Saka Betul Ke?

Assalamualaikum, aku rasa nak berkongsi pengalaman selepas membaca confession, (https://iiumc.com/pengalaman-diganggu-saka-jahanam-laknatullah/).

Cerita gangguan aku ada sedikit persamaan tapi confession sebelum ni tak ada sampai mental tapi aku dah tahap tak boleh beza antara realiti dan fantasi.

Daripada segi tak percaya benda-benda karut pon sama, sebelum aku sakit adik perempuan aku pernah sakit juga tapi masa tu dengan sombongnya aku cakap dalam hati “Eh aku tak akan lah kena gangguan macam ni lah” sombongkan aku.

“Disclaimer ” – Aku cerita berdasarkan pengalaman aku dan belum tentu sahih fakta berkaitan perubatan islam.

Tak semua ujian Allah beri dekat kita tak ada kebaikan, terselit juga walau secebis hikmah yang mana banyak mengajar aku dan menjadikan aku lebih baik daripada segi rohani.

Contohnya dulu aku tak pandai mengaji al-quran, istighfar pon tak pandai, baca ayat kursi pon tak pandai tapi atas sebab gangguan ni aku tekad untuk sembuh.

Aku mula belajar membaca iqra, aku sanggup mencari masa terluang if tak ada kelas untuk belajar iqra di rumah ustazah.

Dalam masa yang sama aku pergi majlis ilmu daripada situ aku kenal majlis habib dimasjid muaz, kenal Habib Umar. Baikkan Allah dia beri ujian untuk aku dekat denganNya.

Aku mula terkena gangguan ini semasa aku di semester pertama tapi sampai sekarang aku tak boleh confirmkan ini gangguan saka atau sakit mental.

Aku tak nak guna istilah “GANGGUAN SAKA” sebab takut-takutlah itu sama seperti aku menuduh keturunan nenek moyang aku mengamalkan syirik …..

Sebab banyak aku dengar kawan aku cerita yang bila family dorang sakit terkena gangguan si perawat akan cakap kena saka atau perbuatan orang.

Aku pon tak berani nak cerita dekat orang yang aku masih mendengar ‘SUARA’ gangguan sebab aku takut dorang takut dengan aku. Takut dilabel ‘GILA’, tapi akhir-akhir ini selepas dekat 10 tahun sakit aku mula bercerita dekat adik bongsu semasa pillow talk.

Alhamdulilah adik aku menerima dengan hati terbuka tetapi bila aku cerita dengan mak aku, dia boleh cakap stress ni banyakkan mengajiiii, anxiety kot…

Semasa aku berubat di pusat perubatan yang boleh dipercayai dan mengikut Islam.Sebelum nak start sesi berubat kena interview dan aku kena tick kalau ada ciri-ciri yang dinyatakan salah satu menyusu bayi. Apa yang aku alami seperti berikut :

1) Aku ada mimpi menyusu atau mendukung bayi sampai aku rasa sayang dekat bayi tersebut. Sampai sekarang walaupun dah boleh hidup seperti biasa.

Dan baru-baru ini juga aku ada mimpi dukung bayi lagi sekali dan situasi ini tak jauh beza dengan apa yang aku alami dulu.

Tapi tak lama lepas tu aku google tentang isu mimpi susu bayi dan sampai bayi tu kenyang ia berkaitan SAKA.. Wallahu a’lam

Ada ustaz darul shifa’ yang aku pergi tahun lepas cakap aku kena buang atau tepis bayi tersebut. Tapi ustaz itu tekankan semua terjadi atas izin Allah.

2) Aku terdengar bisikan dalam hati tetapi bukan suara aku yang berbisik.Suara ini seolah-olah bercakap kadang untuk menjatuhkan aku dan membuatkan aku lagi down.

Seperti ada satu suara lain yang berbisik kepada aku. Aku start sakit teruk semasa kolej tapi sebenarnya sebelum masuk kolej lagi aku dah dengar orang macam mengumpat belakang padahal tak ada siapa pon yang nak sibuk hal aku.

Aku ada dengar suara yang cakap mulut aku busuk. Aku sampai pergi klinik nak cuci gigi bodohnyaa la aku masa tu! habis duit aku masa tu, dah la masa tu still student sengkek lagi sanggup naik teksi pi sorang diri. Hahaha

Aku dengar suara cakap macam-macam pasal aku family miskin lah… apa lahh, aku dekat hostel pernah hantukkan kepala dekat dinding sambil nangis-nangis.

Lepas aku dah baik dan kembali ke kolej ade member aku cakap aku berdiri di berandar macam nak terjun hostel. Hahaha.

Aku dengar suara, suara tu beritahu “kalau kau nak baik tanpa dengar suara dah baik kau lumurkan sisa makanan dan berlari keluar daripada rumah’’

Tu pon aku buat betul-betul sampai ada saudara jauh cakap “memang keturunan sakit mental macamtu la’’ sebabnya dia cakap macamtu oleh kerana pakcik dengan makcik belah mak aku ada yang tak berapa nak sihat. Terasa juga lah hati aku niiii.

3) Bab panas baran pon aku pernah marah ex boss aku aku menjerit dekat dia sebab aku stress dia asyik duk marah-marah semua kerja aku buat tak kena. Ni kes aku dah lama pendam MELETOP jugak lerr depan dia.

Nak cakap sakit mental pon ye jugak. Apa yang aku alami ni mungkin jugak sebab aku tak dapat support family dan stress sebab aku kena pindah ke kampung selepas ayah aku meninggal time tu umur aku dalam 15 tahun.

Bayangkan seperti kebanyakkan orang masa memula masuk kolej universiti mesti ada orang hantarkan tapi aku takkkk aku menumpang kawan aku naik bas daripada kampung.

Tumpang sekejap di rumah nenek kawan aku sebab nenek kawan aku tu asal Kuala Lumpur.

Alhamdulilah Allah hantar orang nak tolong aku. Nak buat macam mana, family tak support kena berdiri atas kaki sendiri.

Masa belajar atau kerja di KL family aku tak pernah datang melawat aku even once pon tak pernah.

Aku jealous jugak tengok adik perempuan aku yang dia muda setahun daripada aku family kemain support dia pergi kolej family aku ada masa untuk hantar dan pergi tempat kerja jauh merantau ke negeri pon family aku sanggup hantar.

Ehhh hadap jela middle child kan.

Daripada segi personality aku semasa dekat kolej masa memula aku agak pendiam mungkin faktor tak pandai cakap luar i means cakap slang KL dengan baik jadi aku jadi malu nak sembang dengan kawan-kawan di kolej.

Oleh sebab terlampau stress aku berjumpa kaunselor kolej. Aku bercerita kisah aku tak dapat berkomunikasi dengan baik dan aku jadi pendiam sebab ayah aku seorang yang sangat Garang.

Dulu semasa ayah aku hidup dengar je kereta ayah aku balik semua masuk dalam bilik.

Seingat aku dulu pon, aku pernah kena tampar dengan ayah aku sebab tak baca buku. Abang aku pernah kena buang ps2 dah lah dia beli guna duit raya dia sendiri, punca kena buang sebab tak lulus matematik.

Kaunselor tu pujuk “saya pon macamtu dulu memula datang sini nak cakap KL pon tak pandai ayah pon garang’’

Kurang dua minggu je aku sakit dekat rumah lepastu aku paksa diri untuk sambung belajar balik sebab kenangkan mak aku dah bayar mahal yuran belajar kolej

Okay untuk rawatan perubatan Islam dah banyak aku pergi sampai dah nak putus asa pon ada.Apa yang aku baca dekat facebook youtube yang boleh jadikan amalan pon aku dah buat. Mandi limau purut, beli mandian bidara, amalan 7 yasin mubin. Dah semua dah aku buat…

Walaupun bisikan itu tak betul-betul hilang, syukur aku masih boleh hidup seperti biasa bekerja seperti biasa.Nampak seperti manusia normal tapi hakikatnya aku dan DIA je yang tahu.

10 tahun dah berlalu. Kalau korang, percaya ke orang dengar bisikan mental or gangguan saka? Ada amalan yang boleh share untuk benteng diri daripada gangguan. Terima kasih hanya Allah dapat membalas jasa korang.

– Si Saka Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *