Assalamualaikum, firstly aku minta maaf, aku tak pandai karang. Tapi aku terasa hati sangat sebab tu aku taip confession ini.
Ini adalah confession berkaitan best friend forever aku. Aku nama kan dia sebagai Ayu. Aku dengan Ayu sebaya bff sejak dr umur 10 tahun. Sekarang aku dah 35 tahun.
25 tahun dah kami jadi kawan baik. Aku sayang Ayu sangat2. Walaupun macam2 dia buat kat aku. Aku selalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia. hmmm.. tapi sekarang aku terasa sangat2 dengan dia.
Macam mana ya aku nak start cerita. Aku dengan Ayu kawan baik dari sekolah sampai habis sekolah. Kerja pun sama syarikat. Kami couple pun dengan kawan baik macam kami jugak. Jodoh dia cepat dengan couple dia tu aku namakan Fariz, couple berapa bulan aje dah kahwin.
Aku pulak masa tu masih lagi couple dengan Adam. Lepas kahwin dengan Fariz, Ayu berubah gila. Sombong sangat dengan aku. Walaupun kami kerja sama tempat tapi department lain2. Jadi memang jarang berjumpa di tempat kerja. Tapi lepas kahwin Ayu berubah.
Sekali tu lepas habis kerja aku keluar makan dengan Adam, aku singgah rumah Ayu dulu kebetulan satu jalan saja (ayu baru pindah rumah masa tu). Fariz panggil Ayu keluar, Fariz jemput kitaorang masuk dan borak2 dengan Adam, Adam tak nak masuk dia duduk atas moto dia aje.
Aku pun park la moto aku nak masuk rumah diorang. Tiba2 Ayu keluar dari rumah and cakap diorang nak keluar sekejap lagi. Aku pun cakap owh ye ke tak pe la. Kitaorang saje saja nak gi makan laksa kebetulan singgah. Pastu aku ajak Adam Blah.
Aku pergi makan Laksa pergi ronda2 dekat dua jam lebih takde plak aku Nampak si Ayu ni keluar pun. Lepas kejadian tu aku tak pergi dah rumah dia dah kecuali kalau dia jemput tapi dia tak pernah jemput aku pun.. huhuhu..
Lagi satu masa dia pregnantkan anak sulung, aku tahu pun dari mulut kawan2 lain. Sepatah pun dia tak cakap kat aku. Sedih weii.. sebab aku bff dia. kitaorang ni rapat gila dulu masa sekolah makan pun satu pinggan tido sebantal. Aku selalu tido rumah dia. Kenapa Ayu buat aku macam tu.
Macam aku ni orang ketiga. Lepas kahwin Ayu berubah sepenuhnya. Lepas dia lahirkan anak dia, aku sambung belajar kat KL habis belaja aku terus dapat kerja kt KL jugak. Kalau aku balik kampung ade la aku pergi melawat Ayu.
Sampai la Ayu pregnant anak ke 2. Dia ada masalah dengan husband dia. Aku la tempat meluah. Dengan aku dia pinjam duit beribu jugak la. Monthly aje aku bank in kat dia 200/300. Alhamdulillah rezeki aku tak pernah putus masa tu. Sebab dia takde duit nak beli susu anak.
Dia bekerja, Fariz tak keje masa tu. Aku ikhlas pinjam kan. Sebab dia bff aku. Jodoh Ayu dengan Fariz tak panjang diorang bercerai. Ayu struggle sangat dengan dua anak memang aku banyak tolong dia masa tu. Semua hutang aku tu. Sampai sekarang Ayu tak pernah bayar sesen pun.
Even bila dia ada duit. Dia boleh joli sakan. Ada time aku susah aku perlu duit aku cerita kat dia berbasa basi la aku cakap. Aku tengah struggle sekarang ini duit pun takde. Dia boleh buat bodo saja. Aku redha saja la. Masa aku pinjamkan duit tu memang aku sebut macam ni kat dia.
Aku bagi pinjam ni nanti ada duit bayar la, kalau memang takde duit takpe aku halalkan. ( kalau dia ada duit pergi bercuti bagai,beli emas gelang coco tu sampai 10k tu, kira dia memang takde duit ke macam mana ye?)
Aku stay kat KL dalam 8 tahun macam tu. Lepas tu aku balik kampung dan kahwin dengan Adam. Aku pindah duduk asing dari parents aku lepas kahwin. Aku tengok Ayu macam cemburu aje dengan aku dan Adam. Entah.. mungkin perasaan aku kot. Masa ini Ayu jarang meminjam dah.
Sebab commitment dia bulanan da stabil. Ayu ni lagi satu perangai dia, dia Suka nak lepak rumah aku kadang tu dia balik kerja pukul 7 dia lepak sampai 12 malam. Ayu tinggal dengan parents dia lepas cerai so anak2 semua mak dia uruskan. Adam pulak tak suka.
Adam Cakap tak selesa, bila ade Ayu kat rumah. Nak lepak baring tengok Tv pun susah. Pastu Adam cakap nak ajak makan luar pun susah sebab bila kitaorang cakap nak dinner luar. Ayu pun cakap nak ikut jugak. kalau tak aku akan masak,
Ayu akan join kitaorang dinner sekali. Kelam kabut jugak aku kadang2 sebab aku pun balik kerja pukul 7. Adam pun balik pukul 7. Ada masa tu Ayu lagi awal sampai tunggu depan rumah aku.
Ayu ni lagi satu kalau dia off day dia selalu hantar makanan kat rumah aku. Ayu hantar makanan dia mesti akan Tanya sedap tak, ok tak.
Adam suka tak. Terus terang Adam sangat cerewet bab makan. Dia hanya makan makanan yang aku masak. Kalau beli pun specific kedai.
Dia memang tak kan makan kalau orang sebarangan masak. So selalunya aku akan cakap sedap masakan dia. Adam pun puji sedap Ayu masak walaupun tak. Aku tak makan pedas.
Adam makan pedas so dia rajin hantar jenis sambal. Which aku tak makan. Adam tak pernah sekali pun jamah makanan Ayu bagi. Selalu aku yang makan tapi aku tak makan sebab pedas sangat. Selalu aku letak peti takpun aku buang.
Tak lama kitaorang stay rumah tu dalam setahun, kami pindah duduk dekat dengan rumah mak aku. Lepas tu Ayu jarang datang dah. Sebab aku balik kerja aku dengan Adam pergi lepak rumah mak aku,makan situ baru balik.
So Ayu ada dua tiga kali wasap tanya aku kat mana aku cakap aku kat rumah mak aku makan nasi. Aku jemput dia datang makan sekali tak nak pulak dia datang.
Lagi satu perangai Ayu aku tak suka ni. Kami ada kawan2 sekolah ramai, selalu jugak la outing. Kadang2 diorang outing petang2 memang aku tak join sebab aku kerja. Kadang2 diorang outing time malam, aku tahu pun tengok kat status wasap Ayu. Aku Tanya kenapa tak ajak aku sekali.
Ayu cakap takut Adam tak bagi keluar. Aku diam saja lah. Sedangkan aku memang dah cakap dengan Ayu kalau outing malam bagitahu aku sama, sebab aku nak join jugak. Dia macam tak suka kalau aku ikut bila keluar ramai2. Means aku hanya boleh keluar dengan dia saja berdua.
Kalau dengan kawan2 lain tak boleh kira dia saja boleh kawan dengan kawan2 lain aku pulak kena kawan dengan dia saja. And kena ada dia jugak kalau nak keluar dengan kawan2 lain. Aku kalau nak kawan dengan kawan lain mesti melalui dia. lebih kurang macam tu la
Lama2 lepas Ayu menjanda Ayu berkawan dengan sorang mamat ni. Aku namakan sebagai Lan. Diorang pun berkahwin. Lan ni orang KL.
So Ayu berenti kerja dan pindah duduk KL dengan suami dan anak2 dia. 6 bulan saja hidup bersama. Lan dan Ayu bergaduh dan bercerai.
Korang tahu tak sepanjang Ayu gaduh dengan dia. Hari2 dia wasap aku. Pagi petang siang malam. Aku kesian Ayu. Aku layan perasaan dia.
Aku nasihat dia. Memang aku stress sangat2 layan si Ayu ni dengan kerja aku dengan family aku lagi. Sampai dengan Adam pun aku tak cakap banyak asyik layan wasap luahan perasaan Ayu saja.
Kadang2 3@4 pagi wasap bunyi bertalu2. Aku layankan jugak. Sebab kesian takut Ayu depression.
Ayu ni jenis keras kepala. Semua nak turut kemahuan dia. Kena faham dia aje. Aku tengok Lan ni jenis orang pentingkan kerjaya. Lagipun Lan ni dulu teller bank lepas tu di promote jadi manager bank. Mungkin bebanan kerja bertambah. Si Ayu ni ntah kena rasuk syaitan apa.
Dia meroyan minta Lan ceraikan dia. Alasan diorang gaduh sebab Lan abaikan Ayu Lan pentingkan kerjaya. So Ayu terasa, Ayu kesunyian.
Si Lan pulak terburu2 lafaz talak dalam wasap. Sebab dia stress keje dan Stress pulak dengan si Ayu ni. Sekarang padan muka menjanda buat kali ke 2. Ayu nak sangat rujuk balik tapi tak nak sebut ego tinggi dia tunggu Lan yang ajak rujuk.
Aku tanya Lan dia cakap malas nak layan perangai Ayu yang childish. Lan cakap takpe buat masa sekarang Lan nak concentrate kerje.
Sekarang Ayu balik kampung dah. Sebelum balik kampung Ayu selalu wasap aku I need your shoulder, hari2 kot dia wasap menangis2.
Cerita masalah dia dengan Lan.
Ayu dah balik kampung, dua minggu dah. Aku selalu wasap ayu Tanya keadaan dia. Harap dia ok. Aku ajak dia jumpa banyak kali jugak Ayu bagi alasan sibuk. Aku ok saja.
Last week aku ajak Ayu keluar, aku off hari Khamis. Ayu cakap dia tak sihat. Well Lepas dia cakap kat aku tak sihat lain kali kita keluar.
Hari yang sama tu dia boleh keluar outing dengan member aku 5 orang dari lunch sampai Maghrib. Sedangkan aku off day diorang tak ajak aku pun.
Kawan2 lain aku tak kisah sangat sebab diorang memang tak tahu aku off khamis sebab off day aku berubah2, tapi Ayu tahu sangat2 kan. Aku ajak Ayu keluar kot.
Aku tengok sangat status wasap ayu penuh dengan gambar2 ootd diorang. Dan yang aku terkilan dia letak caption kat gambar tu ‘sahabat dunia akhirat, setiap masa berada di saat susah dan senang ku. terima kasih bff Luv u all sayang korang semua sampai bila2.’
Bila keluar dengan aku, sekali pun dia tak pernah letak caption macam tu. Selalu caption dia letak dating jap dengan bff. Aku tak kisah sangat sebelum ini. tapi kali ini aku terasa sangat2. Sebab aku punya la kesian kat Ayu korban tidor aku.
Layan wasap ayu, call ayu setiap masa. Then ko dah balik sini ko layan aku macam orang sapa2. itu la sebab tu aku tulis confession ini. sekian terima kasih. tolong jangan kecam aku. aku really down.
– – BFF – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit