Sahabat Yang Aku Sanjung

Assalamua’laikum apa khabar semua. Lama rasanya aku tak menulis di page IIUM Confession ni.

Kalini aku nak bercerita tentang perihal seorang sahabat yang aku sangatlah akrab dan yang amat-amat aku sanjung dan hormat.

Btw aku seorang perempuan pertengahan 20-an yang masih berjuang dengan kehidupan ni huhu.

Okay berbalik kepada topik asal aku, aku nak kenalkan korang dengan seorang kawan aku ni, aku namakan dia dengan N. N ni bagi aku serba serbi hidup dia lengkap.

Memang segala-galanya aku nampak Allah bagi dekat dia ni. N seorang yang sangatlah cantik, soft spoken, baik sangat-sangat, suka tolong orang, muslimah, bijak, solehah and berkerjaya tapi masih single hinggalah sekarang.

Dia ni seorang junior doktor di salah sebuah hospital besar dekat satu negeri ni.

Untuk pengetahuan korang, kecantikkan dia ni aku boleh cakap out of 3000 kakitangan dekat situ dialah paling cantik and cun, dia ni susah sangat nak bukak mask di tempat kerja unless waktu solat jer.

Tapi korang bayangkanlah dia pakai mask pun almost semua mata-mata lelaki semua eyeing dia huhu.

Aku tawla sebab aku ni kawan rapat dia dari zaman sekolah menengah and sekarang kami ditakdirkan kerja sekali. Kalau kami berjalan sekali memang tak dapat dinafikan semua mata lelaki-lelaki melekat dekat dia ni.

And dekat tempat kami kerja ni,ada seorang specialist situ, specialist ni pun menjadi kegilaan staff-staff perempuan dekat sini, specialist ni pun crush dekat dia hahah lol sebab senior mo aku tempat kerja yang reveal dekat aku huhu,

Padahal specialist tu dah ada anak bini lol sebab specialist tu pernah revealed dekat mo aku ni tapi aku tak pernah lah cerita langsung dekat si N ni sebab aku taw dia ni tak terkesan langsung dengan pujian.

Selalu sangat rasa rendah diri and sangat insecure nak bukak mask malu orang tengok muka dia, dia siap cakap muka dia tak cantik and flawless macam orang lain huhu lol benci aku dengan si N ni.

And korang bayangkanlah sepanjang kami jadi junior doktor dekat hospital besar ni N pernah cakap dekat aku seorang lelaki pun tak pernah approach dia.

Kadang aku pelik mungkin sebab dia ni cantik sangat and sangat-sangatlah pandai bawa diri tak senang bergaul dengan lelaki-lelaki, mungkin sebab tu ramai lelaki takut nak approach dia.

Si N pun seorang yang sangatlah jaga aurat dia head to toe huhu tak macam aku ni kadang culas pakai jer scrub atau tshirt pendek pergi kerja even elok-elok paras punggung jer tapi tidak bagi dia.

Memang baju-baju dia mostly paras lutut, loose dan seluar pun macam tu jugak tak pernah pakai yang fit langsung.

Bayangkan aku yang member rapat dengan dia pun aku jealous and envy dengan dia, bagi aku dia ni perfect di mata aku.

Tak cerita lagi hubungan dia dengan Allah. Sangat-sangatlah dia jaga. Kami ni serumah so aku mostly taw apa rutin dia selalu buat dari sekolah menengah lagi.

Dia ni dari sekolah menengah tak pernah tinggal langsung bangun malam. Aku ingatkan bila sibuk kerja doktor ni mungkin susah untuk buat amalan ni kan tapi tak bagi dia.

Aku selalu tidur lewat malam-malam waktu aku cuti kadang sebab aku layan netflix berjam-jam dan memang depan mata aku dia bangun solat malam.

Aku yang curi-curi tengok dia sebab dia tak pernah reveal dekat aku pasal ibadah dia dari sekolah menengah lagi. Dia ni jenis tidur awal lepas isyak and bangun 3,4 pagi pastu sambung tidur and bangun waktu subuh.

Bayangkan orang yang taktaw dia punya lifestyle memang ingat dia bangun sama macam orang lain la waktu subuh padahal dia dah bangun malam tu.

Memang aku admit yang amalan dia ni buat aku insaf sejenak dengan lifestyle aku kadang aku cuba jugak bangun malam macam dia buat.

Macam panjang berjela pulak kan aku cerita ni. Okay aku sambung lagi ye.. N ni despite semua yang Allah dekat dia macam perfect ada satu ujian yang sangatlah besar yang dia sembunyi dan rahsiakan pada orang lain.

Dia ni dari sekolah menengah diuji dengan disihir, sampailah dia masuk asasi, universiti and even sekarang waktu bekerja ni. Dia suffer lebih pada 10 tahun. Almost setiap bulan dia pergi dapatkan rawatan.

Korang bayangkan even dah berubat habis dah pun dia pernah cakap dekat aku ada ustaz cakap orang yang pernah disihir ni badan dia akan ada bekas lompong tu,

So even dia pergi tempat-tempat yang orang letak pengasih ke apa ke yang berkaitan dengan ilmu hitam tu dia memang akan terkena tempias dia.

Aku kesian sangat-sangatlah dekat dia ni dengan ujian besar dia ni.

N pun pernah cakap dekat aku one of the reason dia tak nak kahwin and bukak hati dekat mana-mana lelaki sebab nilah dia cakap.

Dia cakap ada ke lelaki yang boleh terima dia sebab benda ni sebab dia kata benda ilmu hitam dan sebati dalam badan dia dah and dia perlukan rawatan seumur hidup.

Last but not least, actually kami berdua bakal menamatkan tempoh 2 tahun menjadi junior doktor ni soon and aku bakal menamatkan zaman bujang aku in sya Allah lagi sebulan.

Masalahnya dekat sini aku sedihhh sangat nak berpisah dengan dia ni sebab nanti kami akan dapat placement masing, tak tahu mungkin dapat negeri berasingan, macam aku ni aku akan ikut bakal suami aku nanti la.

Ya Allah beratnya hati aku nak berpisah dengan si N sahabat dunia akhirat aku ni.

One of the main reason aku buat confession ni aku nak mintak doa dari korang semua.

Mohon doakan si N bebas dari penyakit ghaib and hasad dengki orang dekat dia and doakanlah dia dapat jodoh yang soleh, baik akhlak and budi pekertinya,

Boleh terima dia seadanya, dari keturunan yang baik-baik and yang paling penting hensemmm macho ameeen sebab dia ni lawa cantik giler aku pun crush insecure dekat dia lol.

Okaylah komen yang baik-baik ye thank you ><

– Mawar hitam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *