Saham Dosa

Assalamualaikum semua

Saya ada nasihat untuk kaum wanita.

Sebelum upload gambar selfie mohon lakukan final inspection untuk check adakah gambar tersebut tidak membatasi ugama. Supaya ia terhindar dari fitnah kaum lelaki dan terhindar dari perbuatan dosa.

Kenali auratmu

< Wanita >
Auratmu dari hujung kaki sampai hujung rambut melainkan muka dan tapak tangan.

Kesilapan Wanita Dalam Menutup Aurat.

1. Bahagian dada terdedah

~ Bahagian dada perlu ditutup dan tidak menampakkan bentuknya . Tudung mestilah Labuh sehingga menutup keseluruhan bahagian dada.

2. Bahagian lengan terdedah

~ Seperti yang diketahui umum , aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu lengan perlu ditutup dan dijaga agar tidak terdedah.

3. Pakaian ketat

~ Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak melekat pada tubuh badan sehingga menzahirkan bentuk badan atau dengan kata lain memakai pakaian tetapi telanjang.

4. Pakaian nipis dan jarang

~ Pakaian yang dipakai hendaklah tidak telus cahaya sehingga menampakkan bayang2 atau warna kulit. Wanita perlulah memilih jenis fabrik yang sesuai agar aurat sentiasa terpelihara.

5. Tidak memakai stokin

Stokin perlu dipakai apabila hendak keluar dari rumah kerana bahagian kaki itu juga termasuk dlm aurat wanita.

Saham dosa dalam alam maya ini sungguh hebat. Jika kamu memperolehi satu like maka itu satu dosa , 10 like 10 dosa dan begitulah juga yang seterusnya. Tidak terkecuali bagi golongan yang like gambar yg berunsurkan maksiat pun turut memperolehi satu dosa kerana redha dengan kemaksiatan adalah maksiat.

Akhir kalam dari saya , Tinggalkan dunya sebelum Meninggal dunya.

Terima kasih.

– HAFIZ AL AMIN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit