(NOTA admin: Pandangan peribadi penulis tidak semestinya mencerminkan pandangan peribadi Admin. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan. – Admin IIUM Confession).
Actually aku pun tak percaya sangat dengan sihir / bomoh atau saka ni sampai la benda ni jadi kat aku.
Alkisahnya hari ni aku dan mak aku pergi jumpa seorang perawat yang boleh berubatkan orang yang terkena sihir / saka ni sebab aku dah dekat sebulan sakit belakang & atas tengkuk.
Pergi mengurut pun tak hilang. Nak toleh kiri kanan pun sakit.mKalau masalah migrain / sakit kepala tu memang setiap hari (dah kalis).
Mula – mula perawat tu tekan dekat bahagian celah jari antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan aku. Dia tanya nama aku & mak aku. Lepas tu dia macam pandang depan macam tengah berfikir.
Tak lama lepas tu dia bagitau aku ade SAKA BIDAN 7 dalam badan aku, bidan besar (ilmunya).
Katanya, benda ni dah lama ada dengan aku sejak zaman aku sekolah lagi (sekarang umur aku dah 37 tahun). Datang dari sebelah keturunan mak aku.
Dia tanya aku ade keturunan nik / wan, aku cakap CIK sebelah mak aku walaupun kat nama aku CIK tu dah tak de (yang ni aku sambung next chapter).
Die ade tanya macam checklist benda – benda yang pernah jadi kat aku untuk confirmation.
Mula – mula tanya ade mimpi menyusu budak, ya (dah lama actually, nanti aku continue part ni).
Ade perangai panas baran dengan family (aku memang mudah naik angin & mengamuk jika ada benda tak kena), ya. Ada masalah dengan suami, ya (aku dah bercerai 3 tahun).
Ada masalah kesihatan, ya memang banyak (selalu migraine, lenguh2 badan, selalu tak larat walaupun takde buat ape2, kurang darah merah, haid tak teratur, sembelit & mata rabun, aku pakai spek power lebih 1000 utk kedua belah mata).
Dia mengeluh, katanya saka tu dah kunci tubuh badan aku. Kunci nafsu untuk bersama dengan suami. Kunci (sekat) kesihatan aku sebab tu aku mengalami sakit- sakit seperti yang aku tulis kat atas tu.
Yang paling teruk sakit migrain yang aku alami tu rupanya saka tu tengah makan / hisap darah kat kepala aku sebab aku tak bagi dia makan (mana aku tahu dia wujud).
Haid tak teratur & keluar darah hitam pekat berketul sebab dia dah makan sel telur / ovum aku, jadi yang keluar tu memang saki baki yang kotor / tak sihat dan berisiko gugur jika mengandung (die makan anak dalam kandungan).
Saka tu bagi aku rasa semua penyakit tu sebab dia nak aku tahu dia wujud & beri perhatian kat dia (jaga & bagi makan die).
Memang aku dah banyak ikhtiar (ambil produk / suplemen) untuk sakit migrain, haid tak teratur, masalah berat badan, angin banyak dalam badan, masalah jerawat (walaupun umur aku dah 37 tahun masih ada jerawat macam budak baru akil baligh).
Perawat tu cakap penyakit2 aku tu tak kan hilang sebab dia dah sekat semua ubat / supplement yang aku ambil tu daripada berkesan kat tubuh badan aku.
Sebenarnya aku ni dah keturunan ke 5, dia akan lepaskan keturunan aku bila sampai keturunan ke 7 (iaitu cicit aku).
Saka ni dapat kat aku sebab aku anak perempuan sulung. Perawat tu cakap dia lalu je kot mak aku untuk turun kat aku sebab mak aku bukan anak sulung.
Tapi sebab dia nurse & ade ilmu bidan jugak. Mak aku cancer survivor, breast cancer ( dah buang sebelah breast).
Perawat cakap cancer pun berpunca dari saka (aku pun macam tak percaya tapi korang boleh tengok tiktok *ddyka*usof merawat pesakit memang ada jin mengaku menyebabkan cancer dalam badan pesakit.
Perawat tu ada cerita pasal Bidan 7 ni, ilmu dia memang power sampaikan orang beranak keluar benda macam – macam, bukan manusia buah / haiwan,
(Korang boleh search video youtube ustaz muhaizad beri penerangan pasal bidan 7 / 9) benda yang keluar tu dia (bidan) boleh tukarkan kepada bayi yang baru lahir.
Orang nak beranak songsang pun dia boleh hembuskan je dari jauh.
Jadi saka tu nak aku ni jadi bidan / tukang urut perawat dan ambil dia untuk jadi pembantu aku (maknanya aku kena jaga & bagi makan die).
Penyelesaian di akhir perjumpaan aku dengan perawat tu tadi dia keluarkan sementara Bidan 7 tu tadi dari badan aku selama 2 bulan untuk aku berfikir.
Jika aku sanggup terima atau jika nak keluarkan kena jumpa balik dengan dia sebelum tamat tempoh 2 bulan tu & bawa barang2 yang dia minta macam kain kuning, alat make up (sebab bidan ni cantik dan suka bersolek, korang jangan gelak).
Aku ni memang dah tak tahan sakit kepala. Migrain setiap hari, sakit belakang pinggang & tengkuk.
Terbaru sakit tumit & keting. Sembelit aku ni teruk gila sampai 4 hari tak ke tandas tu normal.
Masalah jerawat aku ni sampai kadang – kadang rasa malu dan tak nak keluar rumah.
Tapi perawat tu cakap jika aku terima saka tu, automatik semua penyakit tu akan hilang sebab saka tu akan buang semua & jadi pendamping aku dengan syarat aku kena jadi bidan / tukang urut / perawat & bagi dia makan (bab ni aku pun tak sure macam mana).
Untuk pengetahuan korang memang aku belajar bidang biologi dan tahu selok belok kesihatan manusia. Yang tu pun bukan suatu kebetulan katanya.
Aku akan sambung kisah ni kalau admin approve (aku pun tengah berfikir lagi bagaimana kesudahan sebab aku ada baca confession dalam ni dah 4 kali terima rawatan untuk buang saka keturunan ni sebab dah merebak kepada semua family die).
Terima kasih sudi baca.
– NH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalam
Seeloknya cari perawat Islam.
Semoga Allah memberikan kesembuhan pada akak ye