Saham Akhiratku

Assalamualaikum. Nama saya Jue (bukan nama sebenar). Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika confession ini menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Saya cuma ingin meluahkan kerana saya tiada tempat lain ingin mengadu selain kepadaNya.

Saya mempunyai 7 beradik. Saya anak nombor 4. Kakak abang saya semua dah berkahwin. Next turn saya. Adik adik masih belajar di universiti. Saya berumur 27 tahun. Pelepasan Ijazah Sarjana Muda kelas pertama.

Ayah saya sakit. Lumpuh berkerusi roda. Ibu yang menjaga sepenuhnya. Alhamdulillah ayah dapat bantuan socso, JKM dan banyak lagi. Ulang alik ke hospital seminggu 2-3 kali. Kos perubatan semuanya diberikan bantuan jadi tiada masalah untuk itu. Ibu tidak bekerja kerana menjaga ayah. Alhamdulillah sekali lagi sebab setakat ni macam macam bantuan diperoleh dan tak pernah putus rezeki Allah beri. Semuanya cukup.

Tapi, ayah saya seorang yang degil. Doktor dah beri amaran banyak kali supaya menjaga makan. Ibu jaga semua tu tapi ayah saya degil. Suka curi makan, minum yang tak elok untuk diri dia. Dah disorok pun digali sampai jumpa. Bila ditegur dimarah balik. Bila kita cakap lagi dia buat.

Saya nampak ibu tertekan dan selalu menangis semasa solat. Sampai ibu pernah kata, nak masuk ke syurga sebab menjaga suami sakit ada di depan mata tapi boleh jadi dia ke neraka kerana selalu termengeluh bila ayah tak dengar kata.

Itu dari sudut ibu. Kisah saya? Tanggungjawab untuk bawa ayah ke hospital ulang alik dah menjadi kerja saya. Sebab saya je dirumah. Yang lain ikut suami, tinggal jauh. Adik adik pula belajar jauh jauh. Susah. Saya dah berumur 27 tahun tapi tiada kerja yang kukuh. Terpaksa tukar tukar kerja sebab nak ikut jadual ayah ke hospital. Nak buat apa apa kena refer pada jadual ayah. Saya tak bebas.

Saya banyak dapat tawaran gaji beribu tapi semua terpaksa tolak kerana jauh dan susah untuk keluar membawa ayah. Pada waktu ini saya membuat 3 pekerjaan dalam satu hari, demi menyara diri dan komitmen yang hampir 2 ribu sebulan. Sebelum ayah sakit saya kerja gaji beribu jadi komitmen saya tinggi. Saya memang workaholic, tiada masa untuk diri sendiri. Lebih pada keluarga.

Sampai satu tahap, saya terlalu penat, merap dalam bilik dan menangis. Saya salahkan ayah jadi punca saya macam ni. Kalau tak sebab ayah, saya dah ada kerja kukuh untuk masa depan saya sendiri. Lagi lagi bila ayah degil dengan kami. Dia rosakkan diri sendiri, tak nak dengar kata tapi yang menanggung semua tu saya dan ibu.

Dia cuma diusung sana sini tanpa perlu fikir apa mahu dibuat. Tidur, makan. Saya dan ibu yang bersusah payah. Bila keluar sekali sekala atau bila saudara mara datang kerumah, hulur makan itu ini. Bila saya tak bagi, semua kata “ala bukan selalu bagi makan macam ni. Kesian ayah tu teringin”. Mereka semua tak tahu apa yang kami perlu tanggung. Ya Allah sedihnya bila orang tak tahu apa apa cuma tau kesian pada ayah yang degil tu.

Orang luar takkan tahu realitinya. Cuma nampak begitu dan begini tanpa tahu disebalik. Betul saya marahkan ayah saya. Ramai yang kata “ini saham akhirat awak, beruntungnya awak”. Iya saya tahu tapi sejauh mana keikhlasan saya jika begini? Bila saya tengok muka ayah saya terasa sedih, saya sedar balik, saya menangis. Sebab saya tahu bukan ini pilihannya untuk sakit. Tapi bila ayah buat hal saya jadi marah balik dan begitu la seterusnya.

Mungkin salah satu doa saya pada Allah “Ya Allah kau berikan lah aku peluang untuk berbakti pada orang tuaku selagi mereka hidup” sedang dimakbulkan Allah, sebab tu nasib saya begini. Saya mohon kalian semua mendoakan saya dan ibu supaya kami dua kuat dengan dugaan kerana saya tahu Allah tak menguji hambanya diluar kemampuan. Semoga saya dan ibu ikhlas menjaga ayah.

Semoga hati ayah lembut dan senang beralah. InshaaAllah saya akan terus menjaga mereka selagi mampu.

– Jue

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *