Saiz Anda Menunjukkan Tabiat Makan Anda

aku nak share pengalaman hidup aku berkaitan makanan. Dan mungkin jugak commenters2 lain boleh kongsi tabiat mereka untuk dipelajari oleh orang2 yang masih tak sedar. Sebenarnya aku nak bagi nasihat ni direct pada kawan2 perempuan adik aku yang gemok2, tapi takut kecik hati pulak. Ye lah, orang asing tetibe nak cakap pasal berat badan, sensitif lah. Kalau yang dah kurus and sihat boleh skip.
.
Memang semua tau, setiap metabolism orang berbeza. Ada yang makan banyak still maintain kurus, ada yang makan sikit tapi tak kurus2. Tapi aku still nak jugak berkongsi pengalaman aku sebagai seorang yang metabolism rendah tapi berjaga kurangkan berat badan 20 kilo dalam masa 6 bulan and maintain since few years ago. It’s not only about makan banyak or sikit, but it’s also about what you consume. tapi kalau kau memang ada penyakit tak boleh kurus tu aku taktau la. majority orang bukan takleh kurus, tapi taktau cara nak kurus.
.
Badan besar2 ni tak bagus. Tak sihat. Untuk perempuan maybe boleh menyebakan haid tak teratur, yang dah kahwin susan nak conceive, yang tak kahwin susah nak dapat kawan/ tawaran kerja/ low self esteem. Yang lelaki maybe kene reject awek, tak laku. Takat tu semua tak kisah, tapi gemok jugak boleh mengakibatkan muncul nya penyakit2 lain yang berkaitan cardio, cepat penat, tak selesa, nafas tak teratur.

– makan kene control. Portion kene sikit. Berhenti sebelum kenyang. Makan nasi boleh, tapi control porsi. Kene makan serat (sayuran or buah buahan) supaya senang berak. Tak mati pon kalau makan broccoli, carrot, kobis, couliflower or sayur2 lain yg tak masak. Eleh, makan daun salad dgn nasi ayam boleh, makan sayur2 lain yg tak masak tak boleh pulak. lebihkan sayur dgn protein (ikan, ayam, daging,telur) banyak2, so boleh amik less nasi/ carbo.

– makan apa sahaja yang boleh mengenyangkan tetapi sihat. Tak mati pon kalau tak makan nasi berbulan2. Makan tomato dengan ayam pon boleh kenyang. Makan sandwich telur pon boleh kenyang. utk yg tengan tunggu gaji masuk tu, makan serdak kueh raya pon boleh kenyang! Tu semua kita boleh control melalui otak kita. Jangan ikutkan nafsu. Tapi jangan makan cokelat berterusan pulak. Tu tak sihat namanya. Sebab milk cokelat dah di campur dengan gula.

-gula. ye gula. gula dalam masakan, gula dalam air minuman, gula dalam kueh/cake, gula dalam jajan. Tolong control gula anda. Tak mati pon minum coffee / tea tanpa gula. Orang minum coffee to enjoy the coffee, tapi kau minum coffee letak caramel/ syrup banyak2. pastu complain tak kurus2. Tak payah order air manis masa makan. Jus buahan2 tu pon banyak kandungan gula. Elakkan. Tak perlu minum air manis waktu pagi, tak perlu minum teh (tea time) waktu petang. Tak perlu tak perluu.. nk minum jgak boleh, tapi tanpa gula. kamu hanya perlukan certain amount of calories intake sahaja utk survive seharian, and calories terdapat dalam hampir semua apa yang anda consume. So takde gula dalam air pon takpe, sebab tenaga ada dlm nasi, kueh, daging, ikan and sayuran2 yang anda makan.

– calories intake dan calories offtake. So kalau calories intake > offtake, kalori tu akan accumulate dalam badan dalam bentuk lemak. Lagi2 kalau metabolism kau rendah, so makin susah badan kau nak bakar kalori yang belebihan

– Kemuncak kadar metabolism badan seseorang biasanya pada umur 33-35 tahun. Selepas tu kadar metobolisma akan berkurangan, dan otot2 kat badan jugak mula hilang slow2. Jadinya, kene maintain kan activity senaman yg consistent untuk mengekalkan kadar metabolism badan. Kalau malas beractivity, kene kurangkan makan. Jangan samakan badan anda yang umur 20 an dengan 30 an.

-konsisten. Bende2 kat atas kene consistent. Bukan seminggu amalkan terus expect turun 4 kg.

Selamat mencube.

– suraya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit