Assalamualaikum…. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di universiti dulu. So, macam ni dalam kelas saya dulu ada sorang kawan perempuan ni, Siti(bukan nama sebenar). Siti ni bagi saya sangatlah baik. Tapi lama-lama tak tau kenapa saya dan classmates semakin tak suka dengan perangai dia yang sangat mengada, contohnya, dia suka sangat bergurau tak bertempat sampaikan hampir semua budak kelas saya pernah marah dekat dia disebabkan perangainya yang bagi saya sangat clingy.
Tapi yang bagusnya dia tak pernah tinggal solat, maksudnya bila time solat je dia selalu volunteer nak jadi imamah, and even kalau dia bukak laptop pun dia akan bukak nasyid2 dan video islamik. Kami satu kelas ni start tak ambil kisah dengan kehadirannya, maksudnya bila dia buat apa2 tu kami abaikan je. Walaupun kami layan dia begitu , dia tetap tersenyum dan datang dekat kami. Sampailah satu hari, dia mengadu demam dan sakit kepala dekat saya. Saya macam hirau tak hirau je. Sehari lepas tu kami satu kelas dikejutkan dengan berita dia pengsan dalam bilik air dan dibawa ke hospital. Waktu saya dah mula rasa tak sedap hati dan timbul rasa bersalah dekat dia. Di hospital, dia dibawa ke zon merah dan tidak sedarkan diri. Kami satu kelas pergi melawat dia tapi dia masih tak sedarkan diri.
Keluarga dia yang dari jauh pun datang untuk melawatnya. Mak Siti yang seperti tau akan terjadi sesuatu dekat anaknya cakap kat kitorang untuk maafkan segala kesalahannya selama ni kalau dia ada buat salah. Kami dah start sebak dah waktu ni. Dalam hati kitorang, hanya Allah yang tau betapa rasa bersalah tu penuh waktu tu… :'( Doktor masih tak dapat nak kesan apa penyakitnya… Keesokan harinya, kami dapat mesej daripada mak Siti bahawa kemungkinan Siti untuk sembuh adalah tipis… Kami terkejut sangat kerana semua benda ni terjadi dengan tiba2 ja… Kami mengambil keputusan untuk pergi melawatnya sekali lagi kerana dia masih tak sedarkan diri sejak dibawa ke hospital.. Rupa-rupanya dia terkena jangkitan kuman kat otak and sekarang telah merebak ke seluruh badan.. Memang sedih sangat waktu kitorang melawat dia.. Dengan penuh wayar berselirat dekat badannya, dan sekarang dia hanya bergantung pada mesin je….
Tepat jam 4 petang , Siti telah kembali ke Rahmatullah.. Kami masih tak percaya kerana macam baru semalam kitorang jumpa dengan dia dan dia masih lagi tersenyum.. Rupa-rupanya sikap dia yang clingy selama ni merupakan satu petanda bahawa dia akan pergi untuk selamanya… Memang rasa bersalah sangat sebab kitorang tak sempat pun nak minta maaf atas perbuatan kitorang selama ni. Family dia nampak tabah sangat seperti redha akan pemergiannya dalam perjuangan menuntut ilmu. Sampaikan lecturer pun cakap yang cara salam dia hari tu memang lain sangat, tak pernah-pernah dia salam macam tu… Dia seakan tau bahawa dia akan pergi jauh… Sewaktu kitorang melawat jenazahnya memang Bau wangi sangat dan wajahnya seperti orang yang tengah tidur… Dan pada waktu tu memang cuaca mendung sangat… Dan memang ramai sangat sahabat-sahabat dan saudara-mara Siti yang menangisi pemergiannya… Betapa ramainya orang yang sayangkan dia…
Inilah sahabat saya yang bilamana kehadirannya kami abaikan dan sia-siakan tapi pemergiannya sangat-sangat kami tangisi dan rindui.. Saya rindu sangat dekat sahabat syurga saya ni… Rindu dengan telatahnya… Dia banyak sangat tolong saya…. Rasa bersalah sangat dekat dia …. Pemergiannya sangat tak disangka… So moral of the story, hargailah seseorang tu even perangai macam pelik sikit atau apa2, mungkin tu cara dia untuk dapatkan perhatian kita… Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari… Jadi berbuat baiklah sesama kita dan sebelum tidur kita maafkanlah semua kesalahan orang dan kita minta maaf dekat orang lain. :)
– Miss_Harum
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit