Saka 7 Puteri Bunian

Bercakap tentang saka, keturunan sebelah mak aku memang ada saka jenis untuk kecantikkan diri. Tapi, saka jenis ini adalah dari Jin atau bunian kafir.

Menurut Abang B (orang yang mengesan aku ni ada sihir) dia kata sihir aku ni adalah 7 puteri bunian yang tinggal di belakang rumah kampung arwah nenek aku.

Fungsi saka ni adalah untuk buat orang mudah jatuh hati kat tuannya. So, kalau mana mana lelaki yang tengok aku akan terpegun sekejap dan cair dengan kecantikkan yang aku miliki. Selain itu, ia juga membuatkan orang lain terasa rindu (senang cerita gila bayang) bila aku tiada.

Untuk pengetahuan pembaca, aku ni jenis kaki make up. Abang B pernah cakap yang kadang kadang style makeup aku tu macam biasa je tapi ada masa tertentu aku akan makeup style ala retro (kesan dari saka) dengan eyeliner & lipstick merah.

Abang B cakap aku ni keras kepala (memang degil level tinggi) sama seperti saka aku. 7 puteri bunian ini ego dan bersifat dendam. Jadinya, perangai saka dengan aku memang hampir sama. Aku memang ego sehinggakan semua orang terpaksa mengalah dengan aku dalam semua perkara.

Selain Abang B, ada seorang pengamal perubatan telah memberitahu bahawa setiap sumpahan yang keluar dari mulut aku akan terjadi kepada orang tersebut.

Ini semua kerana saka tersebut menurut perintah tuannya (dengan sifat dendam yang ada pada saka tersebut) walaupun sebenarnya aku terlepas cakap tanpa sengaja.

7 puteri bunian ini amat menyayangi aku. Mereka sebenarnya tidak mahu aku disayangi oleh orang lain lebih dari mereka menyayangi aku. Sehinggakan mereka merayu kepada Abang B untuk tidak menganggu mereka bersama aku.

Ada sampai satu tahap pemilik saka ini tidak boleh mempunyai teman lelaki atau suami (kalau tahap kritikal). Mereka akan menganggu hubungan tuannya bersama pasangan sehingga mereka bergaduh atau bercerai.

Kelebihan saka yang aku miliki bukan sekadar kecantikkan semata mata tapi mereka menurunkan satu ilmu kepada aku. Pada mulanya aku tidak menyedari akan kehadiran saka apatah lagi kelebihan dari saka aku ni.

Kecantikkan yang aku miliki aku hanya anggap ianya satu genetik dan sememangnya arwah moyang dan juga nenek aku berdarah cina. Tapi, kelebihan ini aku tidak tahu datang dari mana sedangkan aku tak pernah menuntut apa apa ilmu.

Jadinya, aku anggap sahaja ianya satu kelebihan yang jarang orang biasa ada.

Kelebihan itu adalah aku mampu mengetahui sifat dan niat baik atau jahat seseorang itu dengan hanya melihat gambar mereka atau bersua muka dengan mereka. Dengan sekali imbas aku sudah dapat tangkap walaupun tidak sepenuhnya (kerana ilmu ini masih tidak kuat sepenuhnya).

P/s : Aku dah buang saka aku tapi aku tidak pasti kalau ianya datang semula kerana aku telah bermimpi memegang dan menyusukan bayi.

Mimpi itu agak pelik dimana aku sendiri tiba tiba sahaja berada di wad hospital yang gelap (diterangi cahya malap) dan datang seorang nurse menyerahkan seorang bayi lelaki kepada aku.

Di belakangnya terdapat seorang nenek tua yang memegang tongkat. Aku melihat bayi tersebut sangat comel tetapi terdapat sedikit yang pelik iaitu pada bahagian mata bayi tersebut. Berwarna biru gelap anak matanya dan besar anak matanya memandang aku.

Sekian sahaja. Doakan aku dipermudahkan segala urusan ya.

– Syasyaaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *