Hai nama aku Laila, aku nak bercerita tentang kawan tempat kerja aku. Kisah ni berlaku pada tahun 2020 dan waktu ni aku baru sahaja berumur 18 tahun.
Baru habis SPM kan, dari sebelum exam start lagi ayah aku dah bagi kebenaran, dia kata kalau habis SPM nak kerja dekat KL pergi la. Tapi mak aku berat hati, biasa la aku ni anak perempuan tunggal kan.
Masa habis SPM aku kerja kedai makan area tempat aku je, tak lama lepastu kawan aku offer kerja dekat KL ,dia ajak pergi interview.
Alhamdulilah, waktu interview tu aku dah diterima, kerja dekat mana? Restoran makanan korea famous jugak kat KL.
Aip belum lagi, so aku start kerja macam biasa sampai la ada oulet baru bukak dekat area lain, so aku dengan senang hati mintak transfer sana.
Malang tak berbau, start je dekat sana PKP pun dah start, apo la nasib badan. So dekat sini kisah kawan aku bermula, dia ni dari oulet Johor,
Budak oulet johor memang pantang dengan budak oulet kl, apa pasal pun aku tak tau la.
Tapi yang sorang ni okay je dengan aku, aku gelarkan Cantik, orang dia memang tak boleh dinafikan sangat cantik, lemah-lembut sampai trainer dekat situ jatuh cinta la dekat dia. Tapi dia banyak palau trainer tu.
Dia memang rapat dengan aku, kerap belanja aku makan, kadang2 tu dia cuti aritu dia sanggup tunggu aku break, nak break sekali dengan aku.
Pendek cerita memang dia sayang sangat la dekat aku, macam kakak jaga adik. Aku tak de duit nak makan, dia belikan aku makanan.
Beberapa bulan lepastu, aku kerap mimpi jatuh bangunan memang kerap sangat. Aku pulak memang ada belajar ilmu perubatan Islam, aku memang tak sedap hati la ceritanya.
Start dari mimpi jatuh bangunan, prestasi kerja aku memang teruk sangat. Sampaikan ada satu hari tu, aku serve makanan dekat customer.
Makanan tu memang pakej dengan sos yang letak dalam bekas kaca tau, aku tuang la sos dalam bekas tu macam biasa la botol berlaga dengan bekas kaca memang akan berbunyi la kaca tu kan.
Tiba-tiba, mak aih manager aku masuk. “Siapa yang serve ni? ada kaca dalam sos ni, ni nasib customer perasan, kalau tak perasan macam mana!!?”
Memang dia tolak pinggan dengan bekas kaca tu dekat aku, berderau darah aku, terkunci mulut aku.
Nasib la si Ahmad (nama samaran) ni redakan keadaan, dia minta maaf dekat manager dia buat lain makanan tu. Aku? berdiri kaku tengok je si ahmad tu buat kerja.
Ahmad tu pun pelik dengan aku, dia memang tahu cara kerja aku macam mana, dia tanya la “kau okay tak? pelik je aku tengok kau ni, tak pernah kau macam ni”. Aku macam biasa la diam lagi.
Lepas dari kes tu, aku mintak cuti seminggu balik rumah parents aku.
Hari pertama aku okay, masuk hari kedua. Aku tengah tidur aku mimpi aku dengar suara si Cantik tu “buka la mata akk, datang ni” tengah mamai tu aku buka la mata, PAP!
Tak tau la menda, yang aku ingat perempuan pakai baju kurung kedah memang dah lusuh sangat² colour dia, tengah bersimpuh sebelah aku,
Muka dia aku tak berapa jelas sebab muka dia menghadap tingkap, katil aku ni kalau pusing belah kanan memang tingkap terus. So benda tu belah kanan aku.
Aku ni pun mula² ingat mimpi, elok aku paling kiri. Aku macam, eh aku tak mimpikan. Apa segala surah aku nak baca semua tak keluar dekat mulut, macam kena kunci mulut.
Aku dapat je suara aku balik aku jerit panggil mak aku, bilik aku dengan mak aku sebelah² je.
Tapi time tu mak aku tak menyahut matt. Aku pun tak nak la duk lama-lama dalam bilik tu aku bangun je dari katil aku, tak toleh belakang.
Aku keluar bilik, terus ketuk pintu bilik mak aku. Masa aku ketuk tu boleh pulak mak aku pergi tanya, “siapa tu” terang² aku anak tunggal sorang dalam rumah tu.
Boleh la time macam ni mak aku tanya macam tu. Aku jawab la “Laila ni” mak aku baru buka pintu. Agaknya, muka aku pucat kut lagi satu jarang aku macam tu mak aku peluk aku tanya kenapa.
Time tu mak ayah aku pun tak boleh tidur, dengar orang perempuan menangis mintak tolong. Mak aku agak memaksa la aku kenapa en, bapak aku cakap tanya esok je la. Esok tu aku cerita terus, pergi berubat.
Even aku belajar perubatan Islam pun, aku bukan level² boleh mengubat orang mahupun diri sendiri. Dah berubat, orang tu cakap sebenarnya benda tu saka si Cantik, tapi tak sure si Cantik tu sedar ke tak benda tu ada.
Pelik jugak aku, cantik² macam tu orang nak dekat dia tak nak dia tolak, dia tak suka. Saka tu tak suka tengok prestasi kerja aku lagi lebih dari tuan dia, pastu mimpi jatuh bangunan tu pun satu petunjuk actually.
So saka ni tak kacau aku pun, cuma dia datang melawat aku sebab aku kan rapat dengan tuan dia, then aku pulak cuti lama so maybe tuan dia rindu aku so gitula, sebab suara yang panggil aku buka mata tu memang suara si Cantik tu.
Lepas je berubat, mak ayah aku terkejut tambah terkejut memang Cantik tu aku cerita rajin belanja itu ini dekat aku.
Masa aku berubat tu aku bagi tahu hujun bulan ni aku berhenti, orang yang aku berubat tu pesan kalau Cantik bagi apa-apa jangan ambik, boleh nak ambik tapi sampai kat mana-mana buang.
Risau nanti karang benda lain jadi, sebab orang yang aku berubat tu cakap Cantik tu memang sayang dekat aku sangat- sangat. Lama gak ambik mood nak tidur dalam bilik sendiri, aku sanggup tidur kat ruang tamu,
Mak aku perasan dia ajak masuk tido dalam bilik dia merangkap bilik parents aku, sebab ruang tamu banyak nyamuk, lemah lagi semangat aku, sampai la aku beranikan diri aku,
Alhamdulilah aku dah okay dah boleh tidur dalam bilik aku balik, HAHA. Hah kau sampai ke harini aku takut sangat nak rapat dengan akak² yang lagi tua plus cantik².
So balik dari cuti, aku cakap macam biasa dengan Cantik, tapi tak seramah dulu. Mungkin dia perasan mungkin tak. So itu sahaja cerita aku.
Sorry panjang berjela. Kalau disiarkan, aku harap siapa yang baca ni ambik iktibar. Berhati-hati bila berkawan baik perempuan baik lelaki.
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit