya dapat rasakan iman saya dicas kembali.

Saya dapat rasa ada kelebihan Allah bagi kat dia atau mungkin jodoh kami sebagai sahabat ni buatkan saya rasa macam tu meski orang lain tak merasa benda yang sama.

Dia sebenarnya lebih muda setahun daripada saya tapi kata-katanya buat saya sentiasa berfikir dan muhasabah. For me, dia sangat baik.

Pernah suatu masa, saya sangat kesempitan wang. Dah buntu sangat nak teruskan hidup dan nak minta dengan parents pun malu kot. Bila disenaraikan rakan yang ada, dia sahaja yang saya boleh buat tak malu cakap nak pinjam duit. Haha.

Dan tanpa syak wasangka atau ditunggu-tunggu, ASAP dia bank in. MashaAllah. Masa tu air mata saya berjurai-jurai dan dia siap cakap, “Bayar lah bila-bila pun.” Waktu saya bayar balik, dia siap tanya, “Awak ni cukup duit tak ni?” Allahu. Caknanya seorang sahabat ni.

Pernah dia berkongsi kehidupan dia sekarang dan tanpa sengaja dia terkongsi yang setiap hari dia akan pastikan baca 3 juzuk sehari.

Kenapa saya cakap terkongsi? Sebab point utama dia tentang benda lain dan dia sebut benda ni waktu tu sekadar sepintas lalu. Kalau tengah khayal fikir hal lain, memang tak perasan.

Waktu tu saya macam tersentap sebab saya jadi muhasabah balik diri saya. Terkadang sehelai muka surat sehari pun berat. Astaghfirullahalazim. Sombongnya saya kat Allah T.T Ya Allah, jangan jadikan aku seorang hamba yang sombong dan tak pandai bersyukur T.T

Disebabkan saya masih bujang (ni bukan promote diri ye. Haha), dia pernah sampaikan yang dia nak tengok saya kahwin sebelum ajal menjemput dia. Saya terkedu.

Dia cakap lagi dia doakan saya dapat lelaki yang baik, yang boleh bimbing saya untuk sama-sama masuk syurga. Berjurai lagi air mata ini.

Sebenarnya kan, kalau orang tu nasihat atau doa memang dari hati, inshaAllah sampai ke hati kita dan saya yakin dia ikhlas. Bayangkan orang doakan benda baik-baik macam tu kat kita. Siapa tak touching tak tau lah tu. Mohon istighfar banyak-banyak. Huhu.

Saya tergerak nak kongsi sebagai salah satu tanda saya memang hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Saya syukur sangat kat Allah sebab izinkan dia wujud dalam kamus kehidupan saya.

Dan saya harap kalau kalian ada sahabat macam ni, jagalah elok-elok dan kawanlah elok-elok. Zaman sekarang bukan senang nak dapat sahabat yang baik. Dan bukan setakat baik, bahkan bila kita tengok dia atau teringatkan dia, automatik kita teringatkan Allah.

Btw saya memang sedang mencari sebab umur dah elok sangat untuk nikah kan. Haha. And sometimes rasa macam tak nampak cahaya pun lagi ke arah baitul muslim, but rezeki masing-masing kan.

Allah dah kurniakan saya rezeki parents yang baik dan beberapa orang sahabat baik yang pendek kata banyak ingatkan saya tentang Allah dan singkatnya dunia. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Saya doakan semoga sahabat saya yang satu ni dan sahabat-sahabat saya yang lain bahagia dunia akhirat. Semoga Allah jadikan mereka ketua bidadari di syurga kelak. Mohon doa kalian semoga Allah temukan kami semua kembali di syurga. Aamiin :’)

– naksorga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sebenarnya sahabat yg baik, soleh atau solehah ini juga ada ‘syafaat’, utk tarik kita ke Syurga.. (dgn syarat, kita pon cuba sedaya mngkin utk taat perintah Allah & jauhi larangan-Nya..), saya pernah dengar ustaz ceramah; jika d Akhirat nt kita ditakdirkan ke Neraka, dan ada sahabat kita yg ke Syurga, maka dia akn meminta Allah masukkan kita bersama2 dia.., macam tulah lbh kurang.. so, kalau dah jumpa sahabat yg soleh (bgi lelaki), & yg solehah (bagi pompuan), jagalah dia baik2 dan klaw bole bersahabat lah dgn dia hingga akhir hayat, insha Allah dgn izin & rahmat-Nya, kita akan berjumpa dgnnya d Syurga.. aamiin YRA..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *